FB Like

Wednesday, August 7, 2013

Jom Sambut Hari Raya Cara Sunnah



Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.

8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Kesalahan yang dilakukan pada hari raya
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.

Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.


Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/12577-sunah-dan-adab-menyambut-hari-raya

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?



Adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya : 

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد 
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW : 

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

SUMBER: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html

Monday, June 17, 2013

ISU PENTING! Isu Syria: 40,000 Rakyat Mati Dibunuh !


Apakah Sebenarnya yang terjadi di Syria sehingga Liga Arab memboikot kerajaan Syria?

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini. Yang memberi taklimat atau talk tentang revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria. (Nota: Video Youtube menunjukkan tentera Basyar Asad menembak mayat yang telah mati.)

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka media barat telah putar belitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

Punca Revolusi

Puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yg berrevolusi. Apabila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.

Kemarahan Rakyat Syria

1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.



Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini serius kejam.
2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanit ini DIROGOL di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

Berita Baik

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. Tapi ada duanegara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana. Oleh Irfan Masiri Islamic Theology and Phylosophy | Group Usrah HRM

EDISI WANITA: Perbidanan Khas Untuk Wanita



KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.
Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.
"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.
Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.
Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.
Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.
"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.
Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.
 
Sumber: http://satuumat.blogspot.com/2013/06/malaysia-perbidanan-khas-untuk-wanita.html

Saturday, June 8, 2013

70 tips memenangi Hati Isteri Anda


Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami atau bakal mendirikan rumahtangga :

1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10) Akui perasaannya bila dia merasa marah. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut dibasuh ke bakul yang dikhaskan.

27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

29) Basuhkan kereta yang dipakainya.

30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

48) Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

52) Solat bersama dan berdoa bersama.

53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.

56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.

60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.


sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1353.0

Saturday, June 1, 2013

Menarik! 5 Kebaikan yang Mungkin Kita Belum Pernah Lakukan.



Topik kali ini sangat menarik. Mungkin anda juga ada idea tersendiri mengenai topik ini. 5 kebaikan yang kita mungkin belum pernah lakukan dan mungkin dengan melakukannya kita akan merasa satu jenis kelainan dari segi psychology mahupun physical. apa yang penting adalah niat yang ikhlas semata-mata mencari redha Allah. Berikut adalah 5  kebaikan yang mungkin kita belum pernah lakukan:

1. Basuh tandas Awam/Masjid

Adakalanya manusia berfikir membasuh tandas awam terutamanya tandas masjid adalah kerja orang lain. Ramai yang sering mengadu kenapalah tandas masjid asyik kotor aje. Jadi kalau bukan kita yang nak bersihkan maka siapa lagi ? Ini adalah peluang untuk kita buat amal. Sesungguhnya perbuatan membasuh tandas masjid bukanlah suatu perbuatan hina bahkan ianya satu perbuatan yang mulia kerana ianya memberi manfaat kepada orang ramai. Amacam ada berani basuh tandas awam/masjid ? p/s: Tandah rumah sendiri pun jangan lupa basuh. :)

2.  Membantu Ibu tunggal/Janda.

Untuk membantu ibu tunggal atau janda tidak semestinya dengan mengahwini mereka. Boleh juga membantu mereka dari segi keangan, mengajar anak2 mereka dan sebagainya. Namun kalau nak kahwini/berpoligami dengan mereka itu lebih baik kerana secara tidak langsung membantu mereka dari segi menjaga kehormatan mereka. Jom renung Hadis Sahih berikut:



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَكَالْقَائِمِ لَا يَفْتُرُ وَكَالصَّائِمِ لَا يُفْطِرُ
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Dari Nabi صلی الله عليه وسلم beliau bersabda: Orang yang membiayai para janda dan orang miskin itu bagaikan seorang pejuang di jalan Allah. Aku mengira beliau menambahkan: Dan bagaikan orang yang selalu menjalankan salat malam tanpa henti atau bagaikan orang yang selalu berpuasa tanpa berbuka
(Shahih Muslim) No.: 5295 

3.  Mencuci pinggan mangkuk selepas makan.

Yang ini memang special dan kena jadikan tabiat. Bagi yang masih duduk dengan Mak mereka, apalah salahnya cuci pinggan makan tu sendiri, Mak dah penat2 masak, pinggan tolonglah cucikan. Bukankah itu akan menyenangkan hati Mak? Bagi yang dah ada bini pun sama gak, setiapa kali makan basuhlah pinggan sendiri. InsyaAllah, Bini anda akan lebih sayang pada anda ;-)

4. Membantu Anak Yatim



Dari Sahl bin Sa'ad رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam syurga seperti ini." Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara keduanya itu." (Riwayat Bukhari) 

Kafilul yatim ialah orang yang menanggung segala perkara yang diperlukan oleh anak yatim - baik makan, minum, kediaman, pakaian dan pendidikannya, juga lain-lainnya pula. 

Zaman sekarang ada banyak rumah anak yatim. Maka tiada alasan untuk kita tidak membantu mereka. Ada juga dikalangan saudara mara terdekat kita yang sudah menjadi Yatim maka disini dua kebaikan yang kita dapat apabila membantu mereka. Pertama: Kebaikan Sedekah itu sendiri. Kedua:Kebaikan menghubungkan silaturrahin. InsyaAllah.


5. Ucap Terima Kasih pada Cleaner

Bagi mereka yang duduk di ofis, bila cleaner datang ambil bakul sampah ditempat anda, pernahkah anda ucapkan terima kasih? Hah, kalau x pernah maka inilah masanya. Ucapan terima kasih anda akan membuatkan hati cleanaer tersebut lebih bahagia. Moga anda juga akan merasa bahagia yang berpanjangan.

Wallahu'alam.


p/s : Sesiapa yang ada idea lain bolehlah share diruang komen di bawah.

Terima kasih kerana sudi membaca. :)











Tuesday, May 28, 2013

MUST WATCH! AMERICA KEPT SECRET ABOUT QURAN (VIDEO)

Saturday, May 25, 2013

Membongkar Rahsia Ibadat Solat Secara Saintifik

 
 
Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang. Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
 

  Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
 

Pergerakan Relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

SUMBER : http://silverheritage.blogspot.com/2012/03/membongkar-rahsia-ibadat-solat-secara.html

Pelbagai pertentangan di dalam keempat-empat Injil berkenaan dakwaan penyaliban Nabi Yesus (as)

 



Keimanan golongan Kristian bersandar pada keyakinan bahawa Nabi Yesus (as) disalib dan dibunuh di palang lalu akan dibangkitkan semula. Namun sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Nabi Yesus (as) tidak disalib dan dibunuh, sebaliknya diangkat hidup-hidup ke hadirat Tuhan untuk diturunkan semula pada Akhir Zaman.   Faktor yang menyebabkan komuniti Kristian mempertahankan kepercayaan bahawa Nabi Yesus (as) disalib ialah beberapa bahagian di dalam Injil. Walau bagaimanapun, petikan-petikan yang tertulis di bahagian tersebut, sepertimana yang telah kami tegaskan sebelum ini, merupakan kenyataan berlawanan yang ditambah ke dalam Al-Kitab pada kurun ketiga selepas pemergian Nabi Yesus (as) dari muka bumi.
Sebahagian daripada kenyataan bertentangan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
Pelbagai kenyataan berbeza dalam Injil tentang penyaliban Nabi Yesus (as)
Siapa yang membawa salib?
Terdapat kenyataan bahawa salib dibawa oleh Simon dari Kirene dalam Markus 15:21, Matius 27:32 dan Lukas 23:26:
Dalam perjalanan ke luar kota, mereka berjumpa dengan seorang lelaki dari Kirene yang bernama Simon. Askar-askar memaksa dia memikul salib Yesus. (Matius 27:32)
Dalam Injil Yohanes pula, dinyatakan bahawa salib dibawa oleh Nabi Yesus (as) sendiri:
Sambil memikul salib-nya,Yesus pergi ke luar bandar ke tempat yang bernama "tempat tengkorak." (dalam bahasa Ibrani tempat itu disebut "Golgota".) (Yohanes 19:17)

Perompak yang disalib:
Diceritakan dalam bahagian Markus 15:27, Matius 27:44 dan Lukas 23:39-42 bahawa Yesus kononnya disalib bersama dengan dua orang pencuri. Ketidaksesuaian di sini ialah pihak Rom tidak pernah menyalib perompak.1
Mereka juga menyalibkan dua orang penjahat bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri-nya. (Markus 15:27)
Bahkan kedua-dua orang penjahat yang disalibkan bersama-sama Yesus pun menghina dia seperti itu. (Matius 27:44)

Maklumat berbeza tentang masa penyaliban Nabi Yesus (as):
Menurut petikan dalam Injil Matius 27:45-46, Lukas 23:44-46 dan Yohanes 19:14-15, masa di antara jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang merupakan masa penyaliban Nabi Yesus (as), manakala Injil Markus 15:25 mencatatkan jam sembilan pagi.
Kira-kira pukul dua belas tengah hari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang.Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam rumah tuhan koyak menjadi dua helai. Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, "Ya Tuhan, aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu!" Setelah berkata demikian, dia pun meninggal. (Lukas 23:44-46)
Mereka menyalibkan dia pada pukul sembilan pagi. (Markus 15:25)

Ucapan terakhir Nabi Yesus (as):
Pertentangan di dalam keempat-empat injil juga lahir berkenaan perkataan terakhir yang diucapkan Nabi Yesus (as) semasa penyaliban. Petikan dalam Markus 15:34-37 dan Matius 27:46-50 menyatakan bahawa Nabi Yesus (as) menyerukan ayat berikut:
Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, "Eloi, Eloi, lama sabakhtani?" yang bererti, "Ya Tuhan-ku, ya Tuhan-ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?" (Markus 15:34)
Dalam Injil Lukas pula, ayat terakhir Nabi Yesus (as) diungkapkan secara berbeza:
Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, "Ya Tuhan, aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu!" Setelah berkata demikian, dia pun meninggal. (Lukas 23:46)
Manakala Injil Yohanes mencatatkan kenyataan yang amat berlainan:
Yesus mengecapnya lalu berkata, "Sudah selesai!" Setelah itu dia menundukkan kepala dan meninggal. (Yohanes 19:30)

Nabi Yesus (as) diberi minum wain atau anggur asam (wine vinegar)?
Dalam beberapa ayat yang mendakwa bahawa Nabi Yesus (as) disalib, dinyatakan bahawa baginda diberi minum sesuatu sebelum disalib, namun sementara Injil Markus menerangkan minuman ini sebagai wain, Injil Matius, Lukas dan Yohanes pula menyatakannya sebagai cuka (anggur asam):
Menurut Injil Markus, Nabi Yesus (as) diberi minum wain:
Di situ mereka cuba memberikan wain yang bercampur mur kepada Yesus, tetapi dia tidak mahu meminumnya. (Markus 15:23)
Menurut Injil Matius, Lukas, dan Yohanes, Nabi Yesus (as) diberi minum anggur asam:
Seorang daripada mereka segera lari mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada hujung sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. (Matius 27:48)
Askar-askar juga mengejek dia. Mereka mendekati Yesus lalu memberikan wain masam kepada-nya. Mereka berkata, "Jika kamu raja orang Yahudi, selamatkanlah dirimu sendiri!" (Lukas 23:36-37)
Mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukkan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. Yesus mengecapnya lalu berkata, "sudah selesai!" setelah itu dia menundukkan kepala dan meninggal. (Yohanes 19:29-30)

Gempa bumi yang berlaku semasa pengebumian Nabi Yesus (as):
Penjelasan ini terdapat dalam Injil Matius:
Kemudian tirai yang tergantung di dalam rumah tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka, dan banyak umat Tuhan yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka. (Matius 27:51-53)
Dalam Injil Markus, Lukas dan Yohanes, terdapat beberapa takrifan berbeza tentang pengebumian Nabi Yesus (as), namun satu kejadian gempa bumi yang mustahil untuk dilupakan kerana ia memang berlaku, tidak pernah dinyatakan.

Kejadian-kejadian yang berlaku berikutan pengebumian Nabi Yesus (as):
Kejadian-kejadian yang berlaku selepas pengebumian Nabi Yesus (as) juga ditulis secara berlainan dalam keempat-empat injil:
Kemudian tirai yang tergantung di dalam rumah tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka, dan banyak umat Tuhan yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka. (Matius 27:51-53)
Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka melihat bahawa batu itu sudah digulingkan. Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut. (Markus 16:4-5)
Mereka mendapati batu penutup pintu kubur sudah digulingkan. Lalu mereka masuk ke dalam kubur itu, tetapi tidak mendapati jenazah ...Yesus. Sementara mereka berdiri di situ dan kehairanan memikirkan hal ini, tiba-tiba dua orang lelaki yang mengenakan pakaian yang berkilau-kilauan berdiri di sisi mereka. (Lukas 24:2-4)
Lalu Petrus dan pengikut lain itu pergi ke kubur. Kedua-duanya berlari, tetapi pengikut lain itu mendahului Petrus dan tiba lebih awal di kubur. Dia menjenguk ke dalam dan nampak kain linen di situ, tetapi dia tidak masuk ke dalam kubur. Simon Petrus menyusul dari belakang; dia terus masuk ke dalam kubur itu. Dia nampak kain linen terletak di situ, dan juga kain yang diikatkan pada kepala Yesus. Tetapi kain pengikat kepala itu tergulung tersendiri. (Yohanes 20:3-7)

Nabi Yesus (as) di hadapan majlis agama:
Dalam Injil Markus 14:53, Matius 26:57 dan Lukas 22:54, Nabi Yesus (as) dibawa ke hadapan Imam Besar Kayafas, manakala Injil Yohanes menyatakan Hanas, mertua Kayafas.
Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah imam agung....(Markus 14:53)
Kumpulan orang yang menangkap Yesus membawa dia ke rumah imam agung Kayafas.... (Matius 26:57)
Mereka menangkap Yesus dan membawa dia ke rumah imam agung. Petrus mengikut dari jauh. (Lukas 22:54)
Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayafas.Kayafas bertugas sebagai imam agung pada tahun itu. (Yohanes 18:13)

Perbicaraan terhadap Nabi Yesus (as):
Kisah perbicaraan terhadap Nabi Yesus (as) juga berlainan dalam kesemua injil.
Menurut Injil Yohanes, hanya imam agung yang menyelidiki Nabi Yesus (as):
Kemudian askar-askar Roma dengan komandan mereka dan pengawal-pengawal Yahudi menangkap dan mengikat Yesus. Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayafas. Kayafas bertugas sebagai imam agung pada tahun itu. Dialah yang menasihati para penguasa Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati untuk seluruh umat... Imam agung itu menyoal Yesus tentang pengikut-pengikutnya dan ajarannya. (Yohanes 18:12-14,19)
Sementara berdasarkan Injil Markus, Lukas dan Matius, Nabi Yesus (as) dibawa ke hadapan semua ahli majlis agama:
Pada pagi hari, para pemimpin masyarakat Yahudi, ketua imam, dan guru Taurat bermesyuarat, lalu Yesus dibawa ke hadapan majlis agama. Mereka berkata, "Katakanlah, benarkah kamu ini penyelamat yang diutus oleh Tuhan?" ...(Lukas 22:66-67)
Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah imam agung. Di situ semua ketua imam, pemimpin masyarakat orang Yahudi, dan guru Taurat sedang berkumpul... Para ketua imam dan seluruh majlis agama berusaha mencari bukti-bukti untuk menyalahkan Yesus, supaya mereka dapat menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Tetapi mereka tidak mendapat satu bukti pun. Banyak saksi memberikan kesaksian palsu terhadap Yesus, tetapi kesaksian mereka saling bertentangan. (Markus 14:53-56)
Kumpulan orang yang menangkap Yesus membawa dia ke rumah imam agung Kayafas. Di situ guru Taurat dan pemimpin masyarakat Yahudi telah berkumpul. Petrus mengikuti Yesus dari jauh sampai ke halaman rumah imam agung itu. Petrus masuk ke halaman itu dan duduk bersama dengan pengawal-pengawal untuk mengetahui apa yang akan berlaku. Ketua-ketua imam dan anggota lain daripada majlis agama berusaha untuk mencari bukti-bukti palsu bagi mendakwa Yesus, supaya mereka boleh menjatuhkan hukuman mati kepadanya. (Matius 26:57-59)

