FB Like

Tuesday, February 26, 2013

MENARIK! TIPS BERKESAN MENGINGAT SECARA MUDAH


MENGINGAT SECARA MUDAH

APABILA peperiksaan hampir tiba, pelajar-pelajar mula risau sama ada ia boleh mengingat atau tidak fakta-fakta yang telah dipelajarinya. Bolehlah dikatakan bahawa sekiranya seseorang pelajar itu lupa tentang apa yang hendak ditulisnya, kemungkinan, kemahiran untuk mengingat bahan pelajaran sangatlah penting bagi pelajar. Di dalam buku-buku kemahiran belajar telah ditunjukkan berbagai-bagai teknik mengingat yang utama adalah bergantung pada diri kita sendiri, walaupun ada juga pengaruh daripada faktor luar. Sekiranya kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengingat, kita tentu akan berusahamengingatnya dengan menggunakan teknik tertentu. Teknik mengingat hanyalah sebagai alat untuk lebih menyenangkan kita mengingat.

Doa

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalam menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.


Daya Ingatan

SESEORANG yang boleh mengingat bahan pelajaran dengan cekap dikatakan mempunyai daya ingatan yang baik. Daya ingatan boleh dianggap sebagai kekuatan minda kita menyimpan apa sahaja yang kita pelajari, sama ada secara langsung ataupun tidak untuk satu jangka masa yang tertentu. Ahli Sains yang mengkaji tentang ingatan ini telah membahagi ingatan kepada dua, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Ingatan jangka pendek dikatakan sebagai kebolehan menyimpan maklumat pembelajaran selama kurang daripada 5 minit, selepas itu maklumat pembelajaran itu akan beransur-ansur hilang dan dilupakan. Dengan adanya ingatan jangka pendek, kita boleh mengambil nota apabila guru bercakap di depan kelas. Kalau guru terus bercakap tanpa mengulang bahan pelajaran yang sama, bahan yang telah ditulis itu akan dilupakan kerana tumpuan kita adalah kepada perkara yang dilupakan kerana tumpuan kita adalah kepada perkara yang baru. Dengan kata lain, ingatan jangka pendek akan berlaku selepas kita mendapat satu maklumat dan maklumat itu tidak perlu kita ingati lagi. Misalnya kita bertanya harga sebuah buku. Selepas kita beli buku tersebut, mungkin kita tidak perlu mengingat harganya lagi, kerana buku itu telah kita miliki.

Ingatan jangka panjang sangat penting bagi seseorang pelajar. Dengan ingatan jangka panjang, pelajar akan dapat menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan. Apabila maklumat atau kesan pembelajaran itu telah berada dalam ingatan jangka panjang, ia senang diingat kembali apabila diperlukan.




Mengingat untuk Peperiksaan

TUJUAN utama pelajar mengingat bahan pelajar ialah untuk menghadapi peperiksaan. Kalau kita boleh mengingat, senanglah kita menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Berikut disenaraikan 14 patah perkataan. Ingati perkataan-perkataan tersebut dalam masa 45 saat sahaja.

wayar               seterika

positif               atom

keupayaan       elektrik

lampu               negatif

kimia                cahaya

haba                 bateri

bunyi                 kinetik


Selepas 45 saat, tutup perkataan-perkataan itu dan cuba ingati perkataan-perkataan tersebut semula. Bagaimana anda boleh mengingat perkataan-perkataan tersebut? Apakah teknik yang anda gunakan untuk mengingat perkataan-perkataan ini?

    Titian Memori

        DALAM Titian Memori, ada 6 cara yang dapat anda gunakan untuk mengingat. Titian tersebut ialah:

        1. Mnemonik, iaitu dengan cara menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu maklumat.

        2. Emosi, iaitu dengan cara mengaitkan nilai dan motivasi seseorang pelajar dengan bahan-bahan pelajaran.

        3. Mengulang, iaitu dengan cara menggunakan maklumat untuk sesuatu aktiviti dan juga membuat ulangkaji.

        4. Organisasi, iaitu dengan cara menyusun bahan-bahan tersebut daripada bentuk yang kurang sesuai dan tidak biasa kepada bentuk yang sesuai dan lebih dekat dengan kita.

        5. Ringkasan, iaitu dengan cara memendekkan atau memadatkan isi kandungan pelajaran agar lebih senang diingat atau dihafal.

        6. Ikatkan dan imaginasi, iaitu dengan cara mengikat sesuatu maklumat itu dengan perkataan atau objek tertentu.

        M.E.M.O.R.I. adalah berdasarkan huruf awal daripada perkataan Mnemonik, Emosi, Mengulang, Organisasi, Ringkasan dan Ikatan. M.E.M.O.R.I. juga bermakna ingatan, jadi senanglah kita mengingat Titian Memori ini.

Cara Mnemonik

        CARA Mnemonik merupakan satu cara mengingat yang telah lama diketahui dan senang digunakan oleh pelajar. Cara ini telah juga digunakan dalam kehidupan kita seharian dengan tidak kita sedari.

        Huruf Ringkas

        DALAM pelajaran Sains, nama bahan kimia dan nama bahan tertentu diringkaskan sahaja berdasarkan huruf pertama setiap perkataan, sehingga cara ini telah menjadi amalan biasa dan diiktiraf sebagai satu cara yang berkesan untuk mengingat.

        Contoh penggunaan huruf ringkas ialah seperti

        ATP - iaitu untuk Adinosin Triposfat
        DNA - iaitu untuk Asid Deoksi Nukleid (atau Deoxy Nucleic Acid)

        Kadang-kadang ia telah menjadi simbol atau istilah yang mesti dipakai, seperti:

        Pb = Plumbum
        K = Kalium
        Cl = Klorin

        Penggunaan Huruf Pangkal

        PENGGUNAAN huruf pangkal untuk sesuatu perkataan boleh menyenangkan kita mengingat sesuatu bahan pelajaran atau istilah yang berbentuk siri. Huruf pangkal setiap istilah itu dijadikan perkataan yang senang diingat.

        Contoh 1:

        Kelas haiwan vertebrata ialah reptilia, ikan, amfibia, burung dan mamalia. Setiap huruf pangkal kelas haiwan vertebrata, iaitu R, A, I, B dan M disusun menjadi satu perkataan. Contohnya ialah RIMBA. Jadi apabila mengingat kelas haiwan vertebrata ialah RIMBA, dengan sendirinya kita boleh mengingat kelas haiwan itu, iaitu:

        R = Reptilia

        I = Ikan

        M = Mamalia

        B = Burung

        A = Amfibia

        Contoh 2:

        Pelajar selalu mengingat vitamin larut lemak sebagai ADEK, iaitu vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K.

