FB Like

Thursday, November 29, 2012

Hikmah Janggut Di Sebalik Sunnah Rasulullah


Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Wallahualam.

Sumber:http://www.apesal.com/rd/36304/0/hikmah-janggut-di-sebalik-sunnah-rasulullah/

Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat?


Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Nauzubillah. Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita wajib menutup aurat.

Firman Allah swt :

    Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (Al-Baqarah 286)


  1.     Menjalankan syi’ar Islam.
  2.     Berniat untuk ibadah.
  3.     Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
  4.     Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
  5.     Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
  6.     Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
  7.     Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
  8.     Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
  9.     Agar kaum wanita menutup auratnya.
  10.     Bukan kerana mahu bergaya.
  11.     Bukan kerana mengikut trend.
  12.     Bukan kerana berlagak baik.
  13.     Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
  14.     Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
  15.     Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
  16.     Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
  17.     Saya ingin menjadi wanita solehah.
  18.     Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
  19.     Tudung adalah pakaian taqwa.
  20.     Tudung adalah identiti wanita muslimah.
  21.     Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
  22.     Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
  23.     Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.
  24.     Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
  25.     Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
  26.     Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
  27.     Untuk meninggikan izzah Islam.
  28.     Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
  29.     Tudung lebih melindungi diri.
  30.     Membuat saya lebih merasa aman.
  31.     Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
  32.     Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
  33.     Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
  34.     Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
  35.     Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
  36.     Menghindar dari zina mata dan zina hati.
  37.     Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
  38.     Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
  39.     Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
  40.     Membuat saya lebih bersahaja.
  41.     Membuat saya lebih khusyu’.
  42.     Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
  43.     Membuat saya malu bila berbuat dosa.
  44.     Mendekatkan saya pada Allah.
  45.     Mendekatkan saya pada Rasulullah.
  46.     Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
  47.     Mendekatkan saya pada sesama muslim.
  48.     Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
  49.     Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
  50.     Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
  51.     Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
  52.     Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
  53.     Tudung bukan sesuatu yang kuno.
  54.     Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
  55.     Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
  56.     Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
  57.     Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
  58.     Membezakan diri dari penganut agama lain.
  59.     Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
  60.     Memperkuat tali silaturahmi dan ukhuwah sesama muslimah.
  61.     Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
  62.     Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
  63.     Membuat saya lebih terlihat anggun.
  64.     Membuat saya terlihat menyenangkan.
  65.     Membuat saya lebih terlihat wanita.
  66.     Tidak terlihat seperti laki-laki.
  67.     Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
  68.     Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
  69.     Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.
  70.     Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
  71.     Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.
  72.     Jodoh merupakan urusan Allah.
  73.     Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
  74.     Memudahkan saya dalam berdakwah..
  75.     Membuat lebih mudah bergerak.
  76.     Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
  77.     Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
  78.     Saya tidak suka memakai seluar yang ketat.
  79.     Seluar yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
  80.     Jimat masa dalam berpakaian.
  81.     Jimat masa dalam berhias.
  82.     Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
  83.     Jimat untuk membeli pakaian yang sedang trend.
  84.     Jimat untuk membeli make up.
  85.     Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.
  86.     Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
  87.     Mengurangkan risiko penyakit kanser kulit.
  88.     Pancaran matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
  89.     Mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
  90.     Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
  91.     Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
  92.     Membuatkan saya untuk hidup lebih sederhana.
  93.     Menghindari hidup yang membazir.
  94.     Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
  95.     Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
  96.     Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
  97.     Lebih mudah dalam menabung.
  98.     Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
  99.     Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
  100.     Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
  101.     Membuat saya merasa menjadi wanita sejati.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.


    Allah SWT berfirman yang bermaksud:
    Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

15 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!


Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

 "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

 Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab


Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11 Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.



12 Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.



13 Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P



14 Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.



15 Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Wallahua'alam

Sumber:

1.http://zoncinta.com/10-sebab-mengapa-anda-perlu-kahwin-muda/

2.http://penpatah.blogspot.com/2012/09/antara-sebab-kenapa-perlu-kahwin-muda.html

Hadis Shahih Mengenai Mimpi




Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4195


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian. Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan. Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri. Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan salat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4200


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah termasuk satu dari empat puluh enam bagian kenabian
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim :  4201


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4206



Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang melihat aku dalam mimpi, maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar (hak)
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4208

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Ia bercerita bahwa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat segumpal awan yang meneteskan minyak samin dan madu. Kemudian aku melihat orang-orang menengadahkan tangannya pada tetesan tersebut mereka ada yang mendapat banyak dan ada pula yang hanya mendapat sedikit. Lalu aku melihat seutas tali yang terentang dari langit sampai ke bumi kemudian melihat engkau memegang tali tersebut lalu engkau naik ke atas. Kemudian ada seorang lelaki memegang tali tersebut setelahmu, dan naik ke atas. Ada juga seorang lelaki lain memegang tali tersebut namun terputus, kemudian setelah disambung lagi, lelaki itu naik ke atas. Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! Untuk engkau aku mengorbankan bapakku dan demi Allah, izinkan aku untuk mentakwil mimpi tersebut. Rasulullah saw. bersabda: Takwilkanlah! Abu Bakar berkata: Segumpal awan tersebut berarti awan Islam. Tetesan yang berupa samin dan madu adalah Alquran dari segi manis dan halusnya. Orang-orang yang menengadahkan tangannya pada tetesan tersebut berarti orang-orang yang banyak menghayati isi Alquran dan yang hanya sedikit penghayatannya terhadap Alquran. Adapun seutas tali yang tersambung dari langit sampai ke bumi adalah kebenaran yang engkau bawa. Engkau memegang tali tersebut lantas Allah mengangkat engkau dengan tali itu. Kemudian setelah engkau, ada seorang lelaki yang memegang tali tersebut dan naik ke atas dengan tali itu. Ada seorang lelaki lain yang memegang tali tersebut dan naik ke atas dengan tali itu. Dan ada seorang lelaki yang lain lagi memegang tali tersebut, namun terputus dan setelah disambung lagi baru dia naik ke atas dengan tali itu. Ceritakan kepadaku, wahai Rasulullah! Untuk engkau aku mengorbankan bapakku! Menurut engkau, apakah takwilku itu tepat atau tidak? Rasulullah saw. bersabda: Sebagian yang kamu jelaskan itu ada yang tepat dan sebagian ada yang salah. Selanjutnya Abu Bakar mengatakan: Demi Allah, wahai Rasulullah, beri tahu aku mana kesalahanku! Beliau bersabda: Kamu jangan sering bersumpah
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim :  4214


Hadis riwayat Abu Musa ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Aku pernah bermimpi seolah-olah berhijrah dari kota Mekah menuju ke suatu daerah yang banyak pohon kurma. Aku yakin itu adalah daerah Yamamah atau daerah Hajar, namun ternyata adalah daerah Madinah yang dahulu disebut Yatsrib. Dalam mimpiku ini aku seakan-akan menghunus sebilah pedang tiba-tiba matanya menjadi tumpul. Ternyata mimpi itu adalah musibah bagi orang-orang mukmin pada perang Uhud. Kemudian aku ayunkan sekali lagi dan ternyata pedang itu kembali baik seperti semula. Ternyata itu adalah kemenangan yang diberikan oleh Allah dan bersatunya orang-orang mukmin. Dalam mimpi itu aku juga melihat seekor sapi, Allah adalah Zat yang baik. Ternyata itu adalah (isyarat) sekumpulan orang-orang mukmin pada perang Uhud. Namun kebaikan Allah datangnya masih nanti. Balasan sebuah keyakinan yang diberikan oleh Allah setelah perang Badar
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim :  4217


Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Pada suatu hari Musailimah Al-Kadzab datang ke Madinah pada zaman Nabi saw. dan berkata: Jika Muhammad menyerahkan kepemimpinan kepadaku sepeniggalnya niscaya aku mau menjadi pengikutnya. Lalu Musailimah datang lagi (ke Madinah) bersama beberapa orang dari kaumnya kemudian Nabi saw. dengan Tsabit bin Qais bin syammas berangkat menemuinya sambil membawa sepotong pelepah kurma sampai beliau berdiri di hadapan Musailimah beserta teman-temannya lalu bersabda: Sekalipun kamu meminta kepadaku sepotong kayu ini, tidak akan aku berikan kepadamu dan aku tidak akan melanggar perintah Allah dalam berurusan denganmu. Jika kamu berpaling, niscaya Allah akan membinasakanmu. Sesungguhnya aku telah memimpikan kamu dan kamu telah diperlihatkan kepadaku dalam mimpi itu. Dan ini Tsabit bin Qais yang akan memberikan jawaban kepadamu. Kemudian beliau beranjak pergi meninggalkan Musailimah. Ibnu Abbas berkata: Aku bertanya tentang sabda Nabi saw.: Sesungguhnya aku telah memimpikan kamu dan kamu telah diperlihatkan kepadaku dalam mimpi itu. Lalu Abu Hurairah mengabarkan kepadaku bahwa Nabi saw. bersabda: Ketika sedang tidur aku bermimpi melihat sepasang gelang emas berada di tanganku. Sepasang gelang tersebut sangat menarik perhatianku. Dalam tidur aku mendapat wahyu supaya meniup sepasang gelang tersebut. Setelah aku tiup ternyata sepasang gelang tersebut terbang. Aku tafsirkan mimpi itu dengan akan munculnya dua pembohong sepeninggalku pertama adalah Unsi dari daerah Shan`a dan kedua adalah Musailimah dari daerah Yamamah
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4218



Hadis riwayat Samurah bin Jundub ra., ia berkata:
Nabi saw. setiap kali selesai mengerjakan salat Subuh menghadapkan wajahnya kepada para sahabat dan bertanya: Apakah tadi malam ada salah seorang di antara kalian yang bermimpi
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4220

Saturday, November 24, 2012

Kisah Abu Yazid Al Bustami Dan Paderi Gereja Samaan

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.”
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang orang kafir dari kalangan yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom sama2 dedahkan 10 daripadanya!







Israel Pengedar tapi bukan pengguna. Siapa yang bodoh???
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10)Shell antara penyumbang besar Israel!

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini.

Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding Masjid yang suci bagi umat Islam.
Keretakan yang jelas pada tiang Masjid
 Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

 Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi-


HARAP MAAF !!! POST INI DAH OUTDATED DAN UNTUK MENGETAHUI LATEST HALAL INFO TERUS KE http://www.halal.gov.my/v3/

Untuk Renungan Bersama...
Assalamaualikum Tuan dan Puan
Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama
Babi Sudah Jelas Haramnya .....
Perhatian Kepada Semua Umat Islam
Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly
Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya

2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

P/S : Pastikan barang yang anda beli mempunya halal JAKIM atau badan halal yang di iktiraf JAKIM. KLIK SINI

Sumber asal artikel dan latest Halal info boleh didapati dari http://halalguide.org/Latest_Halal_Info.html

Friday, November 23, 2012

Salah Faham Terhadap Hudud



  1. Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT.  Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.
  2. Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang.  Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.
  3. Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.
  4. Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan.  Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.
  5. Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.
  6. Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.
  7. Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).  Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.
  8. Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf.  Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.
  9. Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.
  10. Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak."
  11. Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.
  12. Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.
  13. Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah.  Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik.  Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.
  14. Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.
  15. Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya.  Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur.  Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.
  16. Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat.  Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
  17. Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa  hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.
  18. Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.

Thursday, November 22, 2012

KEMULIAAN YANG DIANUGERAHKAN ISLAM KEPADA WANITA

Kedudukan wanita dalam Islam telah menjadi satu isu perdebatan sejak kebelakangan ini. Timbul beberapa salah faham, sama ada daripada amalan-amalan tradisi yang dianggap ‘Islamik’, tetapi sebenarnya tidak, ataupun melalui pelbagai prejudis. Namun demikian, isu sebenarnya adalah bagaimana wanita dilayan dalam kepercayaan Islam, dan apabila kita meneliti perkara ini, kita dapati bahawa Islam memberi nilai sosial, kebebasan dan keselesaan yang tinggi terhadap wanita.
WANITA DALAM AL-QURAN
Perintah-perintah Tuhan berkenaan status wanita dan hubungan di antara lelaki dan wanita yang telah dinyatakan kepada kita melalui Al-Quran, merangkumi keadilan yang menyeluruh. Berhubung dengan perkara ini, Islam menganjurkan kesamaan hak, tanggungjawab dan kewajipan di antara kedua-dua jantina. Islam adalah berlandaskan simpati, toleransi dan hormat-menghormati sesama manusia, dan dalam hal ini tidak mendiskriminasi wanita.
Contoh-contoh budi pekerti yang disampaikan kepada kita dalam Al-Quran secara keseluruhannya bersesuaian dengan sifat semulajadi manusia, dan sesuai untuk semua pentas sejarah.
Penghormatan terhadap wanita dan hak-hak wanita juga berlaku dalam lingkungan ini. Dalam Al-Quran, Allah menegaskan bahawa semua tugas dan tanggungjawab wanita adalah sama seperti lelaki. Malah, lelaki dan wanita harus saling bantu-membantu dalam menunaikan pekerjaan dan tanggungjawab masing-masing:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah At-Taubah, ayat 71)

Allah menekankan bahawa golongan yang beriman akan diberi balasan yang sama berdasarkan amalan mereka, tanpa mengira jantina.
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; ... (Surah Al-‘Imran, ayat 195)
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.(Surah An-Nahl, ayat 97)
Dalam satu ayat yang lain, lelaki dan wanita Muslim dianggap setara, dan ditegaskan bahawa kedua-duanya mempunyai kewajipan dan status yang sama di hadapan Allah:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.(Surah Al-Ahzaab, ayat 35)
Ada banyak lagi ayat dalam Al-Quran yang menyatakan lelaki dan wanita adalah sama dari sudut tugas dan kewajipan mereka, serta pahala dan seksaannya. Terdapat beberapa perbezaan kecil dalam isu-isu sosial, namun ianya untuk keselesaan dan perlindungan untuk wanita sendiri. Perintah-perintah dalam Al-Quran turut memberi perhatian terhadap perbezaan kongenital di antara kedua-dua jantina hasil penciptaan mereka, serta menganjurkan satu sistem yang mengekalkan keadilan untuk lelaki dan wanita.
Islam tidak melihat wanita sebagai objek. Maka, ianya tidak bersesuaian untuk seorang wanita yang baik mengahwini lelaki yang buruk akhlaknya. Begitu juga sebaliknya, seorang wanita yang buruk tingkah lakunya tidak diperkenankan untuk mengahwini lelaki yang baik pekertinya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah An-Nur, ayat 26)
Berkenaan perkahwinan pula, semua tugas dan tanggungjawab sesebuah pasangan memerlukan kesamaan. Allah memerintahkan bahawa kedua-dua suami isteri adalah pelindung dan penjaga di antara satu sama lain. Tugas ini diungkapkan dalam Al-Quran melalui ayat berikut:
... Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. ...(Surah Al-Baqarah, ayat 187)
Banyak aturan dan perintah terdapat dalam Al-Quran berkenaan perlindungan hak-hak wanita dalam pernikahan. Perkahwinan adalah berdasarkan persetujuan daripada kedua-dua pihak; suami perlu menyediakan sokongan ekonomi untuk isterinya (Surah An-Nisaa’, ayat 4); suami juga perlu mengambil berat bekas isterinya selepas bercerai (Surah At-Talaaq, ayat 6).


EMANSIPASI WANITA MENURUT ISLAM
Sepertimana yang diterangkan dalam ayat-ayat tersebut, Islam membawa keadilan dalam hubungan lelaki-wanita dan menamatkan amalan-amalan memudaratkan yang timbul daripada pelbagai adat dan tradisi masyarakat-masyarakat sebelum kedatangan Islam. Satu contoh ialah situasi wanita dalam komuniti Arab sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab pagan melihat wanita sebagai golongan yang rendah, dan mempunyai anak perempuan adalah sesuatu yang memalukan. Bapa-bapa yang mempunyai anak perempuan lebih sanggup menanam mereka hidup-hidup daripada mengumumkan kelahirannya. Melalui Al-Quran, Allah menegah tradisi jahat ini dan mengingatkan bahawa golongan sedemikian pasti akan diminta bertanggungjawab atas tindakan mereka pada Hari Pengadilan.
Hakikatnya, Islam membawa bersamanya emansipasi yang besar untuk wanita, golongan yang teruk dianiayai dalam era pagan. Profesor Bernard Lewis, dikenali sebagai antara pakar terhebat Barat berkenaan sejarah Islam dan Timur Tengah, membuat komentar berikut:
 
