Saudara-saudaraku di sana, di mana jua berada.
Hari ini, dengan ilmu falak atau astronomi yang dianugerahkan kepada orang-orang yang istimewa, sekali lagi manusia akan dipertontonkan Allah Taala dengan kehebatan. kebesaran dan keagungan-Nya kepada manusia, kerdilnya kita boleh dibayang dan boleh diukur oleh sesiapa saja.
Perhatikanlah kehebatan dan kebesaran-Nya melalui makhluk-makhluk Allah seperti matahari, bulan dan bumi di sekeliling kita kepada yang mahu berfikir dan mengambil pengajaran. Semoga dengan itu kita juga dapat terus mengerjakan ibadat-ibadat tambahan seperti mengadakan solat hajat gerhana bulan, berzikir dan beristighfar moga dosa-dosa dapat diampunkan Allah di samping menambah pahala solat gerhana matahari yang tidak ada pada masa-masa lain.
Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:
“Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”
(Riwayat Muslim)
Sumber
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah pada 26 April ini kita akan berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa.
Agensi
Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk
orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput
hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00 pagi di Planetarium Negara.
Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga
berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca
mengizinkan.
Pada 26 April 2013, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada jam 2:04 a.m. sehingga 6:11 a.m. Secara
amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa
yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah
1.
Gerhana
pada 26 April ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam
2:04 a.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini,
kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada jam 3:54 a.m. dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 4:09 a.m. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 4:21 a.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana
masih terus berlaku sehingga jam 6:11 a.m. tetapi fenomena tersebut
tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra
Bumi yang kurang gelap.
Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Separa Pada 26 April 2013 (sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2013.html)
Keterangan
|
Masa
| |
P1
|
Bulan mula memasuki “Penumbra”
|
2:04 a.m.
|
U1
|
Bulan mula mengalami fasa gerhana separa
|
3:54 a.m.
|
Maksimum
|
Bulan berada separa dalam “Umbra”
|
4:09 a.m.
|
U4
|
Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra”
|
4:21 a.m.
|
P4
|
Bulan keluar dari “Penumbra”
|
6:11 a.m.
|
Catatan: Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Tidak
kira di mana anda berada di Malaysia, sekiranya langit berada dalam
keadaan cerah lihat ke arah Barat di mana Bulan berada. Anda berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar.
sumber: http://www2.angkasa.gov.my/planetarium/index.php?option=com_content&view=article&id=301:partial-lunar-eclipse-program-26-april-2013&catid=41:public&Itemid=53&lang=ms
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda ?