FB Like

Saturday, November 24, 2012

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini.

Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding Masjid yang suci bagi umat Islam.
Keretakan yang jelas pada tiang Masjid
 Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

 Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi-


HARAP MAAF !!! POST INI DAH OUTDATED DAN UNTUK MENGETAHUI LATEST HALAL INFO TERUS KE http://www.halal.gov.my/v3/

Untuk Renungan Bersama...
Assalamaualikum Tuan dan Puan
Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama
Babi Sudah Jelas Haramnya .....
Perhatian Kepada Semua Umat Islam
Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly
Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya

2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

P/S : Pastikan barang yang anda beli mempunya halal JAKIM atau badan halal yang di iktiraf JAKIM. KLIK SINI

Sumber asal artikel dan latest Halal info boleh didapati dari http://halalguide.org/Latest_Halal_Info.html

Friday, November 23, 2012

Salah Faham Terhadap Hudud



  1. Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT.  Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.
  2. Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang.  Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.
  3. Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.
  4. Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan.  Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.
  5. Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.
  6. Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.
  7. Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).  Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.
  8. Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf.  Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.
  9. Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.
  10. Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak."
  11. Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.
  12. Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.
  13. Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah.  Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik.  Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.
  14. Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.
  15. Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya.  Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur.  Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.
  16. Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat.  Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
  17. Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa  hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.
  18. Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.

Thursday, November 22, 2012

KEMULIAAN YANG DIANUGERAHKAN ISLAM KEPADA WANITA

Kedudukan wanita dalam Islam telah menjadi satu isu perdebatan sejak kebelakangan ini. Timbul beberapa salah faham, sama ada daripada amalan-amalan tradisi yang dianggap ‘Islamik’, tetapi sebenarnya tidak, ataupun melalui pelbagai prejudis. Namun demikian, isu sebenarnya adalah bagaimana wanita dilayan dalam kepercayaan Islam, dan apabila kita meneliti perkara ini, kita dapati bahawa Islam memberi nilai sosial, kebebasan dan keselesaan yang tinggi terhadap wanita.
WANITA DALAM AL-QURAN
Perintah-perintah Tuhan berkenaan status wanita dan hubungan di antara lelaki dan wanita yang telah dinyatakan kepada kita melalui Al-Quran, merangkumi keadilan yang menyeluruh. Berhubung dengan perkara ini, Islam menganjurkan kesamaan hak, tanggungjawab dan kewajipan di antara kedua-dua jantina. Islam adalah berlandaskan simpati, toleransi dan hormat-menghormati sesama manusia, dan dalam hal ini tidak mendiskriminasi wanita.
Contoh-contoh budi pekerti yang disampaikan kepada kita dalam Al-Quran secara keseluruhannya bersesuaian dengan sifat semulajadi manusia, dan sesuai untuk semua pentas sejarah.
Penghormatan terhadap wanita dan hak-hak wanita juga berlaku dalam lingkungan ini. Dalam Al-Quran, Allah menegaskan bahawa semua tugas dan tanggungjawab wanita adalah sama seperti lelaki. Malah, lelaki dan wanita harus saling bantu-membantu dalam menunaikan pekerjaan dan tanggungjawab masing-masing:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah At-Taubah, ayat 71)

Allah menekankan bahawa golongan yang beriman akan diberi balasan yang sama berdasarkan amalan mereka, tanpa mengira jantina.
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; ... (Surah Al-‘Imran, ayat 195)
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.(Surah An-Nahl, ayat 97)
Dalam satu ayat yang lain, lelaki dan wanita Muslim dianggap setara, dan ditegaskan bahawa kedua-duanya mempunyai kewajipan dan status yang sama di hadapan Allah:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.(Surah Al-Ahzaab, ayat 35)
Ada banyak lagi ayat dalam Al-Quran yang menyatakan lelaki dan wanita adalah sama dari sudut tugas dan kewajipan mereka, serta pahala dan seksaannya. Terdapat beberapa perbezaan kecil dalam isu-isu sosial, namun ianya untuk keselesaan dan perlindungan untuk wanita sendiri. Perintah-perintah dalam Al-Quran turut memberi perhatian terhadap perbezaan kongenital di antara kedua-dua jantina hasil penciptaan mereka, serta menganjurkan satu sistem yang mengekalkan keadilan untuk lelaki dan wanita.
Islam tidak melihat wanita sebagai objek. Maka, ianya tidak bersesuaian untuk seorang wanita yang baik mengahwini lelaki yang buruk akhlaknya. Begitu juga sebaliknya, seorang wanita yang buruk tingkah lakunya tidak diperkenankan untuk mengahwini lelaki yang baik pekertinya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah An-Nur, ayat 26)
Berkenaan perkahwinan pula, semua tugas dan tanggungjawab sesebuah pasangan memerlukan kesamaan. Allah memerintahkan bahawa kedua-dua suami isteri adalah pelindung dan penjaga di antara satu sama lain. Tugas ini diungkapkan dalam Al-Quran melalui ayat berikut:
... Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. ...(Surah Al-Baqarah, ayat 187)
Banyak aturan dan perintah terdapat dalam Al-Quran berkenaan perlindungan hak-hak wanita dalam pernikahan. Perkahwinan adalah berdasarkan persetujuan daripada kedua-dua pihak; suami perlu menyediakan sokongan ekonomi untuk isterinya (Surah An-Nisaa’, ayat 4); suami juga perlu mengambil berat bekas isterinya selepas bercerai (Surah At-Talaaq, ayat 6).


EMANSIPASI WANITA MENURUT ISLAM
Sepertimana yang diterangkan dalam ayat-ayat tersebut, Islam membawa keadilan dalam hubungan lelaki-wanita dan menamatkan amalan-amalan memudaratkan yang timbul daripada pelbagai adat dan tradisi masyarakat-masyarakat sebelum kedatangan Islam. Satu contoh ialah situasi wanita dalam komuniti Arab sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab pagan melihat wanita sebagai golongan yang rendah, dan mempunyai anak perempuan adalah sesuatu yang memalukan. Bapa-bapa yang mempunyai anak perempuan lebih sanggup menanam mereka hidup-hidup daripada mengumumkan kelahirannya. Melalui Al-Quran, Allah menegah tradisi jahat ini dan mengingatkan bahawa golongan sedemikian pasti akan diminta bertanggungjawab atas tindakan mereka pada Hari Pengadilan.
Hakikatnya, Islam membawa bersamanya emansipasi yang besar untuk wanita, golongan yang teruk dianiayai dalam era pagan. Profesor Bernard Lewis, dikenali sebagai antara pakar terhebat Barat berkenaan sejarah Islam dan Timur Tengah, membuat komentar berikut:
 