        Contoh 3:

        Peringkat mitosis ialah IPMAT, iaitu I (Interfasa), P (Profasa), M (Metafasa), A (Anafasa) dan T (Telofasa).

        Penggunaan Huruf Pangkal Bagi Lebih daripada Dua Perkataan atau Satu Kenyataan

        Huruf pangkal atau huruf penting bagi sesuatu perkataan boleh juga digunakan untuk sesuatu kenyataan. Kemudian huruf pangkal itu dijadikan satu perkataan atau ayat.

        Contoh 1:

        Tanah terdiri daripada BAU-BOM, iaitu

        B untuk Butiran dan batuan

        A untuk Air tanah

        U untuk Udara tanah

        B untuk Bahan organik

        O untuk Organisma tanah

        M untuk Mineral, iaitu garam mineral


        

        Membuat Ayat Berdasarkan Huruf Pangkal

        Selalunya pelajar menggunakan huruf pangkal untuk membuat satu ayat. Huruf pangkal ini memberi satu kekunci untuk istilah atau perkataan yang diperlukan.

        Contoh 1:

        Nama 5 enzim yang terdapat pada jus usus kecil yang dirembeskan oleh sel dinding ileum. Boleh digunakan ayat yang berikut:

        "Sukri marah lalat, lipas pening."

        S (ukri) untuk Sukrase

        M (arah) untuk Maltase

        L (alat) untuk Laktase

        L (ipas) untuk Lipase

        P (ening) untuk Peptidase

        Ayat yang digunakan mestilah yang biasa dengan kita dan senang diingati.

        Contoh 2:

        Cara ini sesuai digunakan untuk mengingat contoh-contoh sesuatu bahan, misalnya contoh pelarut-pelarut bukan air. Boleh digunakan ayat yang berikut:
        "Ali tolong emak buat kuih."

        A (li) untuk Alkohol

        T (olong) untuk Turpentin

        E (mak) untuk Eter

        B (uat) untuk Benzen

        K (uih) untuk Kerosin

        Membesarkan Huruf

        Ini dilakukan di dalam buku nota atau kad belajar. Prinsipnya sama seperti Mnemonik yang lain, iaitu menggunakan huruf pangkal untuk sesuatu istilah atau perkataan.

        Contoh 1:

        AGen HAKisan fizikal

        Dalam cara ini, huruf besar pada perkataan itu membawa makna tertentu yang berkaitan dengan agen hakisan fizikal, iaitu:

        A untuk Air

        G untuk Glasier

        H untuk Haba

        A untuk Angin

        K untuk Kilat

        Contoh 2:

        Ada juga cara membesarkan huruf ini untuk kekunci untuk menerangkan sesuatu istilah atau perkataan, misalnya:

        HabiTat

        Di sini dibesarkan huruf H dan T. Huruf H dikaitkan dengan perkataan ‘hidup’ dan T dikaitkan dengan perkataan ‘tempat’. Jadi apabila hendak mengetahui makna habitat, dua perkataan penting yang mesti ada ialah ‘hidup’ dan ‘tempat’. Pelajar boleh mengingati tempat di mana sesuatu organisma itu hidup, iaitu habitatnya.

        Rumusan

        PENGGUNAAN cara Mnemonik selalunya berdasarkan huruf pangkal sesuatu perkataan. Anda boleh menggunakannya dalam pelbagai cara anda sendiri.
    Emosi



MENGINGAT menggunakan cara emosi merupakan satu cara yang terdapat pada pelajar yang mempunyai motivasi dan dorongan yang tinggi. Emosi dikaitkan dengan memahami dan menghayati sesuatu ilmu pengetahuan untuk diri sendiri. Ia diterima tanpa paksaan, sehingga membentuk satu pegangan, iaitu mencari ilmu satu kewajipan, menerima ilmu satu pilihan dan mengamalkan ilmu satu kesepaduan.

Mencari Ilmu

MENCARI ilmu satu kewajipan, bermakna pelajar telah memahami bahawa belajar itu adalah satu tanggungjawab yang mesti disempurnakan. Jika telah mempunyai pemikiran yang sedemikian, segala tindak-tanduk dan perlakuannya akan dihalakan kepada mencari ilmu. Dengan sendirinya beberapa ‘rintangan’ dalam pembelajaran dapat dikurangkan. Semakin kurang ‘rintangan’ dalam pembelajaran, semakin meningkat daya ingatan seseorang pelajar itu. Rintangan dalam pembelajaran ialah seperti tidak menepati masa belajar dan pengurusan masa, melanggar peraturan sekolah, tidak sukakan guru, merasa bosan dalam kelas, tiada usaha untuk memperbaiki pelajaran dan juga masalah berkaitan dengan cinta remaja. Walau bagaimanapun, jika rintangan pembelajaran difikirkan daripada aspek positif dan diubahkan kepada kesan untuk positif, ia boleh menjadikan seseorang pelajar berfikiran positif terhadap ilmu pengetahuan.

Seperti manusia biasa, pelajar tidak boleh lari daripada memerlukan ganjaran apabila melakukan sesuatu. Apabila sudah dapat memahaminya, pelajar mesti mencari ilmu dan pada masa yang sama mengingati ilmu-ilmu itu. Pertanyaan yang terlintas di fikiran kita ialah untuk apa kita mengingati isi pelajaran itu ? Di sinilah kita mesti fikirkan ganjarannya. Ganjaran yang kita perolehi apabila kita mengingati bahan dan isi pelajaran ialah semasa berada dalam dewan peperiksaan dan apabila menerima keputusan peperiksaan.

Di dewan peperiksaan, sekiranya anda dapat mengingat kembali ilmu-ilmu yang telah dipelajari, anda tentu merasa gembira dan senang hati. Inilah ganjaran yang diperolehi. Apabila anda menerima keputusan dan mendapat keputusan yang cemerlang, di sinilah letaknya ganjaran anda mengingat. Anda merasa puas hati kerana dengan usaha anda mengingat itu, anda telah mendapat ganjaran yang setimpal.

Oleh yang demikian, sebagai pelajar anda mestilah melatih minda anda supaya memberi keutamaan kepada mengingati bahan pelajaran untuk masa hadapan, iaitu pada akhir persekolahan anda bagi menghadapi peperiksaan. Anda mesti fikir bahawa perkara yang anda lakukan itu, iaitu mengingati bahan pelajaran adalah berharga bagi anda sebagai seorang pelajar.


Menerima Ilmu

MENERIMA ilmu satu pilihan, bermakna kita mesti mempunyai keupayaan untuk memilih ilmu atau bahan pelajaran yang perlu diingati. Sebelum menerima ilmu pengetahuan dan berhasrat untuk mengingat ilmu pengetahuan itu, anda perlu mengambil langkah-langkah berikut:

    Baca sepintas lalu dahulu dan dapatkan idea keseluruhan daripada bahan bacaan itu. Kalau boleh tuliskan dalam bentuk kata kunci atau bentuk ringkas. Pada peringkat ini mungkin anda belum memahami dengan betul idea yang hendak disampaikan oleh penulis.

    Setelah mencatat ringkasan bacaan itu, anda perlu memikirkan apakah bahan atau kata kunci yang perlu diingat. Pada peringkat ini, anda hendaklah mencari soalan-soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan atau ujian pada tahun-tahun lepas. Berdasarkan soalan-soalan itu, anda boleh mengenal pasti kata kunci yang penting misalnya dalam pelajaran Sains, Bab Mikrobiologi, pertanyaan yang mungkin timbul ialah ‘Apakah yang dimaksudkan dengan mikroorganisma’? Berdasarkan soalan ini, anda hendaklah mencatatkan takrif mikro-organisma, kepentingan mikroorganisma dan contoh-contoh mikro-organisma yang mudah.

    Sekarang anda telah mengenal pasti bahan yang perlu diingat. Sebelum mengingat, fikirkan kembali soalan itu dan tajuk perkara yang akan diingat. Mungkin anda boleh lakukan perkara ini dua minit sebelum mengingat.

    Anda boleh mengingat dengan dua cara, iaitu sedikit demi sedikit ataupun sekaligus. Sedikit demi sedikit, tumpukan perhatian kepada perkataan tersebut – cuba ingat dengan menulis kembali atau melafazkannya dengan lisan atau mengucapkannya dalam hati. Apabila dirasakan telah ingat, teruskan kepada isi pelajaran yang seterusnya. Jika mengingat sekaligus, baca dan fahami semua isi kandungan pelajaran itu, tulis kembali apa yang hendak diingat atau berkata-kata dalam hati atau lafazkan apa yang hendak diingatkan itu.

    Perkara yang harus diingat ialah apabila anda hendak mengingat, sekiranya badan terasa letih atau fikiran terawang-awang, berhenti dahulu daripada mengingat dan berehatlah sebentar. Selalunya selepas lebih kurang 1 jam anda mengingat sesuatu perkara, badan akan berasa letih. Apabila letih, tunaikanlah sembahyang sunat atau melihat keindahan alam atau bergembira sebentar dengan keluarga. Apabila sudah merasa tenang, mulakan kembali mengingat pelajaran itu, iaitu terus tulis atau ucapkan apa yang hendak anda ingat itu.


Mengamal Ilmu

MENGAMALKAN ilmu satu kesepaduan, bermakna anda mesti menghubungkaitkan ilmu itu di antara satu sama lain. Penting juga mengaitkan ilmu itu dengan nilai-nilai dan masyarakat kita. Dalam pelajaran Sains umpamanya, banyak istilah dalam bahan pelajaran ditulis dan Bahasa Inggeris. Oleh itu sangat penting anda mengetahui Bahasa Inggeris supaya lebih senang mengingat.

Misalnya istilah fototropisme (phototropism). Sekiranya anda tahun bahawa foto (photo) itu bermakna berkaitan dengan cahaya dan tropisme (tropism) berkaitan dengan gerak balas, dengan senang anda dapat membuat telahan bahawa fototropisme berkaitan dengan pergerakan tumbuhan menghala kepada cahaya. Begitu juga istilah fotosintesis. Istilah ini berasal daripada dua perkataan, iaitu ‘photo’ dan ‘synthesis’. Dengan mengetahui makna ‘photo’ dan ‘synthesis’, pelajar dapat mengingat maknanya dengan senang.

Di samping itu ada istilah yang menggunakan awalan yang memberi gambaran tertentu, seperti awalan:

    mikro, contohnya mikroorganisma.
    homo, contohnya homogen dan homozigot
    hetero, contohnya heterogen dna heterotrof

Seandainya anda menganalisa perkataan awalan dan perkataan berikutnya dan dengan senang anda dapat mengingat contoh-contoh yang diberi, ternyatalah istilah-istilah yang dicipta oleh ahli pendidik itu mempunyai nilai dan makna yang tertentu. Dengan mengetahui asas daripada istilah itu akan menyenangkan anda mengingat maksud istilah tersebut.

Mengamalkan ilmu juga berkaitan dengan diri anda. Anda akan senang mengingat sesuatu apabila anda melakukannya atau perkara itu ada kaitan dengan anda. Dalam pelajaran yang terdapat latihan amali, seperti Sains dan Geografi, kerja amali atau kerja lapangan yang dilakukan itu boleh menambahkan daya ingatan anda. Menulis sesuatu perkara juga boleh menambahkan daya ingatan anda terhadap apa yang anda tulis.

Dalam hal-hal tertentu, kita boleh mengingat sesuatu perkara sekiranya ‘terpaksa’. Ini semuanya berkaitan dengan emosi. Kita akan merasa tidak perlu mengingat sekiranya sesuatu itu tidak bernilai kepada kita. Jadi, kita mesti menghubungkan sesuatu perkara yang dipelajari itu untuk diamalkan supaya ia lebih bermakna kepada kita.


Meningkatkan Daya Ingatan dengan Minda

Berkaitan dengan emosi itu, kita boleh meningkatkan daya ingatan kita dengan latihan minda melalui dua cara, iaitu:

    bercakap positif terhadap daya ingatan.
    Mempercayai daya ingatan dan imaginasi.

A. Bercakap Positif Terhadap Daya Ingatan

SECARA sedar atau tidak, kita sebenarnya selalu berkata-kata dengan diri kita sendiri. Kita selalu memberitahu sesuatu tentang diri kita kepada diri kita sendiri. Ahli psikologi telah membuktikan bahawa di antara percakapan kita dengan diri kita sendiri, secara mudah dibahagikan kepada dua, iaitu bercakap positif dan satu lagi bercakap negatif. Darjah atau kekuatan percakapan kita itu daripada segi nilainya bergantung pada diri kita sendiri. Mungkin kita bercakap terlalu positif tentang diri kita atau mungkin juga kita bercakap terlalu negatif pada diri kita. Dengan mengenal diri sendiri, kita akan mengetahui apa yang kita cakapkan pada diri kita.

Bagi meningkatkan daya ingatan, kita mestilah merasakan bahawa daya ingatan kita bertambah kuat dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa. Bukanlah sesuatu yang aneh kita bercakap dengan diri kita sendiri. Bercakap pada diri sendiri yang dimaksudkan di sini ialah berkaitan dengan minda kita. Ini semua berlaku dalam minda kita.

Awas, jangan menyalahertikan bahawa bercakap dengan diri sendiri itu sebagai kelupusan akal!