 Secara umumnya, ketibaan Islam telah membawa satu pembaikan yang besar terhadap posisi wanita dalam masyarakat Arab purba, merahmati mereka dengan harta benda dan hak-hak lainnya, serta memberi satu cara perlindungan daripada penganiayaan para suami dan pemilik mereka. Pembunuhan bayi-bayi perempuan, yang diluluskan dalam adat masyarakat pagan Arab, telah diharamkan oleh Islam. Namun kedudukan wanita masih rendah, dan menjadi lebih teruk apabila, dalam hal ini dan banyak perkara lainnya, ajaran sebenar Islam hilang rangsangannya dan telah diubahsuai mengikut pengaruh gaya dan adat yang wujud sebelumkedatangan Islam. 1
Karen Armstrong, seorang lagi pakar Barat tentang Islam, memberi kenyataan berikut:
Kita harus ingat suasana hidup wanita semasa zaman pra-Islam di mana pembunuhan bayi perempuan merupakan satu kebiasaan dan wanita langsung tidak mempunyai hak. Seperti hamba, wanita dilayan sebagai satu spesis bawahan yang tidak mempunyai cara hidup yang sah. Dalam dunia kuno sedemikian, apa yang dicapai oleh Muhammad untuk wanita adalah sesuatu  yang luar biasa. Gagasan bahawa seseorang wanita boleh menjadi saksi atau boleh mewarisi apa sahaja berlandaskan haknya adalah amat menakjubkan. 2
Hakikatnya, semasa beberapa kurun selepas Nabi Muhammad, wanita dalam masyarakat Islam memiliki kedudukan sosial yang lebih tinggi berbanding dengan golongan wanita Kristian. Karen Armstrong menegaskan bahawa semasa Zaman Pertengahan:
... golongan Muslim terperanjat melihat cara masyarakat Kristian di Barat melayan golongan wanita mereka dalam wilayah-wilayah Salibiah, dan para sarjana Kristian mengecam Islam kerana memberi terlalu banyak kuasa kepada golongan bawahan seperti hamba dan wanita. 3
Anna King, seorang wanita Muslim moden dan seorang mualaf - atau, lebih baik dikatakan, seorang yang kembali kepada asal - kepada Islam, menerangkan emansipasi wanita dari perspektif Islamik sebagai berikut:
Islamlah yang mula-mula memberi hak-hak wanita di saat mereka sekadar harta milikan lelaki. Islam memberi wanita hak untuk membeli dan menjual sendiri, memiliki perniagaan dan menyatakan pandangannya secara politik. Semua ini merupakan hak-hak asas yang tidak diberikan kepada wanita Amerika sehingga baru-baru ini! Ä°a juga menggalakkan wanita untuk mengkaji dan mempelajari pengetahuan Islam, membuka sekatan yang disyaratkan oleh sesetengah agama, yang melarang wanita untuk mendapat sebarang ilmu keagamaan atau menyentuh kitab-kitab agama. Islam juga telah membasmi amalan mengahwini wanita secara paksa. Maka, seseorang itu tentunya seorang yang keras kepala untuk  menolak fakta dan bukti nyata sedemikian bahawa Islam merupakan pembebas wanita pertama.
Kecenderungan untuk melihat wanita sebagai "satu spesis bawahan" yang tidak mempunyai hak untuk pendidikan dan perlu dipencilkan daripada masyarakat muncul beberapa lama kemudian dalam dunia Islam akibat penyimpangan daripada jalan Quranik sebenar.


