Kertas 
        kerja “Mengapa Syiah Wajib Ditolak” telah dibentang dan dikulliahkan 
        di Masjid Negeri, Negeri Perlis.  
        Penulis merasakan bahawa masyarakat Islam Perlis amat perihatin 
        tentang isu Syiah. Mereka juga sangat mengharapkan ketampilan para ulama 
        Ahli Sunnah wal-Jamaah yang dapat menerangkan kepada umat Islam tentang 
        bahaya dan sesatnya akidah serta fahaman Syiah.  
        Penulis merasa bertanggungjawab memenuhi permintaan mereka setelah 
        diminta memberi kulliah tentang kegiatan Syiah yang sudah lama menyebarkan 
        fahaman mereka di seluruh Malaysia dan kini mula ingin menyebarkannya 
        pula di Negeri Perlis.
Semoga 
        Jabatan Agama Islam Perlis, para iman, ahli jawatan kuasa Masjid Negeri 
        Perlis dan para ulama Perlis sentiasa berusaha menghidupkan kegiatan dakwah 
        Islamiyah dalam usaha menghalang, menggagalkan dan membasmi kegiatan dakwah 
        Syiah di Perlis.  Mudah-mudahan 
        segala usaha suci mereka mendapat keredhaan dan dirahmati Allah Subhanahu 
        wa-Ta’ala.  Amin!!   
بِسْمِ 
        اللهِ الرَّحْمَنِ 
        الرَّحِيْمِ 
         
اِنَّ 
        الْحَمْدَ للهِ 
        ، نَحْمَدُهُ 
        وَنَسْتِعِيْنُهُ 
        وَنَسْتَغْفِرُهُ 
        ، وَنَعُوْذُ 
        بِاللهِ مِنْ 
        سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا 
        وَمِنْ سَيِّئَاتِ 
        اَعْمَالِنَا 
        ، مَنْ يَهْدِهِ 
        اللهُ فَلاَ 
        مُضِلَّ لَهُ 
        ، وَمَنْ يُضْلِلْ 
        فَلاَ هَادِيَ 
        لَهُ ، وَاَشْهَدُ 
        اَنْ لاَ اِلَهَ 
        اِلاَّ اللهُ 
        وَحْدَهُ لاَ 
        شَرِيْكَ لَهُ 
        ، وَاَشْهَدُ 
        اَنَّ مُحَمَّدًا 
        عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ 
        .  أمَّا 
        بَعْده:
          
        Baru-baru ini penulis telah diminta agar memberi penjelasan kepada umat 
        Islam Perlis tentang bahayanya fahaman Syiah terhadap akidah Islamiyah.  
        Isu ini disuarakan kerana terdapatnya beberapa orang aktivis Syiah 
        yang cuba menyebarkan fahaman Syiah di Negeri Perlis.  
        Oleh kerana fahaman Syiah ini benar-benar sesat, menyesatkan dan 
        boleh memecah-belahkan umat Islam, maka dengan ‘inayah Allah penulis dengan 
        rasa tanggungjawab dan hati yang ikhlas insya-Allah akan berusaha sedaya 
        mungkin bekerjasama dengan para ulama dan masyarakat Islam untuk sama-sama 
        menyekat dan membenteras fahaman sesat ini supaya tidak tersebar di kalangan 
        umat Islam yang berakidah Ahli Sunnah wal-Jamaah walau di mana saja mereka 
        berada. 
            Agar 
        hakikat kesesatan akidah Syiah dapat diketahui dan difahami oleh masyarakat 
        Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah, maka penulis menyiapkan kertas kerja tentang 
        penyelewengan dan bahayanya fahaman serta akidah Syiah.  
        Kertas kerja yang ringkas ini akan dibentangkan sebagai siri kulliah 
        akidah terutamanya di beberapa masjid di sekitar Perlis, Pulau Pinang 
        dan Selangor insya-Allah.
            Semoga 
        Allah membantu kita sekalian menghapuskan fahaman yang sesat ini dari 
        terus merebak  dan sentiasa 
        memelihara akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah, kedaulatan agama, negara, kerajaan, 
        masyarakat dan perpaduan Ummah Islamiyah.  Amin Ya Rabbal 'Alamin. 
Definisi 
        (شِيْعَة) 
        Syiah Dan 
        Tasyayyu' (تَشَيُّع) 
        
            
        Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, 
        Pendukung atau Pembela".  
        Contohnya:  Syiah Ali, 
        bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau 
        pembela Ali".  Menurut 
        Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat 
        kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya".  
        Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman 
        Syiah. 
            Tasyayyu' 
        (التشيع) pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]: 
        
التشيع 
        لغة : هوالاتباع 
        على وجه التدين 
        والولاء للمتبوع 
        علىالاخلاص. 
         
