FB Like

Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Beri Kucing Makan (Murah Rezeki & Panjang Umur) - Ustaz Azhar Idrus

Kucing adalah binatang yang unik kerana ianya mempunyai sifat kasih sayang yang sangat tinggi. Jom ikuti Santai Beri Kucing Makan bersama Ustaz Azhar Idrus

Saturday, April 20, 2013

SUBHANALLAH! 26 April 2013-Gerhana Bulan Separa



Saudara-saudaraku di sana, di mana jua berada.

Hari ini, dengan ilmu falak atau astronomi yang dianugerahkan kepada orang-orang yang istimewa, sekali lagi manusia akan dipertontonkan Allah Taala dengan kehebatan. kebesaran dan keagungan-Nya kepada manusia, kerdilnya kita boleh dibayang dan boleh diukur oleh sesiapa saja.

Perhatikanlah kehebatan dan kebesaran-Nya melalui makhluk-makhluk Allah seperti matahari, bulan dan bumi di sekeliling kita kepada yang mahu berfikir dan mengambil pengajaran. Semoga dengan itu kita juga dapat terus mengerjakan ibadat-ibadat tambahan seperti mengadakan solat hajat gerhana bulan, berzikir dan beristighfar moga dosa-dosa dapat diampunkan Allah di samping menambah pahala solat gerhana matahari yang tidak ada pada masa-masa lain.

Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:
“Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”
(Riwayat Muslim)


Sumber
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah pada 26 April ini kita akan berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00  pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan. 
Pada 26 April 2013, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada jam 2:04 a.m. sehingga 6:11 a.m.  Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah 1.
Gerhana pada 26 April ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 2:04 a.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat  memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada  jam 3:54 a.m. dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 4:09 a.m.  Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 4:21 a.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 6:11 a.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1.       
Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Separa Pada 26 April 2013 (sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2013.html)
Fasa
Keterangan      
Masa
P1
Bulan mula memasuki “Penumbra”
2:04 a.m.
U1
Bulan mula mengalami fasa gerhana separa
3:54 a.m.
Maksimum
Bulan berada separa dalam “Umbra”
4:09 a.m.
U4
Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra”  
4:21 a.m.
P4
Bulan keluar dari “Penumbra”
6:11 a.m.

Catatan: Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
               Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Tidak kira di mana anda berada di Malaysia, sekiranya langit berada dalam keadaan cerah lihat ke arah Barat di mana Bulan berada.  Anda berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar.

sumber: http://www2.angkasa.gov.my/planetarium/index.php?option=com_content&view=article&id=301:partial-lunar-eclipse-program-26-april-2013&catid=41:public&Itemid=53&lang=ms
 

Saturday, April 6, 2013

MENARIK! MENTOL LAMPU TELAH ADA ZAMAN MESIR PURBA

Tamadun Mesir Purba merupakan salah satu daripada tamadun yang paling dikagumi pernah dibangunkan oleh manusia. Masyarakat Mesir Purba memiliki pengalaman dan ilmu pengetahuan yang meluas dan kini menjadi salah satu daripada warisan masyarakat primitif. Di kalangan golongan masyarakat Mesir, terdapat cendikiawan yang memiliki kebijaksanaan yang datang dari zaman Nabi Nuh (as) dan Nabi Ibrahim (as). Golongan cerdik pandai Yahudi ini menggunakan ilmu yang diwarisi daripada para nabi terdahulu. Salah satu daripada ilmu pengetahuan tersebut adalah penggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan.

Penemuan pelbagai ukiran dan corak pada permukaan dinding Kuil Hathor di Kompleks Kuil Dendera Mesir, membongkar satu rahsia yang menarik mengenai masyarakat Mesir purba. Seperti gambar rajah yang dipaparkan di bawah, yang terdapat di Kompleks Kuil Dendera. Rekaan ukiran tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba mendapatkan sumber pencahayaan melalui penggunaan mentol dan lampu arka.

Pemeriksaan teliti terhadap gambar-gambar yang terdapat di Kuil Hathor menunjukkan bahawa penebat bervoltan tinggi telah diguna pakai, sama seperti yang ada pada masa kini; struktur ini disokong oleh tiang yang berbentuk segi empat bujur yang  menyerupai sebiji mentol (dipercayai telah digunakan sebagai penebat dan dikenali sebagai Djed Column). Ini merupakan penemuan yang menakjubkan kerana reka bentul mentol lampu yang kita gunakan pada hari ini mempunyai ciri yang serupa pada zaman Mesir purba.

 

Walter Garn, seorang jurutera elektrik berbangsa Austria telah mengkaji ukiran yang terdapat pada permukaan dinding secara terperinci, dan menghasilkan semula penebat Djed Column, mentol dan pintalan wayar dan hasilnya, model yang dibina oleh beliau berfungsi dan memancarkan cahaya.

Dalam satu saluran dokumentari pada September 1996 oleh Amerika ABC, sistem pencahayaan ini telah diuji semula oleh para saintis di hadapan kamera dan kejayaan sekali lagi dicapai dan cahaya diperolehi. Secara asasnya, ini hanyalah mentol dan ia berfungsi melalui teknik yang dipaparkan pada lukisan dinding masyarakat Mesir purba, sehingga menghasilkan cahaya. Di dalam video yang akan kami paparkan, anda akan dapat melihat sendiri bagaimana cahaya diperolehi melalui kaedah yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba.

Dalam lukisan yang terdapat pada Kuil Dendera ini, kelihatan empat lampu filamen (komponen dalam lampu yang menghasilkan pemanasan) yang anda dapat lihat di sebelah kiri dan Seutas kabel yang bersambung dari satu bateri elektrik gergasi di sebelah kiri, ini menjanakan tenaga elektrik kepada lampu-lampu tersebut dan menhasilkan sumber pencahayaan.





Kajian dan pemerhatian yang mendalam  pada gambar rajah di atas mendapati bahawa kabel elektrik yang menghubungkan bateri dengan lampu, diselaputi dengan manik-manik kecil yang sejajar. Manik-manik tersebut digunakan sebagai penebat bagi mengalirkan tenaga elektrik. Gambar rajah di sebelah menunjukkan salah satu daripada lampu arka yang pertama dihasilkan pada abad ke-19.



Sumber pencahayaan Tamadun Mesir purba dihasilkan melalui penggunaan mentol klasik yang  diguna pakai pada hari ini. Pelbagai gambaran masyarakat Mesir yang menunjukkan penggunaan peranti seumpama mentol dengan wayar-wayar filamen, pemegang dan wayar arus elektrik. Dalam gambar rajah seterusnya, anda akan dapat melihat individu yang sedang membaca teks bergambar pada dinding dengan menggunakan lampu yang terdapat pada tangannya bagi menerangi kawasan disekilingnya.





Gambar rajah di atas jelas menunjukkan bahawa filamen yang menghasilkan aliran elektrik di dalam lampu yang dipegang oleh orang Mesir itu. Sama seperti mentol yang ada pada hari ini, filamen yang digunakan oleh penduduk Mesir purba adalah berbentuk lingkaran. Lingkaran filamen yang dipanaskan oleh arus elektrik ini akan menghasilkan sumber pencahayaan, sama seperti yang digunakan pada masa kini.



Ini merupakan lampu filamen pertama yang dicipta oleh Thomas Edison dan dapat dilihat bahawa lampu yang direka oleh beliau memiliki ciri  dan rekabentuk yang menyerupai dengan lampu yang dipegang oleh orang Mesir seoerti gamabr rajah yang ditunjukkkan sebelum ini .



Gambar rajah Ini merupakan salah satu gambaran yang ditemui pada dinding sebuah makam di Kuil Dendera, Seutas kabel elektrik direntangkan dari sebuah lampu yang mempunyai  tiga biji mentol

Baca Selanjutnya

Penyunting: Awang Henapi Abdul Kadir

Sumber: http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/157448/

RAHSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK PIRAMID MESIR

 


Pandangan dan pendapat bahawa tamadun berkembang daripada tahap primitif kepada peringkat yang lebih maju merupakan satu penyelewengan yang cuba dicipta oleh para evolusionis dalam sejarah.
Sekiranya seseorang menyelidik dan meneliti pendapat para evolusionis, serta mengkaji sumber rujukan dan penemuan sejarah, pasti anda akan menemui terdapat banyak tamadun kuno yang menggunakan teknologi lebih maju dan canggih.
Tinggalan daripada tamadun Mesir purba iaitu tamadun Maya dan Sumeria, menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cabang sains seperti elektrik, elektrokimia, elektromagnetik, kaji logam, hidrogeologi, perubatan, kimia dan fizik telah digunakan sehingga ke tahap yang lebih meluas.
Elektrik dijana dan digunakan secara meluas pada zaman Mesir purba. Bateri Baghdad dan lampu arka ynag pertama telah digunapakai pada masa tersebut. Tetapi adakah penjanaan elektrik hanya terbatas pada aplikasi sedemikian pada zaman itu?
Penyelidikan dan kajian mendalam terhadap sejarah tamadun Mesir purba mendedahkan kecanggihan dan kepintaran tamadun purba dalam mengaplikasikan sumber pencahayaan. Sebagai contoh tiada rekahan mahupun ruang pencahayaan ditemui pada koridor piramid mahupun makam para raja kerana kawasan tersebut diterangi dengan menggunakan kuasa elektrik. Ukiran timbul juga menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba telah menggunakan lampu suluh yang dijana oleh sumber tenaga tanpa wayar.
Lampu arka yang digunakan di Rumah Api Alexandria merupakan bukti kukuh, bahawa elektrik telah digunakan semasa zaman Mesir purba. Tenaga yang diperlukan untuk menjana Rumah Api Alexandria selama 24 jam sehari hanya dapat dibekalkan oleh satu sumber elektrik yang sistematik.

PIRAMID MESIR MERUPAKAN LOJI TENAGA RAKSASA YANG MENJANA SUMBER ELEKTRIK
1. Salutan luar Piramid Agung Giza dilitupi dengan batu kapur tufa putih, direka bentuk dengan tahap kepadatan yang tinggi sehinggakan sebilah pisau cukur sekalipun tidak dapat mencelah di antara batuan. Batu kapur tufa putih ini tidak mengandungi magnesium dan memiliki sifat penebatan yang tinggi. Ciri-ciri ini menghalang elektrik di dalam piramid daripada dibebaskan tanpa kawalan.
2. Blok batuan yang digunakan di bahagian dalam piramid diperbuat daripada sejenis batu kapur yang mengandungi Kristal, berfungsi sebagai alat pengalir elektrik yang tinggi dan sejumlah kecil logam digunakan untuk membenarkan pemindahan tenaga secara maksimum. Ruang laluan di dalam piramid juga dijajari dengan granit. Granit merupakan bahan radioaktif ringan yang  membenarkan pengionan udara di dalam ruang-ruang tersebut.
Apabila anda memerhatikan kabel elektrik yang diselaputi dengan bahan penebat, kita mendapati bahawa bahan pengalir dan penebat yang digunakan mempunyai ciri persamaan seperti dalam pembinaan piramid.
3. Ciri-ciri pengalir dan penebat yang ada pada piramid merupakan salah satu contoh teknik kejuruteraan yang sempurna. Walau bagaimanapun, sumber tenaga diperlukan bagi menjana tenaga elektrik.
Plateau Giza merupakan salah satu piramid yang direka khas dengan dipenuhi sistem saluran air bawah tanah. Pembinaan pyramid ini menggunakan lapisan batuan khas yang bertujuan sebagai alat perantara tenaga elektrik ke bahagian atas semasa proses pemindahan air bawah tanah ke permukaan, proses ini dikenali sebagai “AKUIFER”. Arus deras Sungai Nil yang melalui akuifer tersebut menghasilkan tenaga elektrik. Teknik ini dikenali sebagai fisio-elektrik.
Ruangan bawah tanah piramid berfungsi sebagai konduktor granit yang dibina di dalam batuan dan dicas menggunakan teknik fisio-elektrik. Arus elektrik ini kemudianya dialirkan secara langsung ke bahagian atas bilik bawah tanah yang dilitupi granit. Granit merupakan pengalir elektrik yang sangat baik.
Medan elektromagnet yang dibentuk di bahagian bawah piramid disalurkan ke lapisan atas piramid dalam bentuk berpusat. Di puncak piramid, terdapat tetopi emas yang merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Bahagian ini sudah tidak wujud lagi pada masa sekarang. Ini bermakna bahagian atas piramid telah kehilangan struktur geometrinya yang sempurna. Tetopi emas ini membantu pengaliran ion-ion negatif ke ionosfera. Melalui cara ini, maka arus elektrik pun terhasil.

Bagaimana piramid menggerakkan medan elektromagnet bawah tanah menerusi bantuan akuifer?
Satu teknologi yang seumpama ini, diaplikasikan di Mesir pada 5,000 tahun dahulu, juga telah digunakan oleh Nikola Tesla, seorang perekacipta teknologi elektrik pada awal tahun 1900, di sebuah menara yang dibina di Amerika.
Tesla, pencipta teknologi elektrik asas seperti arus, enjin elektrik, radio, laser dan radar, juga dalam masa yang sama berjaya menghantar bunyi dan gambar di antara benua di menara Wardenclyffe yang dibangunkannya di antara tahun 1901 dan 1917. Beliau tidak menggunakan sumber elektrik luaran, malah mengaplikasikan teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar.
Tesla juga telah membina menaranya itu di atas akuifer dan menyahcas ion-ion negatif daripada akuifer ke menara. Teknologi elektromagnet yang digunakan dalam menara terkenal Tesla ini sama dengan medan elektromagnet yang ditetapkan dalam pembinaan piramid. Kedua-dua sistem menjana ion-ion negatif dan mengalirkannya tanpa memerlukan kabel elektrik.

Untuk tujuan apakah elektrik digunakan oleh masyarakat Mesir?
Ukiran relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan lampu suluh bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar. Mentol-mentol ini mengingatkan kita kepada penerangan Nicola Tesla untuk menunjukkan bahawa arus elektrik yang diciptanya adalah selamat.
Di Pesta Sedunia Chicago pada tahun 1893, Tesla memindahkan arus elektrik melalui badannya untuk menyalakan mentol di tangan beliau tanpa menggunakan kabel elektrik.
Ukiran relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba telah menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.
Ukiran di bahagian kiri menunjukkan sebuah pemancar, dan sebuah penerima di sebelah kanan. Bukti ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir telah menggunakan tenaga tanpa wayar secara percuma untuk tujuan komunikasi.
Ukiran relif ini menunjukkan satu kemudahan yang dapat menghasilkan tenunan. Benang yang digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membuat fabrik pada masa tersebut adalah sehalus pakaian yang dihasilkan oleh mesin pembuatan masa kini. Tenaga elektrik juga digunakan dalam kilang tenunan mereka.
Terdapat banyak objek emas tinggalan Mesir kuno sebenarnya disaluti emas dengan teknik yang sangat halus. Saduran emas yang sesempurna itu, memerlukan penggunaan elektrik.
Ukuran elektromagnetik keseluruhan yang dibuat di sekitar Piramid Agung Giza adalah sama dengan sukatan yang dibuat semasa berlakunya ribut guruh dengan petir. Terdapat medan elektromagnet yang kuat di sekitar Piramid Agung Giza. Ini dapat diperhatikan melalui satu eksperimen mudah. Apabila seseorang berdiri di atas piramid dengan memegang botol yang dibaluti kain lembap, cetusan api terpercik keluar dari botol, seolah-olah dia berada di atas satu gelendong bervoltan tinggi.

PIRAMID TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI MAKAM
Piramid selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada hakikatnya, tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi, bukannya makam.
Sebuah peti batu kosong yang besar telah ditemui di bahagian paksi pusat piramid, kawasan yang dinamakan sebagai Dewan Raja oleh ahli arkeologi. Mereka mendakwa bahawa peti ini dahulunya menempatkan keranda firaun, tetapi kini kosong kerana telah dicuri. Namun penelitian ke atas dimensi peti batu dan lokasinya mendedahkan hal yang lebih menarik. Di situlah struktur konduktif piramid yang hilang, dan keseluruhan rekabentuknya menyokong hal berkenaan. Jika satu bahan superkonduktif dipasang di sini, piramid mampu mengeluarkan elektrik yang cukup untuk seluruh Mesir. Superkonduktor ini dipercayai merupakan Tabut Perjanjian, yang diketahui telah berada di Mesir pada zaman purba, dan dimensinya amat bersesuaian dengan saiz peti batu kosong tersebut.
Nabi Musa (as) pernah diterima oleh Firaun dan berdasarkan rekod sejarah, baginda diangkat sebagai pentadbir kerana nilai moral, kecerdasan dan keupayaannya yang tinggi. Salah satu fasa dalam latihan kepimpinan di Mesir purba adalah pengajaran semua rahsia Mesir dan ilmu tenaga. Sebagai tambahan kepada sifatnya yang lain, terdapat juga pelbagai rujukan tentang Tabut Perjanjian yang bertindak sebagai kapasitor, dan bahawa ia adalah sumber tenaga Mesir. Nabi Musa (as) dipercayai telah membawa Tabut Perjanjian bersamanya sewaktu meninggalkan Mesir. Menurut rekod sejarah, salah satu sebab Firaun mengejar Nabi Musa (as) sehingga ke saat-saat terakhir, dan berusaha untuk menangkap baginda pada harga berapa sekalipun, ialah Tabut Perjanjian kerana Firaun sangat maklum bahawa semua kegemilangan dan keagungan Mesir akan punah tanpa elektrik.
Rujukan sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Mesir mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Ramses II, yang hidup sezaman dengan Nabi Musa (as). Tetapi tamadun tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas pentadbiran Ramses II, sehinggakan Giza terus diabaikan. Bandar Giza yang dahulunya merupakan pusat tamadun dunia kekal sepi sehinggalah dinasti lain menetap di situ.

Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai teknologi elektrik tanpa wayar?
Ukiran timbul yang ditinggalkan oleh masyarakat Maya dan Assyria juga menggambarkan teknik sama dengan apa yang digunakan dalam piramid.
Semua maklumat ini sekali lagi membuktikan bahawa tidak ada orang dan masyarakat primitif pada masa lalu, sebagaimana yang cuba dimainkan oleh golongan evolusionis. Dari segi ketamadunan, masyarakat yang lebih atau kurang maju telah hidup bersebelahan sepanjangmasa dalam sejarah. Sebuah masyarakat yang wujud beribu-ribu tahun yang lalu telah menikmati teknologi yang jauh lebih maju berbanding dengan mereka yang hidup dalam abad ke-20. Dan ini menunjukkan kepada kita bahawa pembangunan bukanlah sebahagian daripada proses evolusi, atau dalam erti kata lain, tidak ada kemajuan linear dari tahap tamadun primitif kepada yang lebih maju dalam sejarah.
Penyunting: Awang Henapi Abdul Kadir

Sumber: http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/157451/RAHSIA-TERSEMBUNYI-DI-SEBALIK-PIRAMID-MESIR-%28BAHAGIAN-SATU%29-

MESTI DENGAR! SELAWAT SEORANG PENDOSA

Ini kisah seorang Pendosa yang banyak selawat. Dikala matinya jasadnya berubah menjadi hitam gelap. Dikala itu dia di tanah suci Mekkah. Namun sesuatu yang luar biasa terjadi. Dengarlah kisah yang menyayat hati ini...

SUBHANALLAH! :TIKUS TAK TAKUT KUCING

SUBHANALLAH! Tikus, dalam sejarahnya terkenal dengan sifat penakut. Sehingga menjadi bidalan "Takut macam Tikus". SUBHANALLAH! ajaibnya tikus ini. Jom saksikan

Perkara Haram yang Di anggap Biasa






Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.


Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)
Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.

Sumber: http://myibrah.com/perkara-haram-yang-di-anggap-biasa

Saturday, March 23, 2013

MESTI TENGOK! Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud (VIDEO)

 Seperti yang kita sedia maklum, pemimpin Islam di seluruh dunia ada keinginan untuk menjalankan hukum Allah dimuka bumi ini. Tak dinafikan ada juga Pemimpin Islam menolak bulat2 hukum Allah. Jom dengar sendiri apa kata Sultan Brunei Mengenai Hudud...

Thursday, March 14, 2013

Artis Rap Amerika Masuk Islam (VIDEO)



Pembangkitan Islam di barat adalah suatu realiti. Ramai para artis dan cendiakawan non-Muslim menerima Islam sebagai jalan hidup mereka. Inilah Rahmat Allah kepada siapa sahaja yang mencari kebenaran. Jom kenali artis Rap Amerika ini...


Napoleon

Napoleon adalah nama gelaran yang diberikan setelah beliau memasuki dunia selebriti. Napoleon dilahirkan pada 11 Oktober 1977 dalam keluarga Islam. Ibunya bernama Aquillah Beale, warga Porto Rico dan bapanya adalah Salek Beale, warga Afrika-Amerika. Ibubapanya adalah seorang pengikut setia Nation of Islam dan pertubuhan Black Panther. Ia menimbulkan rasa tidak senang kepada golongan Kristian kulit putih Amerika. Ibubapanya akhirnya dibunuh di depan matanya. Ia menyebabkan wujud rasa benci kepada golongan kulit putih.

Kehidupan Napoleon selepas itu terumbang-ambing tanpa bimbingan ibubapa. Abang Napoleon, Seike Beale bertindak membunuh diri selepas kejadian itu.

Insan yang memiliki nama Mutah Wassin Shabazz Beale ini mula mengorak langkah dalam karier nyanyian selepas dipelawa oleh rapper terkenal Tupac Amaru Shakur. Bersama-sama dengan Tupac,Kaddafi,Hussien, Kastro, E.D.I dan Makaveli, mereka telah membentuk grup rap yang memberi fenomena kepada dunia rap sedunia iaitu The Outlawz.

Napoleon a.k.a Mutah

Selepas pembunuhan Tupac Shakur pada September 1996, wujud rasa ingin mencari kebenaran dalam dirinya. Pada tahun 2000, Napoleon akhirnya meninggalkan dunia rap dan terus memasuki institusi dakwah yang meliputi seluruh dunia. Napoleon berkata dalam lawam sesawang rasminya, www.napoleonoutlawed.com bahawa menyanyi rap adalah haram dan langsung tidak mengikut landas-landas Islam.

I was a entertainer and my sole lively-hood depended on selling music but since I gave up music (since its haram) I had to find other halal methods of income. So, I go around the world giving lectures to youth and yound adults about the beauty of Islam and negative effects of the hip-hop culture.

Untuk mempelawa Napoleon atau Mutah datang memberi ceramah, anda boleh singgah ke laman sesawangnya www.napoleonoutlawed.com. Jika kita boleh ajak Adam Lambert datang sini, kenapa tidak Napoleon bukan?

Wednesday, March 6, 2013

25 Kelebihan Istighfar


Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.
1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)
3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).
6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
8. MEREDAM AZAB
8:33


Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).
9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).
15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).
17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)
18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).
19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)
21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).
22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).
25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).

Sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/10/25-manfaat-istighfar.html#axzz2MoqscIbs

Tuesday, February 26, 2013

MENARIK! TIPS BERKESAN MENGINGAT SECARA MUDAH


MENGINGAT SECARA MUDAH

APABILA peperiksaan hampir tiba, pelajar-pelajar mula risau sama ada ia boleh mengingat atau tidak fakta-fakta yang telah dipelajarinya. Bolehlah dikatakan bahawa sekiranya seseorang pelajar itu lupa tentang apa yang hendak ditulisnya, kemungkinan, kemahiran untuk mengingat bahan pelajaran sangatlah penting bagi pelajar. Di dalam buku-buku kemahiran belajar telah ditunjukkan berbagai-bagai teknik mengingat yang utama adalah bergantung pada diri kita sendiri, walaupun ada juga pengaruh daripada faktor luar. Sekiranya kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengingat, kita tentu akan berusahamengingatnya dengan menggunakan teknik tertentu. Teknik mengingat hanyalah sebagai alat untuk lebih menyenangkan kita mengingat.

Doa

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalam menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.


Daya Ingatan

SESEORANG yang boleh mengingat bahan pelajaran dengan cekap dikatakan mempunyai daya ingatan yang baik. Daya ingatan boleh dianggap sebagai kekuatan minda kita menyimpan apa sahaja yang kita pelajari, sama ada secara langsung ataupun tidak untuk satu jangka masa yang tertentu. Ahli Sains yang mengkaji tentang ingatan ini telah membahagi ingatan kepada dua, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Ingatan jangka pendek dikatakan sebagai kebolehan menyimpan maklumat pembelajaran selama kurang daripada 5 minit, selepas itu maklumat pembelajaran itu akan beransur-ansur hilang dan dilupakan. Dengan adanya ingatan jangka pendek, kita boleh mengambil nota apabila guru bercakap di depan kelas. Kalau guru terus bercakap tanpa mengulang bahan pelajaran yang sama, bahan yang telah ditulis itu akan dilupakan kerana tumpuan kita adalah kepada perkara yang dilupakan kerana tumpuan kita adalah kepada perkara yang baru. Dengan kata lain, ingatan jangka pendek akan berlaku selepas kita mendapat satu maklumat dan maklumat itu tidak perlu kita ingati lagi. Misalnya kita bertanya harga sebuah buku. Selepas kita beli buku tersebut, mungkin kita tidak perlu mengingat harganya lagi, kerana buku itu telah kita miliki.

Ingatan jangka panjang sangat penting bagi seseorang pelajar. Dengan ingatan jangka panjang, pelajar akan dapat menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan. Apabila maklumat atau kesan pembelajaran itu telah berada dalam ingatan jangka panjang, ia senang diingat kembali apabila diperlukan.




Mengingat untuk Peperiksaan

TUJUAN utama pelajar mengingat bahan pelajar ialah untuk menghadapi peperiksaan. Kalau kita boleh mengingat, senanglah kita menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Berikut disenaraikan 14 patah perkataan. Ingati perkataan-perkataan tersebut dalam masa 45 saat sahaja.

wayar               seterika

positif               atom

keupayaan       elektrik

lampu               negatif

kimia                cahaya

haba                 bateri

bunyi                 kinetik


Selepas 45 saat, tutup perkataan-perkataan itu dan cuba ingati perkataan-perkataan tersebut semula. Bagaimana anda boleh mengingat perkataan-perkataan tersebut? Apakah teknik yang anda gunakan untuk mengingat perkataan-perkataan ini?

    Titian Memori

        DALAM Titian Memori, ada 6 cara yang dapat anda gunakan untuk mengingat. Titian tersebut ialah:

        1. Mnemonik, iaitu dengan cara menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu maklumat.

        2. Emosi, iaitu dengan cara mengaitkan nilai dan motivasi seseorang pelajar dengan bahan-bahan pelajaran.

        3. Mengulang, iaitu dengan cara menggunakan maklumat untuk sesuatu aktiviti dan juga membuat ulangkaji.

        4. Organisasi, iaitu dengan cara menyusun bahan-bahan tersebut daripada bentuk yang kurang sesuai dan tidak biasa kepada bentuk yang sesuai dan lebih dekat dengan kita.

        5. Ringkasan, iaitu dengan cara memendekkan atau memadatkan isi kandungan pelajaran agar lebih senang diingat atau dihafal.

        6. Ikatkan dan imaginasi, iaitu dengan cara mengikat sesuatu maklumat itu dengan perkataan atau objek tertentu.

        M.E.M.O.R.I. adalah berdasarkan huruf awal daripada perkataan Mnemonik, Emosi, Mengulang, Organisasi, Ringkasan dan Ikatan. M.E.M.O.R.I. juga bermakna ingatan, jadi senanglah kita mengingat Titian Memori ini.

Cara Mnemonik

        CARA Mnemonik merupakan satu cara mengingat yang telah lama diketahui dan senang digunakan oleh pelajar. Cara ini telah juga digunakan dalam kehidupan kita seharian dengan tidak kita sedari.

        Huruf Ringkas

        DALAM pelajaran Sains, nama bahan kimia dan nama bahan tertentu diringkaskan sahaja berdasarkan huruf pertama setiap perkataan, sehingga cara ini telah menjadi amalan biasa dan diiktiraf sebagai satu cara yang berkesan untuk mengingat.

        Contoh penggunaan huruf ringkas ialah seperti

        ATP - iaitu untuk Adinosin Triposfat
        DNA - iaitu untuk Asid Deoksi Nukleid (atau Deoxy Nucleic Acid)

        Kadang-kadang ia telah menjadi simbol atau istilah yang mesti dipakai, seperti:

        Pb = Plumbum
        K = Kalium
        Cl = Klorin

        Penggunaan Huruf Pangkal

        PENGGUNAAN huruf pangkal untuk sesuatu perkataan boleh menyenangkan kita mengingat sesuatu bahan pelajaran atau istilah yang berbentuk siri. Huruf pangkal setiap istilah itu dijadikan perkataan yang senang diingat.

        Contoh 1:

        Kelas haiwan vertebrata ialah reptilia, ikan, amfibia, burung dan mamalia. Setiap huruf pangkal kelas haiwan vertebrata, iaitu R, A, I, B dan M disusun menjadi satu perkataan. Contohnya ialah RIMBA. Jadi apabila mengingat kelas haiwan vertebrata ialah RIMBA, dengan sendirinya kita boleh mengingat kelas haiwan itu, iaitu:

        R = Reptilia

        I = Ikan

        M = Mamalia

        B = Burung

        A = Amfibia

        Contoh 2:

        Pelajar selalu mengingat vitamin larut lemak sebagai ADEK, iaitu vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K.

        Contoh 3:

        Peringkat mitosis ialah IPMAT, iaitu I (Interfasa), P (Profasa), M (Metafasa), A (Anafasa) dan T (Telofasa).

        Penggunaan Huruf Pangkal Bagi Lebih daripada Dua Perkataan atau Satu Kenyataan

        Huruf pangkal atau huruf penting bagi sesuatu perkataan boleh juga digunakan untuk sesuatu kenyataan. Kemudian huruf pangkal itu dijadikan satu perkataan atau ayat.

        Contoh 1:

        Tanah terdiri daripada BAU-BOM, iaitu

        B untuk Butiran dan batuan

        A untuk Air tanah

        U untuk Udara tanah

        B untuk Bahan organik

        O untuk Organisma tanah

        M untuk Mineral, iaitu garam mineral


        

        Membuat Ayat Berdasarkan Huruf Pangkal

        Selalunya pelajar menggunakan huruf pangkal untuk membuat satu ayat. Huruf pangkal ini memberi satu kekunci untuk istilah atau perkataan yang diperlukan.

        Contoh 1:

        Nama 5 enzim yang terdapat pada jus usus kecil yang dirembeskan oleh sel dinding ileum. Boleh digunakan ayat yang berikut:

        "Sukri marah lalat, lipas pening."

        S (ukri) untuk Sukrase

        M (arah) untuk Maltase

        L (alat) untuk Laktase

        L (ipas) untuk Lipase

        P (ening) untuk Peptidase

        Ayat yang digunakan mestilah yang biasa dengan kita dan senang diingati.

        Contoh 2:

        Cara ini sesuai digunakan untuk mengingat contoh-contoh sesuatu bahan, misalnya contoh pelarut-pelarut bukan air. Boleh digunakan ayat yang berikut:
        "Ali tolong emak buat kuih."

        A (li) untuk Alkohol

        T (olong) untuk Turpentin

        E (mak) untuk Eter

        B (uat) untuk Benzen

        K (uih) untuk Kerosin

        Membesarkan Huruf

        Ini dilakukan di dalam buku nota atau kad belajar. Prinsipnya sama seperti Mnemonik yang lain, iaitu menggunakan huruf pangkal untuk sesuatu istilah atau perkataan.

        Contoh 1:

        AGen HAKisan fizikal

        Dalam cara ini, huruf besar pada perkataan itu membawa makna tertentu yang berkaitan dengan agen hakisan fizikal, iaitu:

        A untuk Air

        G untuk Glasier

        H untuk Haba

        A untuk Angin

        K untuk Kilat

        Contoh 2:

        Ada juga cara membesarkan huruf ini untuk kekunci untuk menerangkan sesuatu istilah atau perkataan, misalnya:

        HabiTat

        Di sini dibesarkan huruf H dan T. Huruf H dikaitkan dengan perkataan ‘hidup’ dan T dikaitkan dengan perkataan ‘tempat’. Jadi apabila hendak mengetahui makna habitat, dua perkataan penting yang mesti ada ialah ‘hidup’ dan ‘tempat’. Pelajar boleh mengingati tempat di mana sesuatu organisma itu hidup, iaitu habitatnya.

        Rumusan

        PENGGUNAAN cara Mnemonik selalunya berdasarkan huruf pangkal sesuatu perkataan. Anda boleh menggunakannya dalam pelbagai cara anda sendiri.
    Emosi



MENGINGAT menggunakan cara emosi merupakan satu cara yang terdapat pada pelajar yang mempunyai motivasi dan dorongan yang tinggi. Emosi dikaitkan dengan memahami dan menghayati sesuatu ilmu pengetahuan untuk diri sendiri. Ia diterima tanpa paksaan, sehingga membentuk satu pegangan, iaitu mencari ilmu satu kewajipan, menerima ilmu satu pilihan dan mengamalkan ilmu satu kesepaduan.

Mencari Ilmu

MENCARI ilmu satu kewajipan, bermakna pelajar telah memahami bahawa belajar itu adalah satu tanggungjawab yang mesti disempurnakan. Jika telah mempunyai pemikiran yang sedemikian, segala tindak-tanduk dan perlakuannya akan dihalakan kepada mencari ilmu. Dengan sendirinya beberapa ‘rintangan’ dalam pembelajaran dapat dikurangkan. Semakin kurang ‘rintangan’ dalam pembelajaran, semakin meningkat daya ingatan seseorang pelajar itu. Rintangan dalam pembelajaran ialah seperti tidak menepati masa belajar dan pengurusan masa, melanggar peraturan sekolah, tidak sukakan guru, merasa bosan dalam kelas, tiada usaha untuk memperbaiki pelajaran dan juga masalah berkaitan dengan cinta remaja. Walau bagaimanapun, jika rintangan pembelajaran difikirkan daripada aspek positif dan diubahkan kepada kesan untuk positif, ia boleh menjadikan seseorang pelajar berfikiran positif terhadap ilmu pengetahuan.

Seperti manusia biasa, pelajar tidak boleh lari daripada memerlukan ganjaran apabila melakukan sesuatu. Apabila sudah dapat memahaminya, pelajar mesti mencari ilmu dan pada masa yang sama mengingati ilmu-ilmu itu. Pertanyaan yang terlintas di fikiran kita ialah untuk apa kita mengingati isi pelajaran itu ? Di sinilah kita mesti fikirkan ganjarannya. Ganjaran yang kita perolehi apabila kita mengingati bahan dan isi pelajaran ialah semasa berada dalam dewan peperiksaan dan apabila menerima keputusan peperiksaan.

Di dewan peperiksaan, sekiranya anda dapat mengingat kembali ilmu-ilmu yang telah dipelajari, anda tentu merasa gembira dan senang hati. Inilah ganjaran yang diperolehi. Apabila anda menerima keputusan dan mendapat keputusan yang cemerlang, di sinilah letaknya ganjaran anda mengingat. Anda merasa puas hati kerana dengan usaha anda mengingat itu, anda telah mendapat ganjaran yang setimpal.

Oleh yang demikian, sebagai pelajar anda mestilah melatih minda anda supaya memberi keutamaan kepada mengingati bahan pelajaran untuk masa hadapan, iaitu pada akhir persekolahan anda bagi menghadapi peperiksaan. Anda mesti fikir bahawa perkara yang anda lakukan itu, iaitu mengingati bahan pelajaran adalah berharga bagi anda sebagai seorang pelajar.


Menerima Ilmu

MENERIMA ilmu satu pilihan, bermakna kita mesti mempunyai keupayaan untuk memilih ilmu atau bahan pelajaran yang perlu diingati. Sebelum menerima ilmu pengetahuan dan berhasrat untuk mengingat ilmu pengetahuan itu, anda perlu mengambil langkah-langkah berikut:

    Baca sepintas lalu dahulu dan dapatkan idea keseluruhan daripada bahan bacaan itu. Kalau boleh tuliskan dalam bentuk kata kunci atau bentuk ringkas. Pada peringkat ini mungkin anda belum memahami dengan betul idea yang hendak disampaikan oleh penulis.

