SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah 
bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika 
baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu,
 maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan 
Muslim) 
Diri
 manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual 
termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana 
tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya. 
Sifat
 hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan
 ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, 
malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya 
melakukan dosa besar. 
Manakala
 sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke
 jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya 
kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya. 
Secara
 umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan
 diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT. 
Hati
 juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca 
al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan 
solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada 
Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama. 
Selain
 itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap 
berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati. 
Penyakit
 paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang 
lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, 
benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi. 
Lawan
 daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. 
Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran 
juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan. 
Contoh
 bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak 
mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah 
melakukan zina secara terang-terangan. 
Renungi
 firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179: “Dan sesungguhnya 
Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang 
mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah. 
Sumber






 



0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda ?