Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui
oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti
kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu
tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam
gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di
dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka
menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya,
sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat
mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut
Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat
menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu.
Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya
dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu
pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab
berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.”
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua
paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui
serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa
kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU
MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu
Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk
Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan
pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah
bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh
siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak
menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya
bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya
menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita
tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam
disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada
maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu
kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir
kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda ?