FB Like

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, September 19, 2016

Bagaimana membina PERNIAGAAN yang BERJAYA? - Perkongsian DR.AZIZAN OSMAN


 Anda meniaga? Ingin tahu cara mebina PERNIAGAAN YANG BERJAYA? Saksikan video ini. Lebih dari 100 Ribu orang telah view video ini. InsyaAllah Anda akan dapat banyak MANFAAT! 

Selamat Berusaha dan saya doakan anda berjaya dalam semua perkara yang anda lakukan! Amin...


Berikut adalah buku keluaran Dr. Azizan Osman. Mudahnya Berniaga
>>> Klik SINI untuk dapatkan buku MUDAHNYA BERNIAGA : Dari kosong menjadi Jutawan!. <<<<


SINOPSIS:
Dari kosong menjadi jutawan? Nak tahu bagaimana? Bacalah sebanyak mana pun buku teori perniagaan, ianya tak tentu lagi akan berguna atau membantu anda menjadi seorang usahawan dan jutawan yang berjaya.
Agak keras bunyinya, tapi itulah hakikat. Teori perniagaan yang mungkin ramai antara anda telah belajar dan lulus dengan cemerlang ketika zaman sekolah dulu tak tentu lagi boleh membantu anda membina sebuah perniagaan.
Dr Azizan Osman juga pada satu ketika adalah salah seorang yang selalu membaca buku dan menghafal segala teori perniagaan. Tapi akhirnya, beliau gagal juga dalam perniagaan-perniagaan awalnya dahulu.
Mengapa?
Beliau juga pernah menghadapi masa sukar dalam hidup sehingga terpaksa menggadaikan rumah ibunya sendiri. Ditambah pula dengan kesukaran mendapatkan Mentor yang sudi untuk memberi tunjuk ajar tentang perniagaan kepada beliau. Dari kegagalan itulah beliau banyak belajar dan membentuk diri beliau sehingga mampu memiliki 27 buah perniagaan sekarang ini. Dan kerana itulah beliau mahu berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai anak bangsa untuk berjaya dalam perniagaan.
Dengan cabaran ekonomi dunia dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai orang hari ini cuba mencari peluang membina kewangan dan pendapatan sampingan dengan berniaga. Dan akhir-akhir ini, permintaan untuk buku-buku perniagaan semakin tinggi. Lambakan buku-buku bisnes hasil tulisan pakar-pakar dari luar negara seolah-olah tidak cukup untuk memenuhi permintaan yang ada.
Isunya, buku-buku yang ada di pasaran kadang-kadang adalah bersandarkan teori semata-mata. Ada juga yang tidak ditulis secara menyeluruh, hanya sekadar menyentuh beberapa perkara-perkara asas sahaja. Lantaran dari itulah timbulnya idea untuk Dr Azizan menulis buku Mudahnya Berniaga sebagai panduan yang khusus kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan dengan sangat mudah.
Buku yang mengandungi hampir 300 muka surat ini memiliki kandungan asas perniagaan yang sangat lengkap. Ianya ditulis dengan harapan, sebaik sahaja membaca buku ini, anda terus yakin dan mampu memulakan perniagaan dengan mudah serta cara memasarkan perniagaan anda dengan kos yang sangat minimum atau tanpa kos langsung.
Mudahnya Berniaga adalah satu ‘Handbook’ lengkap yang InsyaAllah dapat membantu memberi panduan untuk anda memulakan perniagaan walaupun anda masih bekerja atau tidak bekerja. Buku Mudahnya Berniaga padat dengan ilmu asas bagaimana anda boleh memulakan perniagaan, memilih dan mentadbir perniagaan, melakukan pemasaran dan bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya dunia dan akhirat.
InsyaAllah anda tak akan rugi jika memiliki buku ini, apatah lagi bila anda boleh menjana pendapatan ratusan hingga puluhan ribu sebulan.

Bagaimana membina PERNIAGAAN yang BERJAYA? - Perkongsian DR.AZIZAN OSMAN


 Anda meniaga? Ingin tahu cara mebina PERNIAGAAN YANG BERJAYA? Saksikan video ini. InsyaAllah dapat banyak MANFAAT! 

Selamat Berusaha dan saya doakan anda berjaya dalam semua perkara yang anda lakukan! Amin...


Berikut adalah buku keluaran Dr. Azizan Osman. Mudahnya Berniaga
>>> Klik SINI untuk dapatkan buku MUDAHNYA BERNIAGA : Dari kosong menjadi Jutawan!. <<<<


SINOPSIS:
Dari kosong menjadi jutawan? Nak tahu bagaimana? Bacalah sebanyak mana pun buku teori perniagaan, ianya tak tentu lagi akan berguna atau membantu anda menjadi seorang usahawan dan jutawan yang berjaya.
Agak keras bunyinya, tapi itulah hakikat. Teori perniagaan yang mungkin ramai antara anda telah belajar dan lulus dengan cemerlang ketika zaman sekolah dulu tak tentu lagi boleh membantu anda membina sebuah perniagaan.
Dr Azizan Osman juga pada satu ketika adalah salah seorang yang selalu membaca buku dan menghafal segala teori perniagaan. Tapi akhirnya, beliau gagal juga dalam perniagaan-perniagaan awalnya dahulu.
Mengapa?
Beliau juga pernah menghadapi masa sukar dalam hidup sehingga terpaksa menggadaikan rumah ibunya sendiri. Ditambah pula dengan kesukaran mendapatkan Mentor yang sudi untuk memberi tunjuk ajar tentang perniagaan kepada beliau. Dari kegagalan itulah beliau banyak belajar dan membentuk diri beliau sehingga mampu memiliki 27 buah perniagaan sekarang ini. Dan kerana itulah beliau mahu berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai anak bangsa untuk berjaya dalam perniagaan.
Dengan cabaran ekonomi dunia dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai orang hari ini cuba mencari peluang membina kewangan dan pendapatan sampingan dengan berniaga. Dan akhir-akhir ini, permintaan untuk buku-buku perniagaan semakin tinggi. Lambakan buku-buku bisnes hasil tulisan pakar-pakar dari luar negara seolah-olah tidak cukup untuk memenuhi permintaan yang ada.
Isunya, buku-buku yang ada di pasaran kadang-kadang adalah bersandarkan teori semata-mata. Ada juga yang tidak ditulis secara menyeluruh, hanya sekadar menyentuh beberapa perkara-perkara asas sahaja. Lantaran dari itulah timbulnya idea untuk Dr Azizan menulis buku Mudahnya Berniaga sebagai panduan yang khusus kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan dengan sangat mudah.
Buku yang mengandungi hampir 300 muka surat ini memiliki kandungan asas perniagaan yang sangat lengkap. Ianya ditulis dengan harapan, sebaik sahaja membaca buku ini, anda terus yakin dan mampu memulakan perniagaan
dengan mudah serta cara memasarkan perniagaan anda dengan kos yang sangat minimum atau tanpa kos langsung.
Mudahnya Berniaga adalah satu ‘Handbook’ lengkap yang InsyaAllah dapat membantu memberi panduan untuk anda memulakan perniagaan walaupun anda masih bekerja atau tidak bekerja. Buku Mudahnya Berniaga padat dengan ilmu asas bagaimana anda boleh memulakan perniagaan, memilih dan mentadbir perniagaan, melakukan pemasaran dan bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya dunia dan akhirat.
InsyaAllah anda tak akan rugi jika memiliki buku ini, apatah lagi bila anda boleh menjana pendapatan ratusan hingga puluhan ribu sebulan.

Tuesday, November 12, 2013

TIPS:Merawat Demam Menurut Islam


Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”
“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”
Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air
Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”
Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.
Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)
Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.
Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar) 

Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

sumber: http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=254:kaedah-merawat-demam-menurut-islam&catid=42:artikal&Itemid=367

Monday, August 12, 2013

Diet Belanja Cegah Kempis Selepas Raya


BIARPUN banyak atau sedikit, peruntukan kewangan amat penting bagi mempersiapkan diri menghadapi Aidilfitri. Segalanya perlu diambil kira. Daripada pakaian baru, peruntukan duit raya, kos perjalanan pulang ke kampung hinggalah ke juadah makanan. Semuanya menjadi bajet yang perlu diberikan perhatian.

Ini semua sebenarnya, tidak menimbulkan masalah kewangan andai seseorang itu telah membuat perancangan lebih awal. Katalah perancangan telah dibuat semenjak awal tahun 2013 dahulu lagi. 

Namun begitu, yang menjadi masalahnya, tak berapa kerat sahaja di antara kita yang sudah benar-benar bersedia dengan bajet menyambut hari raya dengan erti kata yang sebenarnya. Kebanyakan daripada kita mempunyai ciri bajet impromptu iaitu bajet membujur lalu melintang patah. 

Bajet jenis ini boleh dikatakan, berbelanja ikut keadaan selagi ada modal sampailah keadaan kewangan menyusut, di mana tatkala itu barulah secara paksa masing-masing mengikat perut, menjerut tekak dan memejamkan mata terhadap apa jua di sekeliling mereka.

Bagi mereka yang berkemampuan, tidaklah timbul masalah baik sebelum atau selepas hari raya. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak berhemah ketika berbelanja atau memiliki tabungan yang tidak cukup selepas cuti raya? Bukankah itu mengundang sesak nafas jadinya.

Sebenarnya, tempoh setahun untuk menyambut Aidilfitri berikutnya adalah mencukupi untuk mengumpul bajet kewangan, sekali gus terhindar daripada bebanan hutang dan krisis kewangan menjelang dan selepas musim perayaan itu.
Selama 12 bulan dalam setahun, mustahil kita tidak boleh menyimpan sedikit daripada jumlah pendapatan bulanan kita untuk mendapatkan bajet hari lebaran yang mencukupi . 

Memanglah sukar jika kita terpaksa mengasingkan sedikit pendapatan bulanan. Namun, jika dikaji kesannya, tidakkah ia akan menguntungkan kita? Tidaklah kita sakit kepala apabila musim perayaan ini menjelang tiba. Inilah yang patut kita buat untuk menyambut Aidilfitri 2013 ini. Atau kalau tak sempat, kita patut berusaha daripada sekarang untuk lebih selesa menyambut Aidilfitri 2014 yang akan datang.

Menjelang hari raya pola perbelanjaan kita tentunya berlainan daripada kebiasaan. Manakan tidak? Di sepanjang bulan puasa lagi kita sudah begitu boros berbelanja. Ketika perut sedang berkeroncong, waktu itulah kita menapak menelusuri jajaran gerai di pasar Ramadan. 

Apa yang terlihat semuanya menggoda, apa yang terbau semuanya sedap belaka. Pendek kata, ikan cincaru masin pun tampak menyelerakan dan sedap seperti daging rusa salai pada waktu dan saat itu. Sedar tak sedar, paling kurang RM30 selesai dibelanjakan setiap petang menjelang tiba.

Beberapa hari menjelang lebaran, ada suri rumah yang telah mula membuat kuih-muih, atau paling tidak membeli beberapa jenis kuih raya yang ada dijual di mana-mana.
Ada juga yang bercadang untuk menggantikan kain langsir, mengecat rumah, mengganti kusyen dan membeli barang kemas untuk perhiasan diri.
Ini semua memerlukan perkiraan. Bukan sewenangnya boleh dilakukan jika kita mahu menjaga bajet supaya tidak defisit di bulan berikutnya. Mujurlah sekarang kiriman kad raya sudah hilang polularitinya. Jika tidak, maka akan bertambahlah bajet kita jadinya.

Bagi sang suami pula, belanjawan bunga api (yang tidak berbahaya ) untuk anak-anak, membeli pakaian untuk ahli keluarga, kos menghantar kereta untuk diservis, kos minyak, kos jajan dalam perjalanan dan kos tol untuk pulang berhari raya di kampung halaman juga tidak harus dilupa, malah ada juga yang kepingin untuk beraya dengan kereta baharu. Ini juga perlukan perkiraan wajar. Begitu banyak sekali godaan tiba menerusi gimik iklan di mana-mana.
Bagi yang baru berumah tangga, tentunya kemeriahan untuk beraya kali pertama di rumah ibu bapa mertua mengatasi segalanya. Ada yang pasang badan untuk menjaga saham berbanding ipar duai mereka.
Ada juga yang pulang beraya dengan segalanya serba baharu. Baju melayu baharu, seluar baharu, tudung baharu, baju kurung baharu, telefon bimbit baharu dan bermacam lagi gajet yang baharu. 

Kononnya untuk menjaga reputasi diri di mata anak buah dan ipar duai. Ini juga perlukan perkiraan yang teliti sebelum seseorang itu boleh mempamerkan aksi diri.
Untuk anak muda remaja, untuk generasi celik komputer hari ini, baik lelaki mahupun perempuan tentunya ada yang kepingin untuk mempunyai gajet raya. Ipad ipod telefon pintar mp4 dan segala macam kaum kerabatnya semua mahu di milikinya. 

Bagi lelaki muda belia yang sudah meninggalkan alam persekolahan, belajar di kolej atau universiti atau baru saja menjenguk ke alam pekerjaan, lain pula keadaannya.
Bajet bulan Ramadan mereka sehingga membawa ke bulan Syawal banyak dipengaruhi oleh pelbagai perkara yang mungkin berlainan sedikit daripada si muda remaja.
Pertama antaranya adalah bajet untuk rokok. Rokok menjadi punca utama sesetengah lelaki yang merokok mengalami kekurangan wang. 

Kira-kira 40% lelaki di Malaysia adalah perokok tak kiralah perokok tegar ataupun tidak. Ini kerana biasanya perokok tegar menghabiskan RM10 untuk sekotak rokok sehari. Kalau sebulan, mahu RM300 dibakar demi memuaskan ketagihan tembakau.
Itu baru sekotak, kalau dua kotak sehari macam mana pula? Oleh itu wahai lelaki, jangan merokok… kerana bajet Aidilfitri anda boleh tunggang terbalik kerananya. 

Yang kedua, ketagihan permainan video dan video permainan maya. Lelaki memang tidak dinafikan sebagai golongan yang kerap serta gemar bermain permainan video serta permainan komputer lain.
Buktinya, lihatlah di cyber cafe, selain penuh dengan kanak-kanak dan remaja , ada juga lelaki yang 'taksub' bermain permainan seperti dota, condition zero, dan banyak lagi permainan yang berbentuk 'strategi' yang memang banyak memakan duit kerana mereka bukannya hanya perlu sejam dua bermain, kadang kala sampai lima jam tanpa henti pun belum tentu berjaya untuk untuk menyudahkan permainan itu.

Ketiga, hobi mengubah suai kenderaan. Bagi sebilangan lelaki yang mat motor serta mat kereta, mereka biasanya mengeluarkan perbelanjaan yang agak banyak untuk mengubah suai kenderaan mereka untuk menjadi lebih canggih, 'berkuasa' serta cantik dipandang mata. Apatah lagi menjelang raya, penuh kedai aksesori menjadi tumpuan sebilangan daripada mereka.