    Setelah mencatat ringkasan bacaan itu, anda perlu memikirkan apakah bahan atau kata kunci yang perlu diingat. Pada peringkat ini, anda hendaklah mencari soalan-soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan atau ujian pada tahun-tahun lepas. Berdasarkan soalan-soalan itu, anda boleh mengenal pasti kata kunci yang penting misalnya dalam pelajaran Sains, Bab Mikrobiologi, pertanyaan yang mungkin timbul ialah ‘Apakah yang dimaksudkan dengan mikroorganisma’? Berdasarkan soalan ini, anda hendaklah mencatatkan takrif mikro-organisma, kepentingan mikroorganisma dan contoh-contoh mikro-organisma yang mudah.

    Sekarang anda telah mengenal pasti bahan yang perlu diingat. Sebelum mengingat, fikirkan kembali soalan itu dan tajuk perkara yang akan diingat. Mungkin anda boleh lakukan perkara ini dua minit sebelum mengingat.

    Anda boleh mengingat dengan dua cara, iaitu sedikit demi sedikit ataupun sekaligus. Sedikit demi sedikit, tumpukan perhatian kepada perkataan tersebut – cuba ingat dengan menulis kembali atau melafazkannya dengan lisan atau mengucapkannya dalam hati. Apabila dirasakan telah ingat, teruskan kepada isi pelajaran yang seterusnya. Jika mengingat sekaligus, baca dan fahami semua isi kandungan pelajaran itu, tulis kembali apa yang hendak diingat atau berkata-kata dalam hati atau lafazkan apa yang hendak diingatkan itu.

    Perkara yang harus diingat ialah apabila anda hendak mengingat, sekiranya badan terasa letih atau fikiran terawang-awang, berhenti dahulu daripada mengingat dan berehatlah sebentar. Selalunya selepas lebih kurang 1 jam anda mengingat sesuatu perkara, badan akan berasa letih. Apabila letih, tunaikanlah sembahyang sunat atau melihat keindahan alam atau bergembira sebentar dengan keluarga. Apabila sudah merasa tenang, mulakan kembali mengingat pelajaran itu, iaitu terus tulis atau ucapkan apa yang hendak anda ingat itu.


Mengamal Ilmu

MENGAMALKAN ilmu satu kesepaduan, bermakna anda mesti menghubungkaitkan ilmu itu di antara satu sama lain. Penting juga mengaitkan ilmu itu dengan nilai-nilai dan masyarakat kita. Dalam pelajaran Sains umpamanya, banyak istilah dalam bahan pelajaran ditulis dan Bahasa Inggeris. Oleh itu sangat penting anda mengetahui Bahasa Inggeris supaya lebih senang mengingat.

Misalnya istilah fototropisme (phototropism). Sekiranya anda tahun bahawa foto (photo) itu bermakna berkaitan dengan cahaya dan tropisme (tropism) berkaitan dengan gerak balas, dengan senang anda dapat membuat telahan bahawa fototropisme berkaitan dengan pergerakan tumbuhan menghala kepada cahaya. Begitu juga istilah fotosintesis. Istilah ini berasal daripada dua perkataan, iaitu ‘photo’ dan ‘synthesis’. Dengan mengetahui makna ‘photo’ dan ‘synthesis’, pelajar dapat mengingat maknanya dengan senang.

Di samping itu ada istilah yang menggunakan awalan yang memberi gambaran tertentu, seperti awalan:

    mikro, contohnya mikroorganisma.
    homo, contohnya homogen dan homozigot
    hetero, contohnya heterogen dna heterotrof

Seandainya anda menganalisa perkataan awalan dan perkataan berikutnya dan dengan senang anda dapat mengingat contoh-contoh yang diberi, ternyatalah istilah-istilah yang dicipta oleh ahli pendidik itu mempunyai nilai dan makna yang tertentu. Dengan mengetahui asas daripada istilah itu akan menyenangkan anda mengingat maksud istilah tersebut.

Mengamalkan ilmu juga berkaitan dengan diri anda. Anda akan senang mengingat sesuatu apabila anda melakukannya atau perkara itu ada kaitan dengan anda. Dalam pelajaran yang terdapat latihan amali, seperti Sains dan Geografi, kerja amali atau kerja lapangan yang dilakukan itu boleh menambahkan daya ingatan anda. Menulis sesuatu perkara juga boleh menambahkan daya ingatan anda terhadap apa yang anda tulis.

Dalam hal-hal tertentu, kita boleh mengingat sesuatu perkara sekiranya ‘terpaksa’. Ini semuanya berkaitan dengan emosi. Kita akan merasa tidak perlu mengingat sekiranya sesuatu itu tidak bernilai kepada kita. Jadi, kita mesti menghubungkan sesuatu perkara yang dipelajari itu untuk diamalkan supaya ia lebih bermakna kepada kita.


Meningkatkan Daya Ingatan dengan Minda

Berkaitan dengan emosi itu, kita boleh meningkatkan daya ingatan kita dengan latihan minda melalui dua cara, iaitu:

    bercakap positif terhadap daya ingatan.
    Mempercayai daya ingatan dan imaginasi.

A. Bercakap Positif Terhadap Daya Ingatan

SECARA sedar atau tidak, kita sebenarnya selalu berkata-kata dengan diri kita sendiri. Kita selalu memberitahu sesuatu tentang diri kita kepada diri kita sendiri. Ahli psikologi telah membuktikan bahawa di antara percakapan kita dengan diri kita sendiri, secara mudah dibahagikan kepada dua, iaitu bercakap positif dan satu lagi bercakap negatif. Darjah atau kekuatan percakapan kita itu daripada segi nilainya bergantung pada diri kita sendiri. Mungkin kita bercakap terlalu positif tentang diri kita atau mungkin juga kita bercakap terlalu negatif pada diri kita. Dengan mengenal diri sendiri, kita akan mengetahui apa yang kita cakapkan pada diri kita.

Bagi meningkatkan daya ingatan, kita mestilah merasakan bahawa daya ingatan kita bertambah kuat dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa. Bukanlah sesuatu yang aneh kita bercakap dengan diri kita sendiri. Bercakap pada diri sendiri yang dimaksudkan di sini ialah berkaitan dengan minda kita. Ini semua berlaku dalam minda kita.

Awas, jangan menyalahertikan bahawa bercakap dengan diri sendiri itu sebagai kelupusan akal!

Cuba fikirkan sebentar tentang diri anda sekarang. Dua tahun yang lalu, anda mungkin tidak mengetahui banyak istilah. Sekrang anda telah mengetahui banyak istilah. Ada istilah Matematik, ada istilah Sains dan ada istilah Bahasa. Semakin hari semakin banyak istilah yang anda ketahui dan perolehi. Ini menunjukkan bahawa diri anda semakin bertambah ilmunya dan dengan sendirinya daya ingatan anda turut bertambah.

Fikirkan bahawa setiap hari melalui pancaindera, kita memperolehi maklumat.

Kenapa anda boleh mengingati masakan emak anda yang sedap itu? Kemudian anda buat perbandingan dengan masakan emak kawan anda. Anda telah berfikir dan menggunakan proses membanding untuk mengingati masakan emak anda.

