FB Like

Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Hadits shahih tentang puasa Muharram



Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Seutama-utama puasa setelah Ramadlan ialah puasa di bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu, ialah shalat malam.” (HR. Muslim no. 1163)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma- dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
“Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- mendatangi kota Madinah, lalu didapatinya orang-orang Yahudi berpuasa di hari ‘Asyura. Maka beliau pun bertanya kepada mereka, “Hari apakah ini, hingga kalian berpuasa?” mereka menjawab, “Hari ini adalah hari yang agung, hari ketika Allah memenangkan Musa dan Kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun serta kaumnya. Karena itu, Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, maka kami pun melakukannya.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kami lebih berhak dan lebih pantas untuk memuliakan Musa daripada kalian.” kemudian beliau pun berpuasa dan memerintahkan kaum puasa di hari itu. (HR. Al-Bukhari no. 3145, 3649, 4368 dan Muslim no. 1130)

Dari Abu Qatadah Al Anshari -radhiallahu anhu- dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa pada hari ‘Asyura`, beliau menjawab: “Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu.” (HR. Muslim no. 1162)

Dari Ibnu Abbas -radhiallahu anhuma-, ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
“Seandainya tahun depan aku masih hidup, niscaya saya benar-benar akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram).” (HR. Muslim no. 1134)

Perintah beliau kepada para sahabat untuk berpuasa 10 muharram menunjukkan puasanya ini hukumnya wajib. Akan tetapi setelah ramadhan diwajibkan, puasa inipun menjadi sunnah, sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama.

Hadits Abu Hurairah di atas menunjukkan bahwa puasa muharram merupakan puasa sunnah yang terbaik dan terutama, dan keutamaannya adalah Allah akan mengampuni semua dosa setahun yang lalu. Hanya saja yang dimaksud dengan semua dosa di sini hanyalah dosa-dosa kecil, karena dosa-dosa besar tidak akan diampuni oleh Allah kecuali dengan taubat dan rahmat dari Allah. Berdasarkan hadits Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Shalat lima waktu dan shalat Jum’at ke Jum’at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadlan berikutnya adalah penghapus untuk dosa antara keduanya apabila dia menjauhi dosa besar.” (HR. Muslim no. 342)

Hadits ini termasuk dalil terbesar yang menunjukkan disyariatkannya mukhalafah (berbeda) dengan ahli kitab, karena tatkala orang-orang Yahudi juga berpuasa pada tanggal 10 muharram, Allah Ta’ala melalui lisan Rasul-Nya menurunkan syariat baru berupa berpuasa pada tanggal 9, dan syariat ini diturunkan semata-mata agar puasa kaum muslimin berbeda dengan puasa yahudi.

Adapun hadits yang memberikan pilihan untuk berpuasa sehari sebelumnya (tanggal 9) atau sehari setelahnya (tanggal 11) maka dia adalah hadits yang lemah. Sehingga puasa hanya dilakukan pada tanggal 9 dan 10.
Hadits ini juga menunjukkan bahwa syariat umat sebelum kita bisa menjadi syariat kita jika Nabi -alaihishshalatu wassalam- menyetujuinya.

Wallahu a'lam.

Sunday, April 28, 2013

Mengapa Penting Sangat Subuh Berjemaah ?



Bismilahirahmanirahim,
Alhamdulillah syukur di pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati kita untuk sentiasa mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.
Sambungan Amalan Sunnah Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri saya. Jika dahulu usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh di Masjid, nak bangun subuh pun susah yang amat. Saya mengaku sebelum ini saya amat ketinggalan dan jahil sekali.
Semoga kesilapan yag lalu tidak berulangi dan saya bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu. Benar, tadi itu kisah di waktu saya belum mengenali diri saya sebenar dan menganggapkan kejayaan dunia lebih penting. Sehinggakan kehidupan yang kekal abadi tak pernah difikirkan. Saya pasti , anda bukan seperti saya dan saya rasa anda lebih mulia dari saya.
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai ulama hadis memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya. Sekiranya kita nampak dia di saf solat Subuh, bolehlah kita katakan yang dia benar-benar beriman.
Tetapi sekiranya sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan Allah yang bernama Solat Subuh ini.
Dalam hadis juga mengatakan , waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula. Pada saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.
“Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.
Allah menjelaskan, “Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)
Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang , kita sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh.
“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)
Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia.
Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.
Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat. Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.
Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang melalaikan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.

p/s:Telah Dikemaskini dari sumber asal.

SUMBER:http://hadzrin.com/2010/06/amalan-sunnah-4-solat-subuh-berjemaah-di-masjid/

Saturday, April 6, 2013

PENTING! AMALAN MUDAH AGAR BEBAS SEKSA KUBUR




Kubur adalah tempat persinggahan kita yang pertama. Kalau mudah di kubur insyaAllah akan mudah pada alam yang  seterusnya, Jika susah dikubur , maka yang seterusnya akan lebih susah lagi. Berikut adalah amalan yang sohih yang mudah di amalkan agar kita terlepas dari azab kubur.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk”(Tabaarakal-Lazi).”

Daripada Annas Ibnu Malik berkata”Nabi s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada Kitab Allah kecuali “ Tabaarakal-Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya Malaikat.Maka Surah itu telah menahan wajahnya dan Malaikat berkata pada Surah itu. Sesungguhnya kamu daripada Kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia(si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadanya.Maka dia pun(surah) menemui Allah S.W.T Dan berkata : “Wahai Tuhanku,sifulan ini(si mati),dia memilih saya dalam Kitab-Mu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyiksanya, walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin berbuat demikian ,jadi padamlah saya dari Kitab-Mu. Dan Allah S.W.T berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab(surah): Sesungguhnya saya marah. Allah S.W.T berfirman:”Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya.”

Nabi s.a.w bersabda:”Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

Maka Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka Surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian.”

Annas berkata:”Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan,kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Daripada Annas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakal-Lazi)
(Hadis riwayat At Tabarani).

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan Surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.”Nabi s.a.w. Itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Daripada Jabir r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkah!”

Beliau(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu, Sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat Hari Kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah S.W.T menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Dan Nabi s.a.w bersabda: “Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Sumber: http://zikriehashim.blogspot.com/2010/08/himpunan-hadis-surah-al-mulk_260.html

Tuesday, October 16, 2012

BEKAM !!! APA YANG ANDA PERLU TAHU???



HADIS BERKENAAN BEKAM DAN BERUBAT

Ini CUP Bekam yang biasa digunakan
Bekam adalah amalan perubatan Sunnah yang kian ditinggalkan oleh orang Islam. Berikut adalah hadis2 yang menekankan pentingnya amalan perubatan Sunnah ini:

  1. Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)." (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

  2. "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

  3. "Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

  4. "Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)

  5. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

  6. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

  7. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

  8. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

  9. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"(Riwayat Imam Ahmad)

  10. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

  11. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

  12. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".(Riwayat at-Tirmizi)

  13. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:"Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu"(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)

  14. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

  15. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."(Sunan Abni Majah)

 Bekam adalah amalan perubatan sunnah yang menjadi amalan para tabib zaman kegemilangan Islam dan kini ianya sudah ada di negara kita. Jom berbekam!!!

DAPATKAN E-BOOK BEKAM PERCUMA ==> DOWNLOAD (ANDA TIDAK DIBENARKAN MENJUAL E-BOOK INI)

ALHAMDULILLAH