Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Merekalah pewaris kita yang akan mendoakan kita jika kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Kesilapan mendidik anak-anak membawa padah yang besar.Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
sumber
6 comments:
semuanya di atas adalah berkaitan dgn diriku...aku kesal dgn segalanya anak ku...maafkan ku allah kerna tidak menjaga amanat mu dgn sesempurna nya....arghhhhhh
InsyaAllah marilah kita mebaiki apa yang salah, dan menasihati orang ramai agar dapat membaiki bersama-sama...
hm ibubapa saya hmpir 100% mcmni.seumur hidup tak pernah dibenarkan keluar dgn kawan2 maku sgt sdgkan umur dah nak habis tingkatan5. sering dimarahi,dicemuh,memang selalu..apa harus dilakukan dan sy pernah tegur bnyk kali,tetapi perkara sama juga berulang...YA ALLAH
Sama mcm aku ... kebanyakan benda yg aku nk buat dibantah sekeras2nya.. sampai aku trpaksa hipokrit (tipu)... kesannya.. aku jadi seorang yg senyap... bapak aku pernah nmpak aku berkawan dgn org india... pastu berpuluh soalan dia tanya kat aku pasal india tuuu...sekarang aku lepasan spm. Aku nak kerja .. still parent aku yg nk pilihkan... yg dipilih tuh x pulak dapat.. yg aku dpt offer melepas...aku stress lahanat ! Yg nk keje aku ... bukan kau ! Yg letih aku ! Bukan kau! Aku rasa mcm nk bunuh diri jer doh... lifeless sungguh! Kalau ada nasihat emaillah aku mhd_razlan@yahoo.com
Aku plk dh 25tahun..dh kje..tp still dikongkong nan fmly..nk kuar dgn kwn pon xblh..sma jntina lg lh xblh..bkn slalu pon kuar..bknnya tiap2 ari..hidup aku mcm xde life..kesannya..aku tpksa hipokrit n tipu ble nk kluar nan kwn2..akhirnya..ble smpai umah..mrk xbg aku msok umah n aku tdo dlm kete skrg ni.. aku ase aku x ngam nan fmly ni..aku ase di ank tiri kn.. mak aku lbhkan adek2 laki aku..aku ni pmpuan mcm ni dilayannya..aku ni ank sulong..tp knp kau didik dorg ade tggungjwb..klau dr dlu aku ade ase tggjwb..xde nye jd mcm ni..sbb kau jnis x adil kn.. wechat id nur_syazwani ..
Sabarlah wahai sahabat...sy faham perasaan anda
Post a Comment
Apa kata anda ?