Cuba fikirkan sebentar tentang diri anda sekarang. Dua tahun yang lalu, anda mungkin tidak mengetahui banyak istilah. Sekrang anda telah mengetahui banyak istilah. Ada istilah Matematik, ada istilah Sains dan ada istilah Bahasa. Semakin hari semakin banyak istilah yang anda ketahui dan perolehi. Ini menunjukkan bahawa diri anda semakin bertambah ilmunya dan dengan sendirinya daya ingatan anda turut bertambah.

Fikirkan bahawa setiap hari melalui pancaindera, kita memperolehi maklumat.

Kenapa anda boleh mengingati masakan emak anda yang sedap itu? Kemudian anda buat perbandingan dengan masakan emak kawan anda. Anda telah berfikir dan menggunakan proses membanding untuk mengingati masakan emak anda.

Seterusnya anda menilai masakan mana yang sedap dan membuat keputusan. Ini adalah satu aliran pemikiran yang mudah untuk menyatakan bahawa masakan emak anda itu sedap. Hal ini hanya anda sahaja yang dapat menyatakannya kerana anda mempunyai daya ingatan. Daya ingatan anda bertambah dengan pengalaman yang baru. Anda tentu boleh memilih restoran mana yang sedap masakannya. Pilihan ini disebabkan daya ingatan anda bertambah. Ini berkaitan dengan pancaindera anda, iaitu sentuhan – rasa masakan.

Organ deria kita seperti mata, telinga, hidung dan kulit boleh menguatkan ingatan kita terhadap sesuatu perkara. Dalam kes merasa makanan tadi, lidahlah yang berperanan. Oleh yang demikian, organ-organ deria yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita menyebabkan daya ingatan kita meningkat.

Kalau kita selalu lupa, ini sebenarnya menunjukkan bahawa kita selalu bercakap negatif dengan diri kita dan tidak memberi perhatian tentang rangsangan yang dikesan oleh pancaindera kita. Kita mesti yakin bahawa setiap saat daya ingatan kita bertambah.

Daya ingatan kita akan semakin bertambah dengan usaha kita sendiri. Misalannya kalau kita diajar sesuatu ilmu, kemudian kita mengamalkannya untuk diri kita, dengan sendirinya ingatan kita terhadap ilmu itu bertambah. Ingatan terhadap ilmu itu akan bertambah lagi sekiranya kita menerangkan ilmu itu kepada orang lain. Daripada kajian yang dibuat, didapati bahawa seseorang yang mengajar atau memberitahu orang lain tentang sesuatu maklumat, ingatannya tentang perkara itu boleh mencapai 95%. Ini adalah bukti bahawa aktiviti tertentu boleh meningkatkan daya ingatan kita.

Amalan kita ‘bercakap’ dengan diri kita akan menambahkan lagi daya ingatan kita. Dengan itu selalulah kita berkata, "Daya ingatan saya meningkat dari hari ke hari."

Pelbagai latihan boleh dijalankan bagi menghentikan kita daripada mengatakan bahawa daya ingatan kita lemah. Antara cara yang paling senang ialah dengan mengingat kembali apa yang berlaku pada diri kita setiap hari.

Contohnya, sebelum tidur cuba fikirkan dan ingatkan apa yang anda lakukan, bermula dari pagi hingga masa anda hendak tidur. Misalnya anda ingat tentang bangun tidur, gosok gigi, mandi dan sembahyang Subuh. Seterusnya anda boleh memikirkan dan mengingati peristiwa yang berlaku pada diri anda berdasarkan masa. Pukul 7.30 pagi apakah yang anda buat. Pukul 8.00 pagi apakah yang berlaku? Pukul 9.00 pagi apakah yang anda lihat? Pukul 10.00 pagi apakah yang terjadi? Dan seterusnya hingga ke saat anda memikirkan tentang perkara-perkara itu. Dengan usaha ini, minda anda sentiasa diasuh untuk mengingat. Latihan yang berterusan dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu akan menghasilkan daya ingatan yang baik.

Anda juga boleh melatih diri anda memikir dan mengingat perkara-perkara yang telah lalu, iaitu perkara-perkara yang baik yang boleh merangsang peningkatan daya ingatan anda, misalnya kejayaan anda dalam pelajaran atau peperiksaan. Sekiranya anda tidak dapat mengingat atau berfikir, tentu anda tidak akan mendapat kejayaan itu. Dengan memikirkan tentang perkara ini dan menyatakan bahawa anda sedang mengingat, daya ingatan anda akan meningkat dari hari ke hari.

Oleh yang demikian, asuhlah diri anda supaya menghentikan pemikiran yang membawa erti daya ingatan anda lemah. Justeru itu cuba hindarkan menyebut, "Saya tidak tahu", "Saya cepat lupa", "Saya tidak ingat", "Entah, saya tidak tahu" dan sebagainya. Ayat-ayat atau sebutan-sebutan ini akan menyebabkan daya ingatan anda menjadi lemah. Amalkan menyebut kata-kata yang positif, seperti "Biar saya fikir dahulu", "Saya cuba sekarang", "Saya akan laksanakan" dan sebagainya. Sebutan-sebutan atau ayat-ayat seperti ini merangsang minda anda untuk berfikir dan mengingat. Dengan sendirinya daya ingatan anda bertambah. Teknik menggunakan kuasa perkataan adalah sangat penting dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi.

Sebagai rumusannya, kita berusaha untuk mempunyai keyakinan bahawa kita mempunyai daya ingatan yang kuat. Jika kita ada kemahuan ke arah itu, daya ingatan kita akan bertambah dan meningkat. Selepas kita berikhtiar, haruslah kita berserah kepada Allah, moga-moga segala apa yang kita hajati itu akan dimakbulkan-Nya. Allah sentiasa memberkati usaha ke arah kebaikan dan kita berharap dengan bertambahnya daya ingatan kita, kita akan menjadi hamba Allah dan pelajar (insan) yang terbaik – untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, hentikanlah daripada mengatakan bahawa daya ingatan kita lemah. Mulailah berkata bahawa daya ingatan kita meningkat dari masa ke semasa. Semoga Allah memberhati usaha kita ini.

B. Mempercayai Daya Ingatan dan Imaginasi

ANDA sudah mula membaca tulisan ini. Kenapa anda membacanya? Fikirkan sebentar mengapa anda membaca tulisan ini. Anda boleh memberi beberapa alasan. Orang lain juga boleh memberi alasan yang sama atau tidak sama dengan alasan yang anda kemukakan. Secara sedar atau tidak, satu daripada alasan mengapa anda membaca tulisan ini ialah kerana anda mempunyai kepercayaan bahawa anda mampu dan boleh membaca tulisan ini. Maknanya anda mempunyai keyakinan bahawa abjad yang disusun sedemikian rupa boleh memberi suatu pengertian dan maklumat kepada anda.

Kepercayaan pada Daya Ingatan

SANGATLAH penting mempunyai satu kepercayaan terhadap sesuatu yang anda lakukan. Jika anda fikir anda tidak boleh membaca tulisan ini, tentulah anda tidak akan membaca hingga had ini. Keyakinan dan kepercayaan anda pada diri sendiri merupakan anugerah Allah kepada makhluk-Nya. Anugerah ini mestilah anda gunakan dengan sebaik-baiknya agar anda dapat menuju ke arah untuk menjadi seorang insan yang sempurna di dunia dan akhirat. Apabila anda mempunyai kepercayaan, umpamanya terhadap sesuatu aktiviti, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan senang. Dengan sendirinya kekangan aktiviti itu dapat dikurangkan ataupun ditiadakan.

Misalan yang paling dekat ialah diri anda sendiri. Anda percaya pada diri anda sendiri bahawa anda boleh membaca tulisan ini sampai habis. Jika diizinkan Allah, hasrat anda itu akan terlaksana. Fikirkan sekarang, adakah anda percaya bahawa anda boleh menghabiskan membaca artikel ini? Kalau anda jawab ‘ya’ secara ikhlas dan jujur, teruskan membaca artikel ini sehingga habis.

Secara mudah, bolehlah kita rumuskan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu adalah penting untuk mendapatkah hasil atau ‘output’ yang kita harapkan. Begitu juga dengan meningkatkan daya ingatan kita ialah kepercayaan kita terhadap daya ingatan dan imaginasi kita sendiri.

Jika minda kita mengakui dan percaya terhadap daya ingatan kita, dengan sendirinya daya ingatan kita akan bertambah. Bagaimanakah kita boleh membuktikan bahawa kita percayakan ingatan kita itu?

Pelbagai cara boleh digunakan untuk membuktikan bahawa kita mempunyai ingatan dan kita percaya akan ingatan kita itu. Cara yang paling senang ialah dengan mengenang kembali kisah silam.

Sekarang lakukan aktiviti-aktiviti berikut:

        Kosongkan minda anda sekarang.
        Fikirkan satu peristiwa manis yang telah anda alami.
        Cuba bayangkan dalam minda anda urutan peristiwa tersebut.
        Kemudian pejamkan mata. Sekarang fikirkan dan bayangkan urutan peristiwa tersebut sekali lagi. Ingat! Pejamkan mata anda.

Ingatan terhadap peristiwa manis yang menjadi kenangan ini dapat anda rasai kembali dengan adanya kepercayaan bahawa daya ingatan anda kuat dan boleh mengingat peristiwa itu.

Begitu juga, air mata kita mungkin berlinang jika kita mengingat urutan peristiwa yang manyayat hati kita. Ini semuanya bergantung pada kepercayaan terhadap daya ingatan kita.

Kepercayaan Terhadap Imaginasi

KEPERCAYAAN terhadap daya ingatan ini dapat dilengkapkan dengan adanya kepercayaan kita terhadap imaginasi. Banyak perkara boleh dibicarakan tentang imaginasi, tetapi dalam kaitannya terhadap meningkatkan daya ingatan, imaginasi lebih merupakan latihan kepada minda kita. Anak-anak kecil lebih banyak berimaginasi daripada orang dewasa.

Apabila mengingati peristiwa yang indah dan manis, kadangkala kita mengimaginasikan ia telah berulang kembali. Kita berimaginasi sehingga ada masanya menyentuh perasaan, sehingga menyebabkan kita menangis atau tersenyum sendiri. Ini menunjukkan bahawa kita percaya pada daya ingatan dan imaginasi kita, sehingga kita berasa gembira atau sebaliknya.

Kita mestilah percaya akan imaginasi untuk meningkatkan daya ingatan kita. Pelajar selalu melakukan aktiviti yang berkaitan dengan percaya akan daya ingatan dan imaginasi. Misalnya, cuba fikirkan bagaimana anda hendak berjumpa dengan Pengetua pada esok hari untuk berbincang tentang aktiviti pelajar. Di sini anda akan mengimaginasikan aktiviti tersebut berdasarkan daya ingatan yang lalu ketika bertemu dengan Pengetua. Ingatan anda akan memberi maklumat tentang tatacara untuk berjumpa dengan Pengetua, kemudian anda boleh membuat imaginasi. Contoh imaginasi yang boleh anda buat:

(a) Anda keluar dari bilik asrama.

(b) Anda membawa buku nota untuk dibincangkan dengan Pengetua.

(c) Anda pergi ke tempat kawan yang akan bersama-sama anda berjumpa Pengetua.

(d) Anda keluar dari kawasan asrama dan berjalan menuju ke pejabat Pengetua.

(e) Anda boleh mengimaginasikan semasa berjalan menuju ke pejabat Pengetua, anda akan melintasi dewan makan, surau dan dewan besar.

(f) Anda akan berjumpa dengan penyambut tetamu di pejabat Pengetua.

(g) Anda boleh bayangkan cara anda bercakap, cara kawan anda bercakap dan cara Pengetua menyambut hujah-hujah anda berdua.

Latihan

Sebagai latihan untuk menpercayai daya ingatan dan imaginasi, anda boleh lakukan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Aktiviti beli barang: Sekiranya anda hendak ke kedai untuk membeli barang harian, anda boleh lakukan aktiviti ini. Katakan anda hendak membeli pensel, dakwat, buku, nota, setem, berus gigi, kapur, kasut getah pemadam, pembaris dan sampul surat. Ada 10 barang yang hendak dibeli. Langkah pertama anda senaraikan barang-barang tersebut dalam dairi atau kertas. (Boleh digunakan kaedah Mnemonik kalau anda sudah tahu menggunakannya). Baca nama barang-barang itu. Apabila hendak pergi ke bandar, tinggalkan senarai barang itu di rumah. Anda ingatkan bahawa anda hendak membeli 10 jenis barang. Tidak payahlah anda hafalkan sangat. Perilah ke kedai macam biasa. Apabila sampai di kedai, ingati kembali barang-barang yang hendak dibeli. Anda harus ingat, ad 10 barang yang hendak dibeli. Kalau anda percaya akan daya ingatan anda, anda tentu boleh mengingat semua barang itu.

2. Aktiviti istilah baru: Anda sediakan buku kecil atau kad. Setiap kali selepas kelas, dengan segera tuliskan pada kad tersebut istilah atau perkataan yang baru pertama kali anda dengar. Pada akhir persekolahan hari ini, tentu anda ada beberapa istilah. Baca dan kiralah berapa istilah atau perkataan baru yang anda temui hari itu. Katakan anda telah perolehi 15 istilah baru. Pada malam nanti, sebelum tidur, cuba anda ingat dan fikirkan istilah-istilah tersebut. Ataupun anda boleh cuba memikirkan istilah-istilah itu pada keesokan harinya. Latihan begini akan meningkatkan daya ingatan anda.