"Tasyayyu' 
        menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat 
        orang yang diikuti dengan ikhlas".[2] 
            Pada 
        zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah 
        dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk.  
        Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan 
        antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah.  
        Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli 
        Sunnah wal-Jamaah.  
         
Abdullah 
        Bin Saba' (Si Munafik) 
            
        Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman.  
        Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman 
        bin Affan radiallahu 'anhu.  
        Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya 
        perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah 
        itu sendiri.  Abdullah bin 
        Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 
        'anhu:  "Engkaulah 
        Allah".[3]  Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' 
        tetapi ditegah oleh Ibn Abbas.  Penyokong 
        Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
            Abdullah 
        bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan 
        tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4]  Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan 
        tentang Abdullah bin Saba':
"Abdullah 
        bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu 
        (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]
            
        Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum 
        Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'.  
        Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar 
        sebagai Saba'iyah.  Menurut 
        beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam 
        yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).
Saad 
        bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan 
        bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan 
        menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman 
        radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6] 
        
            Pegangan 
        Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin 
        sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk 
        riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan 
        penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7] 
        
Syiah 
        Mengkafirkan Para Sahabat 
            
        Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum.  
        Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang 
        ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka: 
        
1.     
        Abu Ja'far berkata:
"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli 
        Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, 
        Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8] 
        
2.     
        Al-Kulaini[9] 
        mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan 
        orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai 
        khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10]  Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah.  
        Menurut Kulaini:  
         
"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah 
        dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".[11]
         
        Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:
"Sesiapa 
        yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun 
        dia keturunan Ali atau Fatimah".[12] 
        
3.     
        Al-Majlisi  seorang 
        ulama besar Syiah menegaskan:
“Bahawa 
        mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan 
        murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang 
        yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau 
        orang-orang kemudian".[13] 
         
Budak 
        Ali bin Husin berkata:  
"Saya 
        pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar.  
        Maka dia menjawab:  Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14] 
        
4.     
        Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:
"Sesungguhnya 
        penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk 
        Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali 
        dari penduduk Mekkah".[15] 
        
            Demikianlah 
        kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama 
        Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang 
        awamnya. 
Al-Quran 
        Menurut Syiah 
            
        Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, 
        ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli.  
        Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan 
        kepada putera-puteranya.  Menurut 
        Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di 
        tangan Imam Mahadi al-Muntazar.
Al-Kusyi 
        pula berkata:
"Tidak 
        sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah 
        wal-Jamaah sekarang,  Pent.) 
        yang boleh kita jadikan pegangan".[16] 
        
            
        Menurut para ulama Syiah:
“Seseorang 
        itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua 
        Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.
Syiah 
        banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya.  Contohnya ayat: 
مَاسَلَكَكُمْ 
        فِى سَقَرٍ  
"Mengapa 
        kamu masuk neraka?" 
            
         (Menurut 
        penafsiran ulama Syiah): 
  قَالُوْا 
        لَمْ نَكُ مِنَ 
        الْمُصَلِّيْن 
         
"Orang-orang 
        kafir menjawab, Kami tidak solat". 
            
        Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan 
        tafsiran:
"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17] 
        
            
        Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut 
        syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai 
        akidah yang sesat lagi menyesatkan. 
Hadis Menurut Syiah 
            Syiah 
        menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah 
        wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.  
        Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.  
        Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam 
        Dua Belas yang maksum.  Nilai 
        perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.[18] 
        
Syiah 
        Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah 
1.     
        Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) 
         "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi 
        Talib" 
        kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.
         
        Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, 
        Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi.  
        Menurut ulama Syiah lagi: 
"Dalam 
        kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan 
        Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[19]
         
        Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka 
        Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.  
        Beliau menegaskan:
"Riwayat-riwayat 
        para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar 
        Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20] 
         
2.     
        Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara 
        dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis.  
        Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):
         
        "Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang 
        kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama 
        Islam menolak yang datang dari Islam.  
        Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir 
        zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21] 
        
         
        Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah): 
         
        "Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij 
        dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  
        Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22] 
        
3.     
        Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak 
        mengimani) Imam Dua Belas.  Berkata 
        Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):
         
        "Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah 
        Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23]    
         
        Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):  
          
         
        "Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah 
        orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24] 
        
Syiah 
        menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah.  
        Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari 
        Daud bin Farqad: 
         
        "Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam:  
        Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)?  
        Dia menjawab:  Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup 
        menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air 
        supaya tidak ada buktinya.  Aku 
        bertanya lagi:  Bagaimana 
        dengan hartanya?  Dia menjawab:  Rampas sahaja semampu mungkin".[25] 
        
         
        Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):  
          
         
        "Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq):  
        Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun 
        kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[26] 
         
         
        Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):  
         
        "Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir 
        dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka 
        bahkan dihalalkan membunuhnya".[27] 
        
            Begitulah 
        sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar 
        sebagai an-Nasibi.  Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan 
        bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah 
        (harta rampasan perang). 
Agama 
        Syiah Mewajibkan Taqiyah 
            Taqiyah 
        (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah.  
        Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah.  Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang 
        (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang 
        Syiah.[28]  Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan 
        dari pihak pemerintah.  Tetapi 
        selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan 
        sesuatu yang haram atau sebaliknya.
Orang-orang 
        Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap 
        Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka.  
        Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.
Abu 
        Ja'far berkata: 
"Taqiyah 
        adalah agamaku dan agama nenek moyangku.  
        Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29] 
         
Abdullah 
        berkata:  
"Wahai 
        Abu 'Umar!  Sesungguhnya sembilan 
        persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa 
        yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30] 
         
Diriwayatkan 
        dari Ali bin Muhammad:   
"Wahai 
        Daud!  Sekiranya kamu mengatakan 
        bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan 
        solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31] 
        
          
        Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan 
        nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik.  
        Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang 
        dilakukan oleh golongan Syiah.  Si 
        Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak 
        neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah. 
        
Syariat 
        Syiah Yang Menyesatkan 
            
        Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli 
        Sunnah wal-Jamaah.  Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal 
        Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai 
        golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan 
        Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum 
        dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis 
        salam  daripada syariat 
        Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam.  
        Abu Ja'far berkata: 
"Apabila 
        Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat 
        Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32] 
        
Nikah 
        Mut'ah 
            Syiah 
        menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan 
        dan yang semampu.  Mereka 
        menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat.  
        Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah 
        sehinggalah ke Hari Kiamat.  Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 
        'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah: 
عَنْ 
        عَلِيِّ اَنَّ 
        النَّبِيَّ 
        صَلَّى اللهُ 
        عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
        نَهَى عَنْ نِكَاحِ 
        الْمُتْعَةِ 
        يَوْمَ خَيْبَرَ 
        وَعَنْ لُحُوْمِ 
        الْحُمُرِ اْلاَهْلِيَّةِ. 
         
"Dari 
        Ali (Bin Abi Talib):  Sesungguhnya 
        Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari 
        peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".[33] 
         
اَنَّ 
        رَسُوْلُ اللهِ 
        صَلَّى اللهُ 
        عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
        نَهَى يَوْمِ 
        الْفَتْحِ عَنْ 
        مُتْعَةِ النِّسَاءِ. 
         
"Sesungguhnya 
        Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari 
        futuh (pembukaan) Mekkah".[34] 
        
            Antara 
        tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun 
        telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.  
        Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan 
        mut’ah.  Oleh itu, orang-orang 
        beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras 
        fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi 
        menyesatkan. 
RUKUN 
        IMAN AGAMA SYIAH 
            
        Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, 
        kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu: 
1.     
        Beriman kepada keEsaan Allah    
        -             
        (التوحيد) 
         
2.     
        Beriman kepada Keadilan         
        -             
             
        (العدل) 
         
3.     
        Beriman kepada Kenabian      
        -             
               
        (النبوة) 
         
4.     
        Beriman kepada Imam          
        -             
                  
        (الامانة) 
         
5.     
        Beriman kepada Hari Kiamat    
        -             
            
        (المعاه) 
        
            
        Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana 
        golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat 
        Nabi adalah kafir.  Hal ini 
        telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]
Imam 
        Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah: 
        
"Mereka 
        (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka 
        adalah golongan pembohong".[36] 
         
Imam 
        Syafie rahimahullah pula berwasiat:  
"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu 
        berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan 
        Syiah".[37]
             
        Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap 
        golongan Syiah.  Tidak terdapat 
        seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau 
        akidah mereka.  Oleh itu, 
        berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada 
        hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, 
        pecah-belah dan kehancuran umat Islam.  
        Wallahua’lam.  Walhamdulillahi rabbil ‘alamin. 
[1]. 
             Syeikh al-Mufid adalah 
            seorang ulama Syiah abad (414 H/ 1022M).
[2].  
            Lihat:  Awaailul 
            Maqalat. hlm. 2.  Syeikh 
            al-Mufid. 
[3].  
            Lihat:  Rijal al-Kusyi. 
            Hlm. 106-108.  (Kitab ini "Rijal al-Kusyi") adalah 
            kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.
[4].  
            Lihat:  Usul Mazhabi 
            asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah.  
            (1/74).
[5].  
            Lihat:  الشيعة 
            فى التاريخ  
            Hlm. 213.  Muhammad 
            Husin al-Zain.
[6].  
            Lihat:  Usul Mazhabi 
            asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).
[7].  
            Lihat:  Usul Mazhabi 
            asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).
[8].  Lihat:  
            Tafsir as-Safi.  (1/389).
[9].  Al-Kulaini, 
            nama penuhnya Muhammad bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia pada 
            328H
[10]. Lihat:  
            Usul al-Kafi. (1/488).
[11]. Ibid.  
            (2/409).
[12]. Lihat:  
            Al-Kafi. (1/372-374).
[13]. Lihat: 
            بحار 
            الانوار.  
            (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi
[14]. Ibid.   
            (2/216).
[15]. Ibid.   
            (2/410).
[16]. Lihat:  
            As-Safi. (1/33).
[17]. Lihat:  
            Usul Kafi.  (1/438).
[18]. 
            Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang 
            keluar dari mereka adalah sahih.  
            Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah 
            s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah.  
            Lihat:  Tarikh 
            al-Imamiyah. Hlm. 140.  Abdullah 
            Faiyad.
[19]. Lihat:  
            Asy-Syiah wa as-Sunnah.  
            Hlm.  7.  
            Ihsan Ilahi Zahiri.
[20]. Lihat:  
            Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147.
[21]. Lihat:  
            Manhaj Shalihin. (1/116).
[22]. Lihat:  
            Tahrirul al-Wasilah. (1/116).   
            Cetakan Beirut.
[23]. Lihat:  
            Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153).   
            Cetakan Beirut.
[24]  Lihat:  
            Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi.  Hlm.  44.  
            Cetakan Beirut, Lebnon.
[25]. Lihat:  
            'Ilal asy-Syar'i.  Hlm. 
            44.  Cetakan Beirut.
[26]. Lihat:  
            Tahzibul Ahkam.  (1V/122)   
            Cetakan Tehran.
[27]. Lihat:  
            Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah.  
            (X11/323-324).
[28]. Lihat:  
            Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze.  
            Hlm. 71.
[29]. Lihat:   
            Usul Min Kafi.  (2/219).
[30]. Ibid.
[31]. Lihat:  
            Wasail asy-Syiah (X1/466).  
            Cetakan Tehran.
[32]. Lihat:  
            Tarikh Ma Ba'da Zuhur.  
            Hlm. 728.  Cetakan 
            Beirut.
[33]. H/R 
            Bukhari (5/78 dan 6/129).   
            Muslim (9/189-190). 
[34]. H/R 
            Muslim.  (4/133).
[35]. Lihat:  
            Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan?  Hlm. 57.  Dr. Abdullah 
            Muhammad Gharib.  Edisi 
            pertama,  Surabaya. 1984.
[36]. Ibid.  
            Hlm.  57.
[37]. Ibid.  
            hlm.  57.






 



3 comments:
terima kasih share info pasal syiah laknat.
info yg mnarik..
teruskan..
Dunia akhir zaman, supaya ALLAH S.W.T sentiasa memberi rahmatNYA kepada A.S.W.J,Amin...
Post a Comment
Apa kata anda ?