بسم الله الرحمن الرحيم 
Secara puratanya manusia tidur 8 jam sehari iaitu 1/3 sehari sekaligus merupakan 1/3 daripada hidupnya. Jika kita hidup 60 tahun maka 20 tahun telah dihabiskan untuk tidur. Namun 20 tahun ini akan dianggap sebagai ibadah jika kita tidur mengikut sunnah Baginda Muhammad s.a.w.Terdapat
 beberapa amalan yang dilakukan dan dianjurkan daripada sunnah Nabi 
Muhammad SAW untuk dipraktikkan sebelum seseorang itu melelapkan matanya
 pada waktu malam. Sayugia bagi setiap ummat yang kasih dan cinta kepada
 sunnah Baginda SAW tidak meninggalkan amalan-amalan berikut ini. 
Amalan-amalan tersebut ialah:
(1)
Membaca Surah as-Sajdah Dan al-Mulk
Membaca Surah as-Sajdah Dan al-Mulk
Ini
 berdasarkan perkhabaran dari Jabir RA sebagaimana yang diriwayatkan 
oleh Ahmad, al-Bukhari (didalam kitabnya al-Adab al-Mufrad), at-Tirmizi,
 an-Nasai (didalam kitabnya ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, 
al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) لاَ يَنَامُ حَتىَّ يَقْرَأَ ( الم تنزيل ) وَ( تبارك الذي بيده الملك
Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW tidak tidur sehingga ia membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk.
Dalam riwayat an-Nasai dan Ibnu as-Sunni terdapat tambahan “setiap malam”:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) لاَ يَنَامُ كُلَّ لَيْلَةٍ حَتىَّ يَقْرَأَ ……………..
Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW tidak tidur setiap malam sehingga ia membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk.
(2)
Membaca Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah (Ayat 285 dan 286)
Membaca Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah (Ayat 285 dan 286)
Sabda
 Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu
 Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu 
Majah, ad-Darimi, Ibnu Hibban:
الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: Dua ayat dari akhir Surah al-Baqarah, barangsiapa yang membacanya pada waktu malam nescaya mencukupi baginya.
Keterangan: Maksud “mencukupi baginya” ialah terpelihara dari sebarang keburukan dan kejahatan pada sepanjang malam tersebut.
(3)
Solat Witir
Solat Witir
Berkata Abu Hurairah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
أَوْصَانِي
 خَلِيْلِي (ص) بِثَلاَثٍ: بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَياَّمٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ
 وَرَكْعَتَي الضُّحَى وَأَنْ أُوْتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Maksudnya: Kekasihku (Nabi Muhammad) SAW telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara:
1) Berpuasa tiga hari pada setiap bulan (tanggal 13, 14 dan 15)
2) Mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha
3) Bahawa aku mengerjakan Solat Witir sebelum tidur
1) Berpuasa tiga hari pada setiap bulan (tanggal 13, 14 dan 15)
2) Mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha
3) Bahawa aku mengerjakan Solat Witir sebelum tidur
Mengerjakan
 Solat Witir sebelum tidur adalah “pengikat” sebagaimana diistilahkan 
oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad:
الَّذِي لاَ يَنَامُ حَتىَّ يُوْتِرَ حَازِمٌ
Maksudnya: Orang yang tidak tidur sehingga mengerjakan Solat Witir terlebih dahulu adalah pengikat.
Keterangan:
 Maksud “pengikat” didalam hadith tersebut ialah pengikat antara 
seseorang dengan solat malam. Dengan erti kata lain sekiranya ia tidak 
terbangun untuk solat malam pada malam tersebut maka Solat Witir yang 
telah dikerjakan sebelum tidur itu menjadikannya dicatat sebagai orang 
yang telah mendirikan malam. Dengan itu tidak luput daripadanya solat 
malam pada malam tersebut.
Walaupun
 begitu bagi sesiapa yang terasa kuat dan mampu bangun diakhir malam 
maka mengerjakan Solat Witir ketika itu adalah lebih afdhal/utama. Ini 
berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, 
Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi:
مَنْ
 خَافَ أَنْ لاَ يَقُوْمَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوْتِرْ أَوَّلَهُ 
وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُوْمَ آخِرَهُ فَلْيُوْتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ
 صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُوْدَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Maksudnya: Barangsiapa
 yang takut tidak dapat bangun pada akhir malam maka berwitirlah diawal 
malam (sebelum tidur), dan barangsiapa yang ingin bangun pada akhir 
malam maka berwitirlah diakhir malam kerana sesungguhnya solat diakhir 
malam disaksikan (oleh malaikat), dan itu lebih afdhal.
Perhatikan
 hadith berikut ini sebagai perbandingan, hadith yang diriwayatkan oleh 
Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, al-Baihaqi dari Abu Qatadah RA 
katanya:
أَنَّ
 النَّبِيَّ (ص) قَالَ ِلأَبِي بَكْرٍ: مَتَى تُوْتِرُ؟ قَالَ: أُوْتِرُ 
قَبْلَ أَنْ أَنَامَ , فَقَالَ لِعُمَرَ: مَتَى تُوْتِرُ؟ قَالَ: أَنَامُ 
ثُمَّ أُوْتِرُ. قَالَ: فَقَالَ ِلأَبِي بَكْرٍ: أَخَذْتَ بِالْحَزْمِ أَوْ
 بِالْوَثِيْقَةِ وَقَالَ لِعُمَرَ: أَخَذْتَ بِالْقُوَّةِ
Maksudnya: Sesungguhnya
 Nabi SAW bertanya kepada Abu Bakar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat 
Witir”, jawab Abu Bakar: “Aku mengerjakan Solat Witir sebelum aku 
tidur”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada Umar: “Bilakah kamu 
mengerjakan Solat Witir”, jawab Umar: “Aku tidur kemudian aku bangun 
mengerjakan Solat Witir”. Sabda Nabi SAW kepada Abu Bakar: “Kamu telah 
mengambil ikatan atau simpulan” dan bersabda kepada Umar: “Kamu telah 
mengambil kekuatan (untuk bangun malam)”.
Timbul
 satu persoalan bagi sesiapa yang mengerjakan Solat Witir sebelum tidur 
apakah perlu melakukannya sekali lagi apabila bangun pada separuh/akhir 
malam setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud. Jawapannya ialah tidak
 perlu, memadai dengan Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur 
itu kerana Nabi Muhammad SAW menegah dikerjakan dua kali Solat Witir 
dalam satu malam berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi,
 an-Nasai, Ibnu Khuzaimah:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya: Tidak ada dua witir dalam satu malam.
Tidak
 timbul soal “membatalkan” Solat Witir yang telah dilakukan sebelum 
tidur dengan mengenapkan solat tersebut yaitu dikerjakan solat satu 
rakaat setelah bangun pada separuh/akhir malam untuk Solat Tahajjud 
kemudian mengerjakan Solat Witir sekali lagi setelah selesai Solat 
Tahajjud.
Tetap
 kekal atas Solat Witir yang dikerjakan sebelum tidur dan tidak perlu 
“membatalkannya” setelah bangun pada separuh/akhir malam merupakan 
pendapat tiga imam mazhab iatu Imam Malik, As-Syafie dan Ahmad 
sebagaimana yang disebut oleh Imam at-Tirmizi didalam Sunannya dibawah 
“Bab-bab Witir: Bab Yang Datang Bahawa Tiada Dua Witir Dalam Satu 
Malam”.
Jika
 diteliti, pada hakikatnya sesiapa yang beramal dengan pendapat 
“membatalkan” Solat Witir sebenarnya telah mengerjakan tiga kali witir 
dalam satu malam:
1) Sebelum tidur,
2) Selepas bangun dari tidur untuk mengenapkannya, dan
3) Selepas selesai dari mengerjakan Solat Tahajjud.
Oleh
 sebab itu Imam al-Mubaa-rakpuu-ri menyebut didalam kitabnya “Tuhfah 
al-Ahwazi” dalam syarah/penjelasannya kepada hadith “Tidak Ada Dua Witir
 Dalam Satu Malam” diatas menyatakan bahawa beliau tidak pernah menemui 
satu hadith marfu’ (bersumber daripada Nabi Muhammad SAW) yang soheh 
menunjukkan atas thabitnya “membatalkan” Solat Witir.
Kemudian mendatangi tempat tidur.
(4)
Membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naa-s
Melalui
 perkhabaran Aishah RA yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Abu 
Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu 
Majah.
Maksudnya: Sesungguhnya
 Rasulullah SAW apabila masuk tidur setiap malam Baginda menghimpun dua 
tapak tangannya kemudian menghembus pada kedua-duanya, maka dibaca pada 
kedua-dua tapak tangan tersebut Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naa-s. 
Kemudian Baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangan tersebut apa yang
 dapat disapu dari badannya bermula dari atas kepala, muka dan depan 
dari badannya. Baginda melakukan demikian tiga kali (yakni hembus pada 
dua tapak tangan, baca tiga surah tersebut dan sapu pada badan).
(5)
Membaca Ayat al-Kursi (al-Baqarah: 255)
Berdasarkan
 kisah Abu Hurairah RA yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana 
yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dimana syaitan mengajarnya keutamaan 
Ayat al-Kursi yang dibaca sebelum tidur:
Maksudnya: Apabila
 kamu masuk tidur maka bacalah Ayat al-Kursi, akan sentiasa bersama kamu
 pemeliharaan dari Allah dan syaitan tidak akan menghampiri kamu hingga 
ke subuh. Maka bersabda Nabi Muhammad SAW: Apa yang ia beritahu kamu 
adalah benar dan dia adalah pembohong, itu adalah syaitan.
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri
Daftar Rujukan:
1) Kitab-kitab hadith yang disebut periwatannya diatas.
2) al-Azkar, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
3) Fiqh as-Sunnah, as-Sayyid Saa-biq.






 



1 comments:
tidur itu setengah mati
Post a Comment
Apa kata anda ?