3. Aktiviti memberi penerangan: Sekiranya anda membaca artikel seperti ini, mestilah ada tujuan atau matlamatnya. Bagi aktiviti ini, antara matlamat utama membaca ialah untuk menerangkan isi kandungan artikel tersebut pada kawal baik anda. Oleh yang demikian, anda akan membaca dan memahami artikel ini. Tuliskan maklumat yang hendak anda sampaikan kepada kawan anda itu. Pada keesokan harinya, anda berikan maklumat yang ada dalam artikel yang anda baca itu kepada kawan anda. Dengan memberi penerangan kepada kawan anda tanpa melihat kertas nota, anda telah memberi kepercayaan kepada daya ingatan anda. Dengan adanya matalamat dan percaya akan daya ingatan, anda tentu boleh menerangkan isi kandungan artikel ini dengan mudah.

Anda tentu boleh memikirkan strategi dan aktiviti lain yang sama seperti di atas untuk memberi kepercayaan kepada daya ingatan dan imaginasi anda.

Secara am, sebenarnya untuk meningkatkan daya ingatan, kita mesti percaya pada diri kita. Kitalah yang mengetahui dan kenal diri kita. Kita percayakan diri kita bahawa kita boleh lakukan sesuatu. Kita percayakan diri kita bahawa kita makhluk yang istimewa. Kita percayakan diri kita bahawa kita boleh meningkatkan daya ingatan kita. Seterusnya kita memberi kepercayaan kepada daya ingatan kita. Apabila kita telah percaya pada daya ingatan kita, orang lain juga akan percaya pada daya ingatan kita.

Rumusan

MEMPUNYAI daya ingatan yang kuat sememangnya diingini oleh semua orang. Keinginan ini mesti disertai dengan kemahuan untuk berusaha. Kata orang, kalau hendak seribu daya dan di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Dengan mempercayai daya ingatan kita sendiri, kita akan berjaya meningkatkan daya ingatan kita. Semoga usaha kita untuk ke jalan yang benar itu diredai oleh Allah Taala.

Telah dikemaskini dari sumber asal source

SISTEM SYURA vs SISTEM DEMOKRASI

 SISTEM SYURA vs SISTEM DEMOKRASI 
( DUA SISTEM BERBEZA)

Pengenalan

Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan
yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat
semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa, perundangan
dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam

Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam
menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan
segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan
ataupun di gubal semula.

Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T,
mengasaskan sesebuah negara itu adalah berdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu segala amalan dalam
sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau
dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakkan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem
yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti pentadbir menghormati hak minoriti.

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah
atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.

Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi
keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam
konteks ekonomi dan sosiol.

Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara
iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin
yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik.

Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan
tidak mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah
S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud :
Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang
lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?


Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan
dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura
perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat
asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin
itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia
ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya.
Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang
di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara
tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran
dan keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah
menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara
berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim
memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan
dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa
kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan
rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas
membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa

Dari Segi Perundangan :


Di antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara adalah dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah
berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa
asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan
yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepada majlis ummah dan pimpinan.
Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua
ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau
selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara.

Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam
lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikan pandangan mengenai
pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teori demokrasi dan sosiolisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara
kedua-duanya sebagaimana yang dilakukan oleh para penulis dan pengkaji Islam dan bukan Islam yang tertentu.

Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa Allah S.W.T adalah Satu-satunya yang menentukan kedudukan syariat yang
menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syariat dalam sitem Islam walaupun Nabi S.A.W
sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam
sistem-sistem demokrasi dan sosiolisme moden, yakni berhubung dengan konsep majoriti. Apayang dimaksudkan dengan majoriti ialah mengatasi satu perdua dengan
ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satu perdua kurang satu. Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehingga sampai ke
tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.

Menurut pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu dengan sistem demokrasi dan sosiolisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan
undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh Islam.
Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam
menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannya menyenangkan
manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik
bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara
Islam iaitu: "Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris".Menurut beliau
teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zaman Eropah yang memerintah
secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.

Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan
memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah
negara Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai
kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah hambanya.

Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang
yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang
lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang
lingkupnya. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan
undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam.

Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh
Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah.Ini adalah berbeza dengan
demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam
sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak
perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui
undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.

Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam
sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang
hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas
prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan yang boleh
membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan
kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan
manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-had
yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad
atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah Islamnya
adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalam ekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat
harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.

Akhir sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam
yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung oleh batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosiol.Ini adalah selaras dengan ayat al-Quran
surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran."
Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan
kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.

Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam:

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan
kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan
sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama.
Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau
perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan
bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosiol, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam
Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat
dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya.

Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin. Rakyatnya yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga
mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam. Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat
mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti
pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam
menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh
meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai
menjaga hubungan sosiol antara kaum. Dengan ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islam juga harus
dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam
rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam

Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini
berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan,
pendidikan dan lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya
sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi.
Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga
kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas
tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan
Yahudi bani Quraisy. Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini
dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.

Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi
undang-undang, kerajaan melalui persetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui perbatasan perlembagaan. Undang-undang
dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai
kedaulatan rakyat.

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam
demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk
kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.

Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam
mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua sistem
yang diasingkan.

Bibliografi

    Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.
    Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.
    ASY Syeikh ALLAMAH Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan Pustaka Fajar Kuala lumpur.
    H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, Jakarta.
    H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.
    Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
    Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.
    Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala Lumpur.
    Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs. Muhammad Radjab, Jakarta.
    Qamar-UD-DIN-Khan ...19.. , Maududis Theory of the State.
    Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.
    Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.
    Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong.
   
    SUMBER: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=322746

Monday, February 25, 2013

TIPS: 5 Cara Berdepan Ujian Duniawi-Imam Ghazali

Imam al-Ghazali menyatakan, jika ditimpa musibah, ada lima cara bagaimana seseorang itu perlu berdepan ujian supaya tidak kecundang.

Imam Al-Ghazali menyebut, bahawasanya: Setiap kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan semua bencana di dunia ini, di dalamnya ada lima perkara yang patut dijadikan bahan untuk bergembira bagi setiap orang yang berakal, bahkan perlu sama sekali untuk disyukuri kerana ia dapat dianggap sebagai kenikmatan.

Pertama: Jika menerima musibah atau ujian yang terlalu besar dan berat bagi dirinya, seseorang itu perlu bayangkan bahawa ada ujian lebih besar dan lebih teruk menimpa orang lain berbanding apa dialaminya.

Sedarilah bahawa setiap sesuatu itu dalam kekuasaan Allah. Jadi, bayangkan bagaimana jika bencana atau sakitnya dilipatgandakan Allah SWT, dan adakah kita akan dapat menolak atau menghalangnya.