Dalam kalangan kaum perempuan pula, terutama yang muda belia, mereka juga tidak pernah lari daripada masalah bajet. Ini adalah kerana minat dan kegemaran masing-masing. Jika tabiat atau minat ini tidak dikawal menjelang hari raya, maka sudah pasti akan menimbulkan suasana 'kuak lentang' apabila selesai saja mereka menyambutnya.
Minat yang pertama, perempuan memang sinonim dengan membeli-belah. Pendek kata, perempuan dan shopping memang istilah yang tidak boleh dipisahkan. Perempuan suka mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli belah pakaian yang baharu dan sebagainya dengan banyak. 

Contohnya: Kalau baju biru, kain pun nak biru, malah kasut dan tudung pun nak yang warna biru juga. Ini agak membazir jika ia di lakukan secara kerap dan mempunyai banyak pasang pakaian, kasut dan sebagainya yang pelbagai warna yang dibeli dan disimpan selepas digunakan cuma sekali dua sahaja.
Yang kedua, mekap dan aksesori kecantikan. Sesetengah perempuan suka sangat ingin penampilan mereka sentiasa cantik dan menawan. Ini tak salah, cuma agak-agaklah sedikit. 

Ini kerana perbelanjaan untuk membeli bedak asas, bedak, lipstik, celak, maskara, pewarna muka dan sebagainya agak mahal lebih-lebih lagi jika digunakan sepanjang hari.
Itu baru pada bahagian muka, belum lagi bahagian rambut/tudung, rawatan kuku, terapi kaki, barangan kemas, dan sebagainya. Jika mahu diperincikan satu persatu ,mesti banyak sekali.
Ketiga, penjagaan badan secara keseluruhan seperti mandian lulur satu badan, membuang lemak, mengempiskan perut dan sebagainya. 

Ada juga perempuan yang biasanya sudah bekerja serta suri rumah yang ingin menjadikan seluruh wajah atau badan mereka sentiasa cantik dan anggun untuk menarik minat lelaki lain ataupun untuk mengelakkan si-suaminya lari.
Namun demikian kos untuk 'menyelenggarakan badan' mereka sememangnya mahal. Kosnya mungkin boleh mencecah beribu ringgit walaupun cuma hendak membedah hidung yang penyek menjadi lebih mancung.
Itu baru servis hidung, belum lagi bibir nipis yang mahu ditebalkan, wajah dan sebagainya. Ada yang juga mengambil suntikan bulanan vitamin C, botox dan macam-macam untuk menjadikan wajah dan penampilan mereka lebih anggun dan menawan. 

Memandangkan segala perbelanjaan ini sudah seperti menjadi rutin bulanan, maka semestinya ia akan mempunyai impak yang sangat besar apabila menjelang musim-musim perayaan dengan mengambil kira perbelanjaan lain yang turut ada tersenarai pada waktu dan ketika yang sama.
Masalah kekeringan bajet ini jika mahu diperincikan satu per satu memang tidak akan ada penghujungnya. Jika pada ketika hari biasa ia sudah menampakkan kesan, apatah lagi jika tabiat itu tidak dibendung ketika hampirnya musim perayaan. Maka akan bertambah parah lagi kondisi bajet diri dibuatnya.

Monday, June 17, 2013

ISU PENTING! Isu Syria: 40,000 Rakyat Mati Dibunuh !


Apakah Sebenarnya yang terjadi di Syria sehingga Liga Arab memboikot kerajaan Syria?

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini. Yang memberi taklimat atau talk tentang revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria. (Nota: Video Youtube menunjukkan tentera Basyar Asad menembak mayat yang telah mati.)

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka media barat telah putar belitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

Punca Revolusi

Puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yg berrevolusi. Apabila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.

Kemarahan Rakyat Syria

1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.



Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini serius kejam.
2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanit ini DIROGOL di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

Berita Baik

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. Tapi ada duanegara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana. Oleh Irfan Masiri Islamic Theology and Phylosophy | Group Usrah HRM

ALHAMDULILLAH