Pandangan
 dan pendapat bahawa tamadun berkembang daripada tahap primitif kepada 
peringkat yang lebih maju merupakan satu penyelewengan yang cuba dicipta
 oleh para evolusionis dalam sejarah.
 Sekiranya
 seseorang menyelidik dan meneliti pendapat para evolusionis, serta 
mengkaji sumber rujukan dan penemuan sejarah, pasti anda akan menemui 
terdapat banyak tamadun kuno yang menggunakan teknologi lebih maju dan 
canggih.
 Tinggalan
 daripada tamadun Mesir purba iaitu tamadun Maya dan Sumeria, 
menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cabang sains seperti elektrik, 
elektrokimia, elektromagnetik, kaji logam, hidrogeologi, perubatan, 
kimia dan fizik telah digunakan sehingga ke tahap yang lebih meluas.
 Elektrik
 dijana dan digunakan secara meluas pada zaman Mesir purba. Bateri 
Baghdad dan lampu arka ynag pertama telah digunapakai pada masa 
tersebut. Tetapi adakah penjanaan elektrik hanya terbatas pada aplikasi 
sedemikian pada zaman itu?
 Penyelidikan
 dan kajian mendalam terhadap sejarah tamadun Mesir purba mendedahkan 
kecanggihan dan kepintaran tamadun purba dalam mengaplikasikan sumber 
pencahayaan. Sebagai contoh tiada rekahan mahupun ruang pencahayaan 
ditemui pada koridor piramid mahupun makam para raja kerana kawasan 
tersebut diterangi dengan menggunakan kuasa elektrik. Ukiran timbul juga
 menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba telah menggunakan lampu suluh
 yang dijana oleh sumber tenaga tanpa wayar.
 Lampu
 arka yang digunakan di Rumah Api Alexandria merupakan bukti kukuh, 
bahawa elektrik telah digunakan semasa zaman Mesir purba. Tenaga yang 
diperlukan untuk menjana Rumah Api Alexandria selama 24 jam sehari hanya
 dapat dibekalkan oleh satu sumber elektrik yang sistematik.
 PIRAMID MESIR MERUPAKAN LOJI TENAGA RAKSASA YANG MENJANA SUMBER ELEKTRIK
 1.
 Salutan luar Piramid Agung Giza dilitupi dengan batu kapur tufa putih, 
direka bentuk dengan tahap kepadatan yang tinggi sehinggakan sebilah 
pisau cukur sekalipun tidak dapat mencelah di antara batuan. Batu kapur 
tufa putih ini tidak mengandungi magnesium dan memiliki sifat penebatan 
yang tinggi. Ciri-ciri ini menghalang elektrik di dalam piramid daripada
 dibebaskan tanpa kawalan.
 2.
 Blok batuan yang digunakan di bahagian dalam piramid diperbuat daripada
 sejenis batu kapur yang mengandungi Kristal, berfungsi sebagai alat 
pengalir elektrik yang tinggi dan sejumlah kecil logam digunakan untuk 
membenarkan pemindahan tenaga secara maksimum. Ruang laluan di dalam 
piramid juga dijajari dengan granit. Granit merupakan bahan radioaktif 
ringan yang  membenarkan pengionan udara di dalam ruang-ruang tersebut.
 Apabila
 anda memerhatikan kabel elektrik yang diselaputi dengan bahan penebat, 
kita mendapati bahawa bahan pengalir dan penebat yang digunakan 
mempunyai ciri persamaan seperti dalam pembinaan piramid.
 3.
 Ciri-ciri pengalir dan penebat yang ada pada piramid merupakan salah 
satu contoh teknik kejuruteraan yang sempurna. Walau bagaimanapun, 
sumber tenaga diperlukan bagi menjana tenaga elektrik.
 Plateau
 Giza merupakan salah satu piramid yang direka khas dengan dipenuhi 
sistem saluran air bawah tanah. Pembinaan pyramid ini menggunakan 
lapisan batuan khas yang bertujuan sebagai alat perantara tenaga 
elektrik ke bahagian atas semasa proses pemindahan air bawah tanah ke 
permukaan, proses ini dikenali sebagai “AKUIFER”. Arus deras Sungai Nil 
yang melalui akuifer tersebut menghasilkan tenaga elektrik. Teknik ini 
dikenali sebagai fisio-elektrik.
 Ruangan
 bawah tanah piramid berfungsi sebagai konduktor granit yang dibina di 
dalam batuan dan dicas menggunakan teknik fisio-elektrik. Arus elektrik 
ini kemudianya dialirkan secara langsung ke bahagian atas bilik bawah 
tanah yang dilitupi granit. Granit merupakan pengalir elektrik yang 
sangat baik.
 Medan
 elektromagnet yang dibentuk di bahagian bawah piramid disalurkan ke 
lapisan atas piramid dalam bentuk berpusat. Di puncak piramid, terdapat 
tetopi emas yang merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Bahagian 
ini sudah tidak wujud lagi pada masa sekarang. Ini bermakna bahagian 
atas piramid telah kehilangan struktur geometrinya yang sempurna. Tetopi
 emas ini membantu pengaliran ion-ion negatif ke ionosfera. Melalui cara
 ini, maka arus elektrik pun terhasil.
 Bagaimana piramid menggerakkan medan elektromagnet bawah tanah menerusi bantuan akuifer?
 Satu
 teknologi yang seumpama ini, diaplikasikan di Mesir pada 5,000 tahun 
dahulu, juga telah digunakan oleh Nikola Tesla, seorang perekacipta 
teknologi elektrik pada awal tahun 1900, di sebuah menara yang dibina di
 Amerika.
 Tesla,
 pencipta teknologi elektrik asas seperti arus, enjin elektrik, radio, 
laser dan radar, juga dalam masa yang sama berjaya menghantar bunyi dan 
gambar di antara benua di menara Wardenclyffe yang dibangunkannya di 
antara tahun 1901 dan 1917. Beliau tidak menggunakan sumber elektrik 
luaran, malah mengaplikasikan teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar.
 Tesla
 juga telah membina menaranya itu di atas akuifer dan menyahcas ion-ion 
negatif daripada akuifer ke menara. Teknologi elektromagnet yang 
digunakan dalam menara terkenal Tesla ini sama dengan medan 
elektromagnet yang ditetapkan dalam pembinaan piramid. Kedua-dua sistem 
menjana ion-ion negatif dan mengalirkannya tanpa memerlukan kabel 
elektrik.
 Untuk tujuan apakah elektrik digunakan oleh masyarakat Mesir?
 Ukiran
 relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan lampu suluh
 bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar. 
Mentol-mentol ini mengingatkan kita kepada penerangan Nicola Tesla untuk
 menunjukkan bahawa arus elektrik yang diciptanya adalah selamat.
 Di
 Pesta Sedunia Chicago pada tahun 1893, Tesla memindahkan arus elektrik 
melalui badannya untuk menyalakan mentol di tangan beliau tanpa 
menggunakan kabel elektrik.
 Ukiran
 relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba telah 
menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.
 Ukiran
 di bahagian kiri menunjukkan sebuah pemancar, dan sebuah penerima di 
sebelah kanan. Bukti ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir telah 
menggunakan tenaga tanpa wayar secara percuma untuk tujuan komunikasi.
 Ukiran
 relif ini menunjukkan satu kemudahan yang dapat menghasilkan tenunan. 
Benang yang digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membuat fabrik pada 
masa tersebut adalah sehalus pakaian yang dihasilkan oleh mesin 
pembuatan masa kini. Tenaga elektrik juga digunakan dalam kilang tenunan
 mereka.
 Terdapat
 banyak objek emas tinggalan Mesir kuno sebenarnya disaluti emas dengan 
teknik yang sangat halus. Saduran emas yang sesempurna itu, memerlukan 
penggunaan elektrik.
 Ukuran
 elektromagnetik keseluruhan yang dibuat di sekitar Piramid Agung Giza 
adalah sama dengan sukatan yang dibuat semasa berlakunya ribut guruh 
dengan petir. Terdapat medan elektromagnet yang kuat di sekitar Piramid 
Agung Giza. Ini dapat diperhatikan melalui satu eksperimen mudah. 