Oleh yang demikian, seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian lebih berat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini.

Jika semuanya ditangani dengan kesabaran, pahalanya akan berlipat ganda, sedangkan keburukannya dapat dikurangkan berkat kesabaran ketika menerima ujian.

Kedua: Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama.

Dalam beberapa hadis, dinyatakan doa diajar Nabi Isa AS bermaksud: “Ya Allah, jangan menjadikan musibah kami ini disebabkan oleh kelalaian kami dalam mengerjakan agama.” Jadi, doa ini boleh ambil dan kita amalkan dalam kehidupan kita.

Ketiga: Takutilah jika musibah itu menimpa secara berterusan di dunia hingga akhirat. Oleh itu, terimalah ujian itu dengan sabar kerana lebih baik diseksa di dunia saja dengan harapan semoga Allah tidak melanjutkan ujian itu hingga semua makhluk dihidupkan semula di akhirat.

Ujian diberi Allah SWT masih dapat diringankan dengan melakukan hal lain berbanding perihal sewaktu akhirat.

Jika Allah memberikan azabnya di akhirat, pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan pekerjaan lain kerana azab yang diberikan oleh-Nya pasti secara berterusan.

Oleh itu, bersabar dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat.

Bersyukurlah kerana musibah dan azab yang kita terima menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat.

Keempat: Setiap bencana atau musibah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada kuasa mampu mengubahnya selain Allah SWT.

Ketentuan dan catatan itu ada sejak azali di Ummul-kitab (buku amalan) yang ada di sisi Allah SWT dan tetap perlu ditempuh oleh seseorang itu.

Jika seseorang itu menghadapi ujian yang ditetapkan Allah, bersyukurlah dengan berdoa tanpa jemu kepada Allah SWT.

Ingatkan diri bahawa apabila ujian itu berakhir, dia terlepas juga daripada bencana.

Kelima: Ketahuilah bahawa pahala diterima seseorang lebih besar sewaktu mereka ditimpa musibah.

Ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. 
Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan.

Inilah lima cara bagaimana seseorang itu harus mengatasi musibah yang mendatang, sekali gus bersyukur dengan ujian diberi Allah SWT.

Jika disingkap nas atau dalil al-Quran, secara nyata banyak diterangkan bahawa mereka yang sabar menerima ujian di dunia akan mendapat pahala.

Sekalipun kita tahu betapa besarnya pahala orang yang sabar memperoleh ujian dan musibah, jangan sekali-kali meminta Allah memberikan kita musibah kerana ia bertentangan dengan agama Islam.

Rasulullah SAW yang mengetahui nikmat tersembunyi di sebalik musibah juga tetap memohon kepada Allah dalam doanya supaya dilindungi daripada bencana dunia dan akhirat.

Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasaie menyatakan bahawasanya: “Mintalah kamu semua kepada Allah akan kesihatan (keselamatan daripada musibah), kerana tidak seorang yang diberi kurnia oleh Allah yang lebih daripada itu, melainkan keyakinan.” Yang dimaksudkan dengan keyakinan (keimanan) ialah keselamatan hati daripada segala macam penyakitnya seperti bodoh atau gelisah. Ini kerana keselamatan hati lebih utama daripada keselamatan tubuh badan.
Sumber: http://an-tak-tau.blogspot.com/2012/03/5-cara-berdepan-ujian-al-ghazali.html

Saturday, February 23, 2013

GEMPAR!!! Temuramah Dengan Jin ISLAM (VIDEO)

Seorang Kiyai Di Indonesia memasukka Jin dalam badan KRU TV dan menemuramah dengan Jin tersebut. Kebanyakannya adalah Jin Islam. Jin sendiri mengatakan , manusia datang ke Makam2 wali utk minta rezki dan hajat, walhal yang memberi rezki dan menunaikan hajat adalah Yang Maha Kuasa (Allah). Saksikan VIDEO Dua Dunia


Dahsyat!!! Polis Mexico Langgar Bumper Jalan (VIDEO)

Video ini memaparkan impak apabila seorang polis mexico menunggang motosikalnya dengan  laju dan merentas bumper. Saksikan Video Ini!!!

HADIS SAHIH MENGENAI DAJJAL


Gambaran Dajjal Bermata Satu
 Dajjal Pasti akan muncul dan menjadi Ujian yang besar untuk Umat Manusia. Jom kita bongkar Hadis Sahih Berkenaan Dajjal Si Pendusta Ini.


عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الْأَعْوَرَ الْكَذَّابَ أَلَا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ
 ك ف ر

Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". Hadis riwayat Muslim
 عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ الدَّجَّالِ حَدِيثًا مَا حَدَّثَهُ نَبِيٌّ قَوْمَهُ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّهُ يَجِيءُ مَعَهُ مِثْلُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَالَّتِي يَقُولُ إِنَّهَا الْجَنَّةُ هِيَ النَّارُ وَإِنِّي أَنْذَرْتُكُمْ بِهِ كَمَا أَنْذَرَ بِهِ نُوحٌ قَوْمَهُ
Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. Hadis riwayat Muslim
عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Suatu hari Rasulullah SAW pernah bercerita kepada kami suatu cerita panjang tentang Dajjal. Di antara yang beliau ceritakan kepada kami adalah: Ia akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan Madinah, kemudian ia tiba di tanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik di antara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah SAW kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihalku? Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebelumnya. Maka Dajjal itu hendak membunuhnya kembali, namun ia tidak kuasa melakukannya. Hadis riwayat Muslim
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ مَا سَأَلَ أَحَدٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدَّجَّالِ أَكْثَرَ مِمَّا سَأَلْتُ قَالَ وَمَا يُنْصِبُكَ مِنْهُ إِنَّهُ لَا يَضُرُّكَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّ مَعَهُ الطَّعَامَ وَالْأَنْهَارَ قَالَ هُوَ أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ ذَلِكَ
Mughirah bin Syu`bah RA, ia berkata: Tidak ada seorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan. Beliau bersabda: Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahwa Dajjal itu membawa makanan dan sungai? Beliau menjawab: Perkaranya lebih ringan di hadapan Allah dari itu. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ انْطَلَقَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ قِبَلَ ابْنِ صَيَّادٍ حَتَّى وَجَدَهُ يَلْعَبُ مَعَ الصِّبْيَانِ عِنْدَ أُطُمِ بَنِي مَغَالَةَ وَقَدْ قَارَبَ ابْنُ صَيَّادٍ يَوْمَئِذٍ الْحُلُمَ فَلَمْ يَشْعُرْ حَتَّى ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ظَهْرَهُ بِيَدِهِ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِابْنِ صَيَّادٍ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَنَظَرَ إِلَيْهِ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ الْأُمِّيِّينَ فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَرَفَضَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ آمَنْتُ بِاللَّهِ وَبِرُسُلِهِ ثُمَّ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاذَا تَرَى قَالَ ابْنُ صَيَّادٍ يَأْتِينِي صَادِقٌ وَكَاذِبٌ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُلِّطَ عَلَيْكَ الْأَمْرُ ثُمَّ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي قَدْ خَبَأْتُ لَكَ خَبِيئًا فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ هُوَ الدُّخُّ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْسَأْ فَلَنْ تَعْدُوَ قَدْرَكَ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ذَرْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَضْرِبْ عُنُقَهُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ يَكُنْهُ فَلَنْ تُسَلَّطَ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَكُنْهُ فَلَا خَيْرَ لَكَ فِي قَتْلِهِ وَقَالَ سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ انْطَلَقَ بَعْدَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ الْأَنْصَارِيُّ إِلَى النَّخْلِ الَّتِي فِيهَا ابْنُ صَيَّادٍ حَتَّى إِذَا دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّخْلَ طَفِقَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ وَهُوَ يَخْتِلُ أَنْ يَسْمَعَ مِنْ ابْنِ صَيَّادٍ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ يَرَاهُ ابْنُ صَيَّادٍ فَرَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُضْطَجِعٌ عَلَى فِرَاشٍ فِي قَطِيفَةٍ لَهُ فِيهَا زَمْزَمَةٌ فَرَأَتْ أُمُّ ابْنِ صَيَّادٍ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ فَقَالَتْ لِابْنِ صَيَّادٍ يَا صَافِ وَهُوَ اسْمُ ابْنِ صَيَّادٍ هَذَا مُحَمَّدٌ فَثَارَ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكَتْهُ بَيَّنَ قَالَ سَالِمٌ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ إِنِّي لَأُنْذِرُكُمُوهُ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنْ أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ تَعَلَّمُوا أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَر
Dari Salim bin Abdullah, beliau telah diberitahu oleh Abdullah bin Umar RA:  Bahwa Umar bin Khathab pergi bersama Rasulullah SAW dalam suatu rombongan menuju tempat Ibnu Shayyad dan menjumpainya sedang bermain dengan anak-anak kecil di dekat gedung Bani Maghalah, sedangkan pada waktu itu Ibnu Shayyad sudah mendekati usia baligh. Ia tidak merasa kalau ada Nabi SAW sehingga beliau menepuk punggungnya lalu Nabi berkata kepada Ibnu Shayyad: Apakah kamu bersaksi bahwa aku ini utusan Allah? Ibnu Shayyad memandang beliau lalu berkata: Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan orang-orang yang buta huruf. Lalu Ibnu Shayyad balik bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah? Beliau menolaknya dan bersabda: Aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Apa yang kamu lihat? Ibnu Shayyad berkata: Aku didatangi orang yang jujur dan pendusta. Maka Rasulullah SAW bersabda: Perkara ini telah menjadi kabur bagimu. Lalu Rasulullah melanjutkan: Aku menyembunyikan sesuatu untukmu. Ibnu Shayyad berkata: Asap. Beliau bersabda: Pergilah kau orang yang hina! Kamu tidak akan melewati derajatmu! Umar bin Khathab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya! Beliau bersabda: Kalau dia Dajjal, dia tidak akan dapat dikalahkan, kalau bukan maka tidak ada baiknya kamu membunuh dia. Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah SAW dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat dipahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah SAW yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu menyapa Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia. Diceritakan oleh Salim, bahwa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah orang banyak lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya kemudian menyebut Dajjal seraya bersabda: Sungguh aku peringatkan kamu darinya dan tiada seorang nabi pun kecuali pasti memperingatkan kaumnya dari Dajjal tersebut. Nabi Nuh as. telah memperingatkan kaumnya, tetapi aku terangkan kepadamu sesuatu yang belum pernah diterangkan nabi-nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur tidak buta. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ صَحِبْتُ ابْنَ صَائِدٍ إِلَى مَكَّةَ فَقَالَ لِي أَمَا قَدْ لَقِيتُ مِنْ النَّاسِ يَزْعُمُونَ أَنِّي الدَّجَّالُ أَلَسْتَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّهُ لَا يُولَدُ لَهُ قَالَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَقَدْ وُلِدَ لِي أَوَلَيْسَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ وَلَا مَكَّةَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَقَدْ وُلِدْتُ بِالْمَدِينَةِ وَهَذَا أَنَا أُرِيدُ مَكَّةَ قَالَ ثُمَّ قَالَ لِي فِي آخِرِ قَوْلِهِ أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ مَوْلِدَهُ وَمَكَانَهُ وَأَيْنَ هُوَ قَالَ فَلَبَسَنِي
Dari Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Aku menemani Ibnu Shaid pergi ke Mekah, ia berkata kepadaku: Aku telah bertemu dengan beberapa orang yang menganggap bahwa aku adalah seorang Dajjal. Apakah kamu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu tidak mempunyai anak. Aku jawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah mempunyai anak. Bukankah kamu telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Dajjal itu tidak akan memasuki Madinah dan Mekah. Aku menjawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah dilahirkan di Madinah dan sekarang aku sedang menuju ke Mekah. Kemudian di akhir pertanyaannya dia berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya aku tahu waktu kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Ia berkata: Ia telah mengaburkanku tentang perkara itu. Hadis riwayat Muslim
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ رَأَيْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَحْلِفُ بِاللَّهِ أَنَّ ابْنَ صَائِدٍ الدَّجَّالُ فَقُلْتُ أَتَحْلِفُ بِاللَّهِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ عُمَرَ يَحْلِفُ عَلَى ذَلِكَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُنْكِرْهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Muhammad Al-Munkadir ia berkata: Aku melihat Jabir bin Abdullah bersumpah demi Allah bahwa Ibnu Shaid adalah seorang Dajjal, maka aku bertanya: Kenapa kamu bersumpah demi Allah? Dia menjawab: Aku mendengar Umar bersumpah tentang hal itu di hadapan Nabi SAW dan beliau tidak mengingkarinya. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA: Dari Nabi SAW, beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah. Hadis riwayat Muslim
 Sumber: http://tayibah.com/eIslam/dajjal3.htm

Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!

Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!
Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.





Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.
AOL Time Warner Apax Partners & Co Ltd
Coca-Cola Danone
Delta Galil Disney
Estée Lauder IBM
Johnson & Johnson Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd L’Oreal
Marks & Spencer Nestle
News Corporation Nokia
Revlon Sara Lee
Selfridges The Limited Inc
Home Depot Intel
Starbucks Timberland
McDonald’s Arsenal FC

ALHAMDULILLAH