 Secara umumnya, ketibaan Islam telah membawa satu pembaikan yang besar terhadap posisi wanita dalam masyarakat Arab purba, merahmati mereka dengan harta benda dan hak-hak lainnya, serta memberi satu cara perlindungan daripada penganiayaan para suami dan pemilik mereka. Pembunuhan bayi-bayi perempuan, yang diluluskan dalam adat masyarakat pagan Arab, telah diharamkan oleh Islam. Namun kedudukan wanita masih rendah, dan menjadi lebih teruk apabila, dalam hal ini dan banyak perkara lainnya, ajaran sebenar Islam hilang rangsangannya dan telah diubahsuai mengikut pengaruh gaya dan adat yang wujud sebelumkedatangan Islam. 1
Karen Armstrong, seorang lagi pakar Barat tentang Islam, memberi kenyataan berikut:
Kita harus ingat suasana hidup wanita semasa zaman pra-Islam di mana pembunuhan bayi perempuan merupakan satu kebiasaan dan wanita langsung tidak mempunyai hak. Seperti hamba, wanita dilayan sebagai satu spesis bawahan yang tidak mempunyai cara hidup yang sah. Dalam dunia kuno sedemikian, apa yang dicapai oleh Muhammad untuk wanita adalah sesuatu  yang luar biasa. Gagasan bahawa seseorang wanita boleh menjadi saksi atau boleh mewarisi apa sahaja berlandaskan haknya adalah amat menakjubkan. 2
Hakikatnya, semasa beberapa kurun selepas Nabi Muhammad, wanita dalam masyarakat Islam memiliki kedudukan sosial yang lebih tinggi berbanding dengan golongan wanita Kristian. Karen Armstrong menegaskan bahawa semasa Zaman Pertengahan:
... golongan Muslim terperanjat melihat cara masyarakat Kristian di Barat melayan golongan wanita mereka dalam wilayah-wilayah Salibiah, dan para sarjana Kristian mengecam Islam kerana memberi terlalu banyak kuasa kepada golongan bawahan seperti hamba dan wanita. 3
Anna King, seorang wanita Muslim moden dan seorang mualaf - atau, lebih baik dikatakan, seorang yang kembali kepada asal - kepada Islam, menerangkan emansipasi wanita dari perspektif Islamik sebagai berikut:
Islamlah yang mula-mula memberi hak-hak wanita di saat mereka sekadar harta milikan lelaki. Islam memberi wanita hak untuk membeli dan menjual sendiri, memiliki perniagaan dan menyatakan pandangannya secara politik. Semua ini merupakan hak-hak asas yang tidak diberikan kepada wanita Amerika sehingga baru-baru ini! İa juga menggalakkan wanita untuk mengkaji dan mempelajari pengetahuan Islam, membuka sekatan yang disyaratkan oleh sesetengah agama, yang melarang wanita untuk mendapat sebarang ilmu keagamaan atau menyentuh kitab-kitab agama. Islam juga telah membasmi amalan mengahwini wanita secara paksa. Maka, seseorang itu tentunya seorang yang keras kepala untuk  menolak fakta dan bukti nyata sedemikian bahawa Islam merupakan pembebas wanita pertama.
Kecenderungan untuk melihat wanita sebagai "satu spesis bawahan" yang tidak mempunyai hak untuk pendidikan dan perlu dipencilkan daripada masyarakat muncul beberapa lama kemudian dalam dunia Islam akibat penyimpangan daripada jalan Quranik sebenar.


KESIMPULAN
Justeru itu dapat kita katakan bahawa pemikiran yang menghina wanita, menyisihkan mereka daripada kelompok masyarakat dan menganggap mereka sebagai warga kelas kedua merupakan satu sikap keji pagan yang tidak mempunyai tempat dalam Islam.
Hakikatnya, wanita yang taat dipilih sebagai teladan bagi manusia di dalam Al-Quran. Satu daripadanya ialah Maryam, ibu kepada Yesus Kristus sendiri. Seorang lagi ialah isteri kepada Firaun Mesir yang, meskipun suaminya seorang yang zalim, juga dinyatakan sebagai seorang Muslimah yang ideal. (Surah At-Tahrim, ayat 11-12) Al-Quran juga merakamkan beberapa perbualan di antara Nabi Sulaiman dan Puteri Saba’ (Surah An-Naml, ayat 42-44), dan di antara Nabi Musa dengan dua orang gadis (Surah Al-Qasas, ayat 23-26), yang melambangkan hubungan sosial penuh tamadun di antara kedua-dua jantina.
Justeru itu, adalah mustahil untuk seorang Muslim mempunyai pendekatan yang sempit terhadap wanita. Di dalam satu masyarakat di mana nilai moral Islam sebenar diamalkan, rasa hormat dan simpati yang tinggi akan ditunjukkan terhadap wanita, dan akan dipastikan mereka dapat hidup dalam kebebasan dan keselesaan.
Aturan asas dalam takwil Quranik adalah memastikan bahawa makna yang dipilih bersesuaian dengan integriti Al-Quran. Apabila perkara ini diberi perhatian, didapati bahawa semua aturan berkenaan wanita yang diberitakan oleh Allah kepada kita membentuk satu struktur sosial yang membenarkan mereka hidup dalam cara yang paling selesa dan gembira. Dalam satu masyarakat di mana semua nilai moral yang diajar oleh Islam diamalkan secara menyeluruh, kedudukan sosial wanita menjadi lebih mulia berbanding dengan banyak masyarakat pada masa kini yang kita anggap moden.

(1) Bernard Lewis, The Middle East, Weidenfeld & Nicolson, London, 1995, hal. 210
(2) Karen Armstrong, Muhammad A Biography of The Prophet, Harper Collins Publisher, USA, 1992, hal.191
(3) Karen Armstrong, Muhammad A Biography of The Prophet, Harper Collins Publisher, USA, 1992, hal.199

Sumber asal harunyahya.com

SEAN STONE, ANAK PENGARAH TERKENAL HOLLYWOOD OLIVER STONE, MEMELUK ISLAM


Sean Stone, pembuat filem berusia 27 tahun memeluk Islam semasa bekerja untuk menghasilkan sebuah dokumentari di Iran. Stone menegaskan bahawa penerimaannya terhadap Islam tidak harus dilihat sebagai penolakan agama lain dan bahawa beliau telah menerima Nabi Muhammad (saw) beserta para nabi yang lain. Dalam satu maklum balas terhadap soalan mengenai Akhir Zaman yang diajukan saluran TV Iran, Stone berkata:
“Ramai orang mengatakan tahun 2012 sebagai penghujung dunia tetapi saya merasakan bahawa ia hanyalah pengakhiran satu kitaran. Saya melihat kesedaran orang ramai di sekeliling terhadap agama mula meningkat. Kerana dunia ini sedang berubah, kesedaran manusia juga berubah. Justeru kita harus berjuang bersama mereka untuk membawa Cahaya… Dengan melakukan hal itu kita selari dengan Mahdi. Kita mampu melakukannya, siapapun boleh menyertainya sebaik sahaja dia memilih untuk membawa cahaya.”
Sean Stone menjawab soalan CNN tentang keputusannya memilih Islam:
“Berada di sana, melihat sendiri Islam diamalkan, membaca Al-Quran, mempelajari Islam di Oxford dan  Princeton, saya dapat merasakan bahawa ia adalah kesinambngan warisan Judeo-Kristian dan Nabi Muhammad ialah seorang Nabi sepertimana para Nabi lain sehingga kepada Nabi Ibrahim. Saya meneguhkan semula keimanan saya kepada Tuhan…”

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Sean Stone berkata:
“Pertembungan tamadun adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Kita telah mendengar model ini terutamananya sejak tahun 90-an, dan konsep bahawa golongan Yahudi, Kristian dan Muslim tidak boleh hidup harmoni. Saya mahu mengakhiri hal ini, retorik ini, dan mengatakan saya seorang Yahudi, Kristian dan Muslim, dan saya mahu memahami kesemua tiga agama serta mengadakan dialog dengan manusia dari semua penjuru dunia.”
Ketika ditanya mengenai respon ayahnya terhadap keputusan beliau, Stone berkata:
“Beliau [Oliver Stone] berkata Allah beserta kamu.”

Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat


Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)

Rujukan:
1 "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
2)  Howard La Fay, "Ebla: Splendour of an Unknown Empire," National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur'an.


Sumber asal harunyahya.com

SEGALANYA TELAH TERSURAT DALAM TAKDIR

Hakikat bahawa kehidupan  seseorang terjadi mengikut takdirnya yang ditentukan Allah adalah satu KURNIAAN dan LAMBANG KEHEBATAN namaNya YANG Maha Mengasihi lagi Sangat mengasihani. Mereka yang beriman yang tahu akan sifat ini akan menunjukkan minat, kegembiraan dan kesabaran dalam menghadapi kesukaran, kerana mereka faham bahawa Allah menciptakan sesuatu dengan tujuan yang baik dan sesuai dengan kehendakNya:
Dan pada sisi Allah-lah  kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia  mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (Surah Al-An’aam:59)
Memandangkan manusia terbendung dengan waktu, mereka hanya boleh mentafsirkan peristiwa dengan hanya melihat pada peristiwa tertentu sahaja. Tanpa keupayaan untuk mengetahui masa depan, mereka tidak selalunya dapat melihat sebab jangka panjang, kebaikan dan tujuan suatu peristiwa tertentu. Namun Allah,  Yang mencipta masa dan kerana itu tidak terikat dengannya, tampak dari luar waktu pada kehidupan semua makhluk. Oleh itu, takdir adalah pengetahuan Allah bagi setiap peristiwa masa kini, masa lalu dan masa depan sebagai suatu detik tunggal. Dengan kata lain, hanya kita yang tidak diberitahu tentang apa yang bakal berlaku pada masa depan. Atas alasan inilah, bermulanya dan berakhirnya ujian adalah jelas. Masa lalu, masa kini dan masa depan semuanya dalam pemerhatianNya, demi masa, pembentukan manusia, tidak terpakai untukNya. Namun begitu, kita mengetahui semua peristiwa tersebut hanya selepas kita mengalaminya.
Mereka yang beriman kepada takdir, sabar dengan segala keadaan dan merasa selesa mengetahui segala sesuatu terjadi menurut kehendakNya:
“Tidak ada  suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At-Taghaabun:11)
bahce1Mereka yang kafir, yang tidak faham tentang takdir, menanggung kerisauan yang amat besar, stres dan ketidakpuasan – benar-benar berbeza daripada orang beriman yang sentiasa merasa puas dengan belas kasihan Allah. Mereka ini merasa selamat dengan mengetahui bahawa mereka dikelilingi kasih Allah yang tidak bertepi dan semua yang berlaku ada tujuannya.
Orang beriman mungkin mengalami kerisauan dan kesulitan seperti kehilangan harta atau kekuatan fizikal, kesakitan, kecederaan atau kematian. Namun, mereka menerima keadaan ini sebagai ujian, satu kekaguman terhadap manifestasi nama Allah, Yang Maha Mengasihi Lagi Amat Mengasihani. Mereka sedar bahawa sikap mereka pada waktu tersebut mempunyai nilai yang besar pada pandangan Allah. Kesenangan ini, yang hanya dimiliki orang beriman, membolehkan mereka menghadapi kesulitan tanpa disertai rasa sedih, stres, sakit, panik, atau ketakutan yang lazim terjadi dalam kalangan orang-orang kafir.  Allah akan menukarkan kejahatan yang tampak menjadi suatu kebaikan untuk mereka, membimbing mereka melalui ujian dan menganugerahkan penghargaan kepada mereka di dunia dan di akhirat di atas kesabaran dan kesanggupan mereka:
“dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”  (surah An-Nisa’: 141)
Mereka yang percaya dan bergantung harap pada Allah tidak akan mengalami sebarang kesedihan atau ketakutan:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada( pula) berduka cita.” (Surah Al-Ahqaf:13)
“(Tidak demikian)bahkan barangsiapa yang menyerah diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih.” (Surah Al-Baqarah: 112)
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembia di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Surah Yunus:62-64)
Allah juga mengatakan bahawa sesiapa yang percaya dan tunduk pada-Nya telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan terputus:
“Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan.” (Surah Luqman:22)
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:256)
manzara(2)Sifat endah, bahagia dan kuat yang ditunjukkan oleh orang beriman sewaktu menghadapi kesusahan dan kerisauan adalah datang daripada keyakinan kepada Allah, takdir, hari akhirat dan juga kerana tunduk mereka kepada Allah. Para rasul dan nabi serta orang beriman yang ikhlas adalah contoh kekuatan dan penyerahan kepada Allah yang terbaik. Di antara golongan ini adalah ahli-ahli sihir di istana Firaun yang menerima kematian Nabi Musa (a.s) dan kemudiannya diugut oleh Firaun dengan kematian.
Firaun cuba memaksa dengan mengarahkan orang-orang beriman ini keluar dari jalan lurus dengan mengugut mereka dengan siksaan dan kematian. Dia merasa bahawa dengan menunjukkan tenteranya dan kekuatannya, akan menghilangkan semangat mereka, namun, mereka berkata pada Firaun bahawa mereka hanya takut dan hormat pada Allah, yang kepadaNya mereka berpaling pada saat-saat kesulitan. Dengan demikian, mereka menolak untuk meninggalkan kepercayaan dan ketundukan kepada Allah yang diberi oleh kepercayaan mereka.
“Berkata Firaun: “Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku membeir izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya dia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesunguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksaannya. Mereka berkata “Kami sekali-kali tidak akan menutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kami putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar dia mengampuni kesalahan-kesalahan kami dan sihir yang telah kamu paksakan kepada kami melakukannya. Dan Allah lebih baik (pahala-Nya) dan lebih kekal (azab-Nya).

Sumber asal harunyahya.com

SEMUA ORANG MAHU HIDUP SELAMA-LAMANYA, HIDUP DI AKHIRAT KEKAL ABADI



Manusia (keseluruhannya) bekerja keras untuk kekal abadi, bermaksud, semua manusia mahu hidup selama-lamanya. Mereka inginkan rahmat dan kecantikan yang kekal.

Tetapi, kemudian mereka sedar, hidup mereka berakhir tanpa amaran daripada Allah. Semua rahmat menyusut dan segala kecantikan terlepas dari tangan mereka.

Walaupun manusia tidak mahu menjadi tua, badan mereka berterusan merosot dan menua. Meskipun jiwa mereka muda, segar dan dinamik, tubuh mereka hilang kemampuan yang membuatkan mereka sia-sia dan terlepas dari tangan mereka stamina dan kualiti.

Hanya apabila mereka merasakan diri sangat cekap, mereka tiba-tiba sedar mereka telah kehilangan masa muda, kesihatan dan telah menggunakan keseluruhan usia tanpa disedari.  

Ada sebabnya bagi manusia untuk mendapati keadaan ini pelik. Alasannya adalah Allah menjadikan manusia dengan naluri untuk hidup selama-lamanya. Manusia berusaha untuk kehidupan yang kekal abadi. Untuk tujuan ini, mereka tidak mahu menjadi semakin tua dan lesu. Inilah perkara yang hampir mustahil untuk mereka terima dan dibiasakan dengan konsep yang digunakan sampai mati.

Oleh itu, manusia berusaha gigih untuk kekal abadi. Kenyataan ini sendiri adalah salah satu bukti paling nyata di akhirat. Adalah tidak mungkin bahawa dunia yang fana ini adalah satu-satunya habitat bagi jiwa manusia, yang ditentukan untuk kekal. Dalam kehidupan singkat yang diterima untuk berakhir dengan kematian, adalah mustahil bagi manusia yang waras, untuk hidup dengan sabar menunggu datangnya kematian. Satu-satunya perkara untuk seseorang hidup dengan aman dan selesa adalah dengan menerima dan yakin pada kewujudan Allah dan kehidupan yang kekal untuknya di syurga.

Allah mengurniakan manusia dengan pelbagai harapan dan keinginan berupa naluri. Perasaan cinta, kasih sayang, belas kasihan dan perikemanusiaan diciptakan untuk dipuaskan di dunia yang fana ini. Keabadian adalah kewujudan satu naluri untuk dipuaskan seperti bayi atau anak anjing comel yang memenuhi rasa belas kasihan manakala kasih sayang dan persahabatan, cinta dan keselamatan diciptakan sebagai keperluan. Allah Yang meletakkan keperluan ini ke dalam diri manusia dan juga menciptakan kepuasan. Dunia yang sementara ini bukanlah diciptakan untuk memenuhi keperluan yang kuat, bahkan manusia diciptakan untuk akhirat.

Inilah hakikat yang nyata dan teknikal yang dialami manusia dalam jiwa manusia yang mana diciptakan bagi mereka untuk memahami kewujudan hari Akhirat. Manusia dianugerahkan dengan kesedaran untuk mengetahui bahawa mereka tidak akan binasa oleh kematian dan tidak akan diambil nyawa mereka bagi kebinasaan terakhir dalam dunia ini. Sudah lebih mencukupi untuk mereka sedar hanya dengan membayangkannya buat beberapa minit. Justeru, pasti bahawa hari Akhirat itulah destinasi terakhir dan menjadi tempat yang mana manusia dimasukkan ke syurga dan neraka. Kesimpulan yang perlu dicapai seorang lelaki waras dengan mempertimbangkan hal ini adalah dengan mengetahui bahawa dunia yang sementara ini adalah tempat ujian dan mengabdikan diri kepada Akhirat kerana Allah. Kehidupan yang kekal di syurga adalah tawaran Allah kepada hamba-Nya yang beriman, yang mana semua keberkatan dan pemberian-Nya selama-lamanya manakala neraka adalah kehidupan yang mengerikan, yang mana azab paling dahsyat dialami dan tiada gunanya penyesalan.

“Bagaimana kamu tergamak untuk kufur (meningkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Allah menghidupkan kamu; setelah itu, Allah menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang dikerjakan).

How can you reject Allah, when you were dead and then He gave you life, then He will make you die and then give you life again, then you will be returned to Him? (Surat al-Baqara, 28)

Sumber asal harunyahya.com

Monday, November 19, 2012

Isu Gaza Beberapa Ketetapan akan di ambil


PHNOM PENH: Kerajaan akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat pada Isnin bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.
Perdana Menteri berkata, usul itu akan menggesa Dewan Rakyat untuk mengambilketetapan, antaranya:
* Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestine di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.
* Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke ataswilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata.
* Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.
* Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat; dan
* Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan/Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.
"Bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung isu ini, saya telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan satu usul tergempar di Dewan Rakyat pada Isnin, 19 November 2012," kata Najib.
Najib berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari mulai Ahad hingga Selasa.
Israel melancarkan serangan terbaru yang dinamakan operasi "Pillar of Defence" ke atas wilayah Palestin di Gaza yang setakat ini mengorbankan 40 orang termasuk seorang pemimpin Hamas Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) dan lebih 345 orang cedera.
Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagi cedera akibat serangan balas pihak Hamas.
Najib berkata, serangan tentera Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza jelas merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang.
"Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya.
Malaysia, kata Najib juga berasa amat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.
Pada 15 November 2012, Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar ke-39 PersidanganPertubuhan Islam (OIC) di Djibouti mengeluarkan suatu kenyataan bersama mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza dan menyeru campurtangan MajlisKeselamatan PBB bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik.
Semasa mesyuarat itu, Malaysia mengecam serangan tentera Israel dan menggesa Majlis Keselamatan mengambil tindakan segera bagi menghentikan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
"Saya juga akan membangkitkan perkara ini semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja mulai hari ini sehingga 20 November 2012," kata Najib. - BERNAMA

Parti Tunisia Saman Israel Atas Pembunuhan Abu Jihad



Isnin , 08-10-2012 - Parti Tunis’ Wafa mengumumkan niat untuk menyaman Israel kerana membunuh Khalil al-Wazir yang dikenali sebagai Abu Jihad di Tengah bandar Tunisia, 25 tahun yang lalu. Abderraouf al-Ayadi, Ketua Parti Wafa Tunisia, mengesahkan perkara tersebut dalam PIC, bahawa tindakan undang-undang akan dikemukan hanya sebelum makhkamah Tunisia mengesahkan bahawa jenayah tersebut telah dilakukan di tanah Tunisia, menegaskan bahawa hanya PLO mampu untuk menyaman Israel di Makhkamah Antarabangsa.
Al-Ayedi berkata dalam kenyataannya kepada PIC, untuk mendedahkan semua fail rahsia berkenaan jenayah ini penglibatan Pegawai Keselamatan Tunisia adalah perlu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

ALHAMDULILLAH