Apabila seseorang berdiri di atas piramid dengan memegang botol yang 
dibaluti kain lembap, cetusan api terpercik keluar dari botol, 
seolah-olah dia berada di atas satu gelendong bervoltan tinggi.
 PIRAMID TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI MAKAM
 Piramid
 selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada hakikatnya, 
tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini 
membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi, 
bukannya makam.
 Sebuah
 peti batu kosong yang besar telah ditemui di bahagian paksi pusat 
piramid, kawasan yang dinamakan sebagai Dewan Raja oleh ahli arkeologi. 
Mereka mendakwa bahawa peti ini dahulunya menempatkan keranda firaun, 
tetapi kini kosong kerana telah dicuri. Namun penelitian ke atas dimensi
 peti batu dan lokasinya mendedahkan hal yang lebih menarik. Di situlah 
struktur konduktif piramid yang hilang, dan keseluruhan rekabentuknya 
menyokong hal berkenaan. Jika satu bahan superkonduktif dipasang di 
sini, piramid mampu mengeluarkan elektrik yang cukup untuk seluruh 
Mesir. Superkonduktor ini dipercayai merupakan Tabut Perjanjian, yang 
diketahui telah berada di Mesir pada zaman purba, dan dimensinya amat 
bersesuaian dengan saiz peti batu kosong tersebut.
 Nabi
 Musa (as) pernah diterima oleh Firaun dan berdasarkan rekod sejarah, 
baginda diangkat sebagai pentadbir kerana nilai moral, kecerdasan dan 
keupayaannya yang tinggi. Salah satu fasa dalam latihan kepimpinan di 
Mesir purba adalah pengajaran semua rahsia Mesir dan ilmu tenaga. 
Sebagai tambahan kepada sifatnya yang lain, terdapat juga pelbagai 
rujukan tentang Tabut Perjanjian yang bertindak sebagai kapasitor, dan 
bahawa ia adalah sumber tenaga Mesir. Nabi Musa (as) dipercayai telah 
membawa Tabut Perjanjian bersamanya sewaktu meninggalkan Mesir. Menurut 
rekod sejarah, salah satu sebab Firaun mengejar Nabi Musa (as) sehingga 
ke saat-saat terakhir, dan berusaha untuk menangkap baginda pada harga 
berapa sekalipun, ialah Tabut Perjanjian kerana Firaun sangat maklum 
bahawa semua kegemilangan dan keagungan Mesir akan punah tanpa elektrik.
 Rujukan
 sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Mesir mencapai kemuncaknya 
semasa pemerintahan Ramses II, yang hidup sezaman dengan Nabi Musa (as).
 Tetapi tamadun tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 10 tahun 
selepas pentadbiran Ramses II, sehinggakan Giza terus diabaikan. Bandar 
Giza yang dahulunya merupakan pusat tamadun dunia kekal sepi sehinggalah
 dinasti lain menetap di situ.
 Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai teknologi elektrik tanpa wayar?
 Ukiran
 timbul yang ditinggalkan oleh masyarakat Maya dan Assyria juga 
menggambarkan teknik sama dengan apa yang digunakan dalam piramid.
 Semua
 maklumat ini sekali lagi membuktikan bahawa tidak ada orang dan 
masyarakat primitif pada masa lalu, sebagaimana yang cuba dimainkan oleh
 golongan evolusionis. Dari segi ketamadunan, masyarakat yang lebih atau
 kurang maju telah hidup bersebelahan sepanjangmasa dalam sejarah. 
Sebuah masyarakat yang wujud beribu-ribu tahun yang lalu telah menikmati
 teknologi yang jauh lebih maju berbanding dengan mereka yang hidup 
dalam abad ke-20. Dan ini menunjukkan kepada kita bahawa pembangunan 
bukanlah sebahagian daripada proses evolusi, atau dalam erti kata lain, 
tidak ada kemajuan linear dari tahap tamadun primitif kepada yang lebih 
maju dalam sejarah.
 Penyunting: Awang Henapi Abdul Kadir
Sumber: http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/157451/RAHSIA-TERSEMBUNYI-DI-SEBALIK-PIRAMID-MESIR-%28BAHAGIAN-SATU%29- 






 