Perbicaraan Nabi Yesus (as) oleh Herodes:
Dalam Injil Lukas, dinyatakan bahawa Nabi Yesus (as) disoal siasat oleh Raja Herodes:
Ketika mendengar hal itu, Pilatus bertanya, "Adakah orang ini orang Galilea?" Apabila Pilatus mengetahui bahawa Yesus berasal dari daerah yang diperintah oleh Herodes, dia menyuruh orang menghantar Yesus kepada Herodes. Ketika itu, Herodes juga di Yerusalem. Herodes sangat gembira ketika nampak Yesus, kerana sudah lama dia mendengar perihal Yesus dan ingin melihat dia. Herodes berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. Oleh itu Herodes mengajukan banyak pertanyaan kepada Yesus, tetapi Yesus tidak menjawab sepatah pun. Semua ketua imam dan guru Taurat yang di situ maju ke hadapan dan mendakwa Yesus dengan berbagai-bagai tuduhan yang berat. Herodes dan askar-askarnya mempermainkan serta menghina Yesus. Mereka mengenakan jubah yang indah pada Yesus, lalu mengembalikan Yesus kepada Pilatus. Mulai hari itu Herodes dan Pilatus bersahabat; dahulunya mereka bermusuhan. (Lukas, 23:6-12)
Dalam Injil Matius, Markus dan Yohanes, siasatan terhadap Nabi Yesus (as) oleh Herodes tidak disebutkan.
Kesemua pertentangan yang dibincangkan adalah bukti nyata bahawa dakwaan tentang penyaliban Nabi Yesus (as) hanya bersandarkan pada maklumat yang salah, penjelasan berkaitan peristiwa dan persekitaran yang saling berlawanan. Allah Yang Maha Kuasa menyatakan dalam Al-Quran bahawa Nabi Yesus (as) tidak disalib atau dibunuh, namun golongan yang ingkar mengalami satu situasi di mana mereka menyangka bahawa ianya berlaku sedemikian rupa. Tuhan kita mewahyukan di dalam Al-Quran bahawa tuntutan tentang Nabi Yesus (as) ini tidak benar; rencana jahat yang diatur oleh golongan munafik dan ingkar terhadap baginda telah gagal dan Nabi Yesus (as) diangkat ke sisi Tuhan. Apabila pertentangan dianalisa melalui sudut pandang Al-Quran, kekeliruan serius ini akan dapat diterangkan: Penjelasan berkenaan Nabi Yesus (as) dibunuh di palang salib, sepertimana kenyataan salah lainnya, adalah fahaman menyimpang yang ditambah kemudian ke dalam Injil untuk satu tujuan khusus. Anda dapat membaca penjelasan kami berkaitan hal ini dalam artikel seterusnya.
1 http://www.examiner.com/catholic-in-albuquerque/the-last-days-with-jesus-who-is-barabbas-part-2
2 http://www.2think.org/hii/bible_cr.shtml
2010-12-18 13:56:58

SUMBER:http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/35954/Pelbagai-pertentangan-di-dalam-keempat-empat-Injil-berkenaan-dakwaan-penyaliban-Nabi-Yesus-%28as%29 

Sebatian Ajaib: Air Susu Ibu





Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu. (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang. Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.1 Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria “bermanfaat” yang dipanggil sebagai “flora normal” sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.2


Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.

Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.3

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung. Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.4

Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.5

Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini. Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.6

Fakta tentang “Makanan Tersegar”

Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan

Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.7

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?

Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui. Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini.8 Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah. Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain. Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.9

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah

Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.10 Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ...” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

“Untuk mendapatkan karya Harun Yahya, sila lawati www.bookglobal.net.”

1- “High-Risk Newborn—The Benefits of Mother’s Own Milk,” University of Utah Health Sciences Center, www.uuhsc.utah.edu/healthinfo/pediatric/Hrnewborn/bhrnb.htm.
2- Ibid.
3- C. Billeaud, et al., European Journal of Clinical Nutrition, 1997, vol. 51, 520-526.
4- "Breast milk 'does cut heart risk'," 1 Mac 2004, http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3523143.stm.
5- "Breast milk helps reduce obesity," 2 Mei 2004, http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3673149.stm.
6- Ibid.
7- Tim Whitmire, “IQ Gain from Breastfeeding,” http://abcnews.go.com/sections/living/DailyNews/breastfeeding990923.html.
8- “Breakthrough in Cancer Research,” www.mediconvalley.com/news/Article.asp?NewsID=635.
9- Peter Radetsky, "Human Breast Milk Kills Cancer Cells," Discover 20, No. 06, Jun 1999.
10- Rex D. Russell, “Design in Infant Nutrition,” www.icr.org/pubs/imp/imp-259.htm.


SUMBER:http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/36642/Sebatian-Ajaib-Air-Susu-Ibu

ALHAMDULILLAH