Seterusnya anda menilai masakan mana yang sedap dan membuat keputusan. Ini adalah satu aliran pemikiran yang mudah untuk menyatakan bahawa masakan emak anda itu sedap. Hal ini hanya anda sahaja yang dapat menyatakannya kerana anda mempunyai daya ingatan. Daya ingatan anda bertambah dengan pengalaman yang baru. Anda tentu boleh memilih restoran mana yang sedap masakannya. Pilihan ini disebabkan daya ingatan anda bertambah. Ini berkaitan dengan pancaindera anda, iaitu sentuhan – rasa masakan.

Organ deria kita seperti mata, telinga, hidung dan kulit boleh menguatkan ingatan kita terhadap sesuatu perkara. Dalam kes merasa makanan tadi, lidahlah yang berperanan. Oleh yang demikian, organ-organ deria yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita menyebabkan daya ingatan kita meningkat.

Kalau kita selalu lupa, ini sebenarnya menunjukkan bahawa kita selalu bercakap negatif dengan diri kita dan tidak memberi perhatian tentang rangsangan yang dikesan oleh pancaindera kita. Kita mesti yakin bahawa setiap saat daya ingatan kita bertambah.

Daya ingatan kita akan semakin bertambah dengan usaha kita sendiri. Misalannya kalau kita diajar sesuatu ilmu, kemudian kita mengamalkannya untuk diri kita, dengan sendirinya ingatan kita terhadap ilmu itu bertambah. Ingatan terhadap ilmu itu akan bertambah lagi sekiranya kita menerangkan ilmu itu kepada orang lain. Daripada kajian yang dibuat, didapati bahawa seseorang yang mengajar atau memberitahu orang lain tentang sesuatu maklumat, ingatannya tentang perkara itu boleh mencapai 95%. Ini adalah bukti bahawa aktiviti tertentu boleh meningkatkan daya ingatan kita.

Amalan kita ‘bercakap’ dengan diri kita akan menambahkan lagi daya ingatan kita. Dengan itu selalulah kita berkata, "Daya ingatan saya meningkat dari hari ke hari."

Pelbagai latihan boleh dijalankan bagi menghentikan kita daripada mengatakan bahawa daya ingatan kita lemah. Antara cara yang paling senang ialah dengan mengingat kembali apa yang berlaku pada diri kita setiap hari.

Contohnya, sebelum tidur cuba fikirkan dan ingatkan apa yang anda lakukan, bermula dari pagi hingga masa anda hendak tidur. Misalnya anda ingat tentang bangun tidur, gosok gigi, mandi dan sembahyang Subuh. Seterusnya anda boleh memikirkan dan mengingati peristiwa yang berlaku pada diri anda berdasarkan masa. Pukul 7.30 pagi apakah yang anda buat. Pukul 8.00 pagi apakah yang berlaku? Pukul 9.00 pagi apakah yang anda lihat? Pukul 10.00 pagi apakah yang terjadi? Dan seterusnya hingga ke saat anda memikirkan tentang perkara-perkara itu. Dengan usaha ini, minda anda sentiasa diasuh untuk mengingat. Latihan yang berterusan dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu akan menghasilkan daya ingatan yang baik.

Anda juga boleh melatih diri anda memikir dan mengingat perkara-perkara yang telah lalu, iaitu perkara-perkara yang baik yang boleh merangsang peningkatan daya ingatan anda, misalnya kejayaan anda dalam pelajaran atau peperiksaan. Sekiranya anda tidak dapat mengingat atau berfikir, tentu anda tidak akan mendapat kejayaan itu. Dengan memikirkan tentang perkara ini dan menyatakan bahawa anda sedang mengingat, daya ingatan anda akan meningkat dari hari ke hari.

Oleh yang demikian, asuhlah diri anda supaya menghentikan pemikiran yang membawa erti daya ingatan anda lemah. Justeru itu cuba hindarkan menyebut, "Saya tidak tahu", "Saya cepat lupa", "Saya tidak ingat", "Entah, saya tidak tahu" dan sebagainya. Ayat-ayat atau sebutan-sebutan ini akan menyebabkan daya ingatan anda menjadi lemah. Amalkan menyebut kata-kata yang positif, seperti "Biar saya fikir dahulu", "Saya cuba sekarang", "Saya akan laksanakan" dan sebagainya. Sebutan-sebutan atau ayat-ayat seperti ini merangsang minda anda untuk berfikir dan mengingat. Dengan sendirinya daya ingatan anda bertambah. Teknik menggunakan kuasa perkataan adalah sangat penting dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi.

Sebagai rumusannya, kita berusaha untuk mempunyai keyakinan bahawa kita mempunyai daya ingatan yang kuat. Jika kita ada kemahuan ke arah itu, daya ingatan kita akan bertambah dan meningkat. Selepas kita berikhtiar, haruslah kita berserah kepada Allah, moga-moga segala apa yang kita hajati itu akan dimakbulkan-Nya. Allah sentiasa memberkati usaha ke arah kebaikan dan kita berharap dengan bertambahnya daya ingatan kita, kita akan menjadi hamba Allah dan pelajar (insan) yang terbaik – untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, hentikanlah daripada mengatakan bahawa daya ingatan kita lemah. Mulailah berkata bahawa daya ingatan kita meningkat dari masa ke semasa. Semoga Allah memberhati usaha kita ini.

B. Mempercayai Daya Ingatan dan Imaginasi

ANDA sudah mula membaca tulisan ini. Kenapa anda membacanya? Fikirkan sebentar mengapa anda membaca tulisan ini. Anda boleh memberi beberapa alasan. Orang lain juga boleh memberi alasan yang sama atau tidak sama dengan alasan yang anda kemukakan. Secara sedar atau tidak, satu daripada alasan mengapa anda membaca tulisan ini ialah kerana anda mempunyai kepercayaan bahawa anda mampu dan boleh membaca tulisan ini. Maknanya anda mempunyai keyakinan bahawa abjad yang disusun sedemikian rupa boleh memberi suatu pengertian dan maklumat kepada anda.

Kepercayaan pada Daya Ingatan

SANGATLAH penting mempunyai satu kepercayaan terhadap sesuatu yang anda lakukan. Jika anda fikir anda tidak boleh membaca tulisan ini, tentulah anda tidak akan membaca hingga had ini. Keyakinan dan kepercayaan anda pada diri sendiri merupakan anugerah Allah kepada makhluk-Nya. Anugerah ini mestilah anda gunakan dengan sebaik-baiknya agar anda dapat menuju ke arah untuk menjadi seorang insan yang sempurna di dunia dan akhirat. Apabila anda mempunyai kepercayaan, umpamanya terhadap sesuatu aktiviti, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan senang. Dengan sendirinya kekangan aktiviti itu dapat dikurangkan ataupun ditiadakan.

Misalan yang paling dekat ialah diri anda sendiri. Anda percaya pada diri anda sendiri bahawa anda boleh membaca tulisan ini sampai habis. Jika diizinkan Allah, hasrat anda itu akan terlaksana. Fikirkan sekarang, adakah anda percaya bahawa anda boleh menghabiskan membaca artikel ini? Kalau anda jawab ‘ya’ secara ikhlas dan jujur, teruskan membaca artikel ini sehingga habis.

Secara mudah, bolehlah kita rumuskan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu adalah penting untuk mendapatkah hasil atau ‘output’ yang kita harapkan. Begitu juga dengan meningkatkan daya ingatan kita ialah kepercayaan kita terhadap daya ingatan dan imaginasi kita sendiri.