KESIMPULAN
Justeru itu dapat kita katakan bahawa pemikiran yang menghina wanita, menyisihkan mereka daripada kelompok masyarakat dan menganggap mereka sebagai warga kelas kedua merupakan satu sikap keji pagan yang tidak mempunyai tempat dalam Islam.
Hakikatnya, wanita yang taat dipilih sebagai teladan bagi manusia di dalam Al-Quran. Satu daripadanya ialah Maryam, ibu kepada Yesus Kristus sendiri. Seorang lagi ialah isteri kepada Firaun Mesir yang, meskipun suaminya seorang yang zalim, juga dinyatakan sebagai seorang Muslimah yang ideal. (Surah At-Tahrim, ayat 11-12) Al-Quran juga merakamkan beberapa perbualan di antara Nabi Sulaiman dan Puteri Saba’ (Surah An-Naml, ayat 42-44), dan di antara Nabi Musa dengan dua orang gadis (Surah Al-Qasas, ayat 23-26), yang melambangkan hubungan sosial penuh tamadun di antara kedua-dua jantina.
Justeru itu, adalah mustahil untuk seorang Muslim mempunyai pendekatan yang sempit terhadap wanita. Di dalam satu masyarakat di mana nilai moral Islam sebenar diamalkan, rasa hormat dan simpati yang tinggi akan ditunjukkan terhadap wanita, dan akan dipastikan mereka dapat hidup dalam kebebasan dan keselesaan.
Aturan asas dalam takwil Quranik adalah memastikan bahawa makna yang dipilih bersesuaian dengan integriti Al-Quran. Apabila perkara ini diberi perhatian, didapati bahawa semua aturan berkenaan wanita yang diberitakan oleh Allah kepada kita membentuk satu struktur sosial yang membenarkan mereka hidup dalam cara yang paling selesa dan gembira. Dalam satu masyarakat di mana semua nilai moral yang diajar oleh Islam diamalkan secara menyeluruh, kedudukan sosial wanita menjadi lebih mulia berbanding dengan banyak masyarakat pada masa kini yang kita anggap moden.

(1) Bernard Lewis, The Middle East, Weidenfeld & Nicolson, London, 1995, hal. 210
(2) Karen Armstrong, Muhammad A Biography of The Prophet, Harper Collins Publisher, USA, 1992, hal.191
(3) Karen Armstrong, Muhammad A Biography of The Prophet, Harper Collins Publisher, USA, 1992, hal.199

Sumber asal harunyahya.com

SEAN STONE, ANAK PENGARAH TERKENAL HOLLYWOOD OLIVER STONE, MEMELUK ISLAM


Sean Stone, pembuat filem berusia 27 tahun memeluk Islam semasa bekerja untuk menghasilkan sebuah dokumentari di Iran. Stone menegaskan bahawa penerimaannya terhadap Islam tidak harus dilihat sebagai penolakan agama lain dan bahawa beliau telah menerima Nabi Muhammad (saw) beserta para nabi yang lain. Dalam satu maklum balas terhadap soalan mengenai Akhir Zaman yang diajukan saluran TV Iran, Stone berkata:
“Ramai orang mengatakan tahun 2012 sebagai penghujung dunia tetapi saya merasakan bahawa ia hanyalah pengakhiran satu kitaran. Saya melihat kesedaran orang ramai di sekeliling terhadap agama mula meningkat. Kerana dunia ini sedang berubah, kesedaran manusia juga berubah. Justeru kita harus berjuang bersama mereka untuk membawa Cahaya… Dengan melakukan hal itu kita selari dengan Mahdi. Kita mampu melakukannya, siapapun boleh menyertainya sebaik sahaja dia memilih untuk membawa cahaya.”
Sean Stone menjawab soalan CNN tentang keputusannya memilih Islam:
“Berada di sana, melihat sendiri Islam diamalkan, membaca Al-Quran, mempelajari Islam di Oxford dan  Princeton, saya dapat merasakan bahawa ia adalah kesinambngan warisan Judeo-Kristian dan Nabi Muhammad ialah seorang Nabi sepertimana para Nabi lain sehingga kepada Nabi Ibrahim. Saya meneguhkan semula keimanan saya kepada Tuhan…”

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Sean Stone berkata:
“Pertembungan tamadun adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Kita telah mendengar model ini terutamananya sejak tahun 90-an, dan konsep bahawa golongan Yahudi, Kristian dan Muslim tidak boleh hidup harmoni. Saya mahu mengakhiri hal ini, retorik ini, dan mengatakan saya seorang Yahudi, Kristian dan Muslim, dan saya mahu memahami kesemua tiga agama serta mengadakan dialog dengan manusia dari semua penjuru dunia.”
Ketika ditanya mengenai respon ayahnya terhadap keputusan beliau, Stone berkata:
“Beliau [Oliver Stone] berkata Allah beserta kamu.”

Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat


Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)

Rujukan:
1 "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
2)  Howard La Fay, "Ebla: Splendour of an Unknown Empire," National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur'an.


Sumber asal harunyahya.com

ALHAMDULILLAH