Sean Stone, pembuat filem berusia 27 tahun memeluk Islam semasa bekerja untuk menghasilkan sebuah dokumentari di Iran. Stone menegaskan bahawa penerimaannya terhadap Islam tidak harus dilihat sebagai penolakan agama lain dan bahawa beliau telah menerima Nabi Muhammad (saw) beserta para nabi yang lain. Dalam satu maklum balas terhadap soalan mengenai Akhir Zaman yang diajukan saluran TV Iran, Stone berkata:
“Ramai
orang mengatakan tahun 2012 sebagai penghujung dunia tetapi saya
merasakan bahawa ia hanyalah pengakhiran satu kitaran. Saya melihat
kesedaran orang ramai di sekeliling terhadap agama mula meningkat.
Kerana dunia ini sedang berubah, kesedaran manusia juga berubah. Justeru
kita harus berjuang bersama mereka untuk membawa Cahaya… Dengan
melakukan hal itu kita selari dengan Mahdi. Kita mampu melakukannya,
siapapun boleh menyertainya sebaik sahaja dia memilih untuk membawa
cahaya.”
Sean Stone menjawab soalan CNN tentang keputusannya memilih Islam:
“Berada
di sana, melihat sendiri Islam diamalkan, membaca Al-Quran, mempelajari
Islam di Oxford dan Princeton, saya dapat merasakan bahawa ia adalah
kesinambngan warisan Judeo-Kristian dan Nabi Muhammad ialah seorang Nabi
sepertimana para Nabi lain sehingga kepada Nabi Ibrahim. Saya
meneguhkan semula keimanan saya kepada Tuhan…”
Dalam satu kenyataan kepada CNN, Sean Stone berkata:
“Pertembungan
tamadun adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Kita telah mendengar
model ini terutamananya sejak tahun 90-an, dan konsep bahawa golongan
Yahudi, Kristian dan Muslim tidak boleh hidup harmoni. Saya mahu
mengakhiri hal ini, retorik ini, dan mengatakan saya seorang Yahudi,
Kristian dan Muslim, dan saya mahu memahami kesemua tiga agama serta
mengadakan dialog dengan manusia dari semua penjuru dunia.”
Ketika ditanya mengenai respon ayahnya terhadap keputusan beliau, Stone berkata:
“Beliau [Oliver Stone] berkata Allah beserta kamu.”
5 comments:
alhamdulillah, semoga beliau menerima hidayah. Harap cerita ni betul. Terjah dari salam.my
Alhamdulilah..segala puji bg Allah
Allah Maha Besar
Alhamdulillah, semoga Allah kekalkan hidayah Islam dalam diri orang Islam dan kurniakan hidayah Islam kepada Non-Muslim. Ameen...
Khabarnya dia seorang penganut syiah memeluk islam di negara iran.. ayah seorang Jewish dan ibunya Christian. . Semuga Allah memberinya hidayah dan petunjuk ke jalan yg lurus...
Post a Comment
Apa kata anda ?