Jika minda kita mengakui dan percaya terhadap daya ingatan kita, dengan sendirinya daya ingatan kita akan bertambah. Bagaimanakah kita boleh membuktikan bahawa kita percayakan ingatan kita itu?

Pelbagai cara boleh digunakan untuk membuktikan bahawa kita mempunyai ingatan dan kita percaya akan ingatan kita itu. Cara yang paling senang ialah dengan mengenang kembali kisah silam.

Sekarang lakukan aktiviti-aktiviti berikut:

        Kosongkan minda anda sekarang.
        Fikirkan satu peristiwa manis yang telah anda alami.
        Cuba bayangkan dalam minda anda urutan peristiwa tersebut.
        Kemudian pejamkan mata. Sekarang fikirkan dan bayangkan urutan peristiwa tersebut sekali lagi. Ingat! Pejamkan mata anda.

Ingatan terhadap peristiwa manis yang menjadi kenangan ini dapat anda rasai kembali dengan adanya kepercayaan bahawa daya ingatan anda kuat dan boleh mengingat peristiwa itu.

Begitu juga, air mata kita mungkin berlinang jika kita mengingat urutan peristiwa yang manyayat hati kita. Ini semuanya bergantung pada kepercayaan terhadap daya ingatan kita.

Kepercayaan Terhadap Imaginasi

KEPERCAYAAN terhadap daya ingatan ini dapat dilengkapkan dengan adanya kepercayaan kita terhadap imaginasi. Banyak perkara boleh dibicarakan tentang imaginasi, tetapi dalam kaitannya terhadap meningkatkan daya ingatan, imaginasi lebih merupakan latihan kepada minda kita. Anak-anak kecil lebih banyak berimaginasi daripada orang dewasa.

Apabila mengingati peristiwa yang indah dan manis, kadangkala kita mengimaginasikan ia telah berulang kembali. Kita berimaginasi sehingga ada masanya menyentuh perasaan, sehingga menyebabkan kita menangis atau tersenyum sendiri. Ini menunjukkan bahawa kita percaya pada daya ingatan dan imaginasi kita, sehingga kita berasa gembira atau sebaliknya.

Kita mestilah percaya akan imaginasi untuk meningkatkan daya ingatan kita. Pelajar selalu melakukan aktiviti yang berkaitan dengan percaya akan daya ingatan dan imaginasi. Misalnya, cuba fikirkan bagaimana anda hendak berjumpa dengan Pengetua pada esok hari untuk berbincang tentang aktiviti pelajar. Di sini anda akan mengimaginasikan aktiviti tersebut berdasarkan daya ingatan yang lalu ketika bertemu dengan Pengetua. Ingatan anda akan memberi maklumat tentang tatacara untuk berjumpa dengan Pengetua, kemudian anda boleh membuat imaginasi. Contoh imaginasi yang boleh anda buat:

(a) Anda keluar dari bilik asrama.

(b) Anda membawa buku nota untuk dibincangkan dengan Pengetua.

(c) Anda pergi ke tempat kawan yang akan bersama-sama anda berjumpa Pengetua.

(d) Anda keluar dari kawasan asrama dan berjalan menuju ke pejabat Pengetua.

(e) Anda boleh mengimaginasikan semasa berjalan menuju ke pejabat Pengetua, anda akan melintasi dewan makan, surau dan dewan besar.

(f) Anda akan berjumpa dengan penyambut tetamu di pejabat Pengetua.

(g) Anda boleh bayangkan cara anda bercakap, cara kawan anda bercakap dan cara Pengetua menyambut hujah-hujah anda berdua.

Latihan

Sebagai latihan untuk menpercayai daya ingatan dan imaginasi, anda boleh lakukan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Aktiviti beli barang: Sekiranya anda hendak ke kedai untuk membeli barang harian, anda boleh lakukan aktiviti ini. Katakan anda hendak membeli pensel, dakwat, buku, nota, setem, berus gigi, kapur, kasut getah pemadam, pembaris dan sampul surat. Ada 10 barang yang hendak dibeli. Langkah pertama anda senaraikan barang-barang tersebut dalam dairi atau kertas. (Boleh digunakan kaedah Mnemonik kalau anda sudah tahu menggunakannya). Baca nama barang-barang itu. Apabila hendak pergi ke bandar, tinggalkan senarai barang itu di rumah. Anda ingatkan bahawa anda hendak membeli 10 jenis barang. Tidak payahlah anda hafalkan sangat. Perilah ke kedai macam biasa. Apabila sampai di kedai, ingati kembali barang-barang yang hendak dibeli. Anda harus ingat, ad 10 barang yang hendak dibeli. Kalau anda percaya akan daya ingatan anda, anda tentu boleh mengingat semua barang itu.

2. Aktiviti istilah baru: Anda sediakan buku kecil atau kad. Setiap kali selepas kelas, dengan segera tuliskan pada kad tersebut istilah atau perkataan yang baru pertama kali anda dengar. Pada akhir persekolahan hari ini, tentu anda ada beberapa istilah. Baca dan kiralah berapa istilah atau perkataan baru yang anda temui hari itu. Katakan anda telah perolehi 15 istilah baru. Pada malam nanti, sebelum tidur, cuba anda ingat dan fikirkan istilah-istilah tersebut. Ataupun anda boleh cuba memikirkan istilah-istilah itu pada keesokan harinya. Latihan begini akan meningkatkan daya ingatan anda.

3. Aktiviti memberi penerangan: Sekiranya anda membaca artikel seperti ini, mestilah ada tujuan atau matlamatnya. Bagi aktiviti ini, antara matlamat utama membaca ialah untuk menerangkan isi kandungan artikel tersebut pada kawal baik anda. Oleh yang demikian, anda akan membaca dan memahami artikel ini. Tuliskan maklumat yang hendak anda sampaikan kepada kawan anda itu. Pada keesokan harinya, anda berikan maklumat yang ada dalam artikel yang anda baca itu kepada kawan anda. Dengan memberi penerangan kepada kawan anda tanpa melihat kertas nota, anda telah memberi kepercayaan kepada daya ingatan anda. Dengan adanya matalamat dan percaya akan daya ingatan, anda tentu boleh menerangkan isi kandungan artikel ini dengan mudah.

Anda tentu boleh memikirkan strategi dan aktiviti lain yang sama seperti di atas untuk memberi kepercayaan kepada daya ingatan dan imaginasi anda.

Secara am, sebenarnya untuk meningkatkan daya ingatan, kita mesti percaya pada diri kita. Kitalah yang mengetahui dan kenal diri kita. Kita percayakan diri kita bahawa kita boleh lakukan sesuatu. Kita percayakan diri kita bahawa kita makhluk yang istimewa. Kita percayakan diri kita bahawa kita boleh meningkatkan daya ingatan kita. Seterusnya kita memberi kepercayaan kepada daya ingatan kita. Apabila kita telah percaya pada daya ingatan kita, orang lain juga akan percaya pada daya ingatan kita.

Rumusan

MEMPUNYAI daya ingatan yang kuat sememangnya diingini oleh semua orang. Keinginan ini mesti disertai dengan kemahuan untuk berusaha. Kata orang, kalau hendak seribu daya dan di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Dengan mempercayai daya ingatan kita sendiri, kita akan berjaya meningkatkan daya ingatan kita. Semoga usaha kita untuk ke jalan yang benar itu diredai oleh Allah Taala.

Telah dikemaskini dari sumber asal source

ALHAMDULILLAH