KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 
'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama
 Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan 
isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan 
Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.
Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang 
bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang 
berlaku di sesetengah hospital hari ini.
"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar 
dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut 
kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.
Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta 
konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat 
oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.
Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.
Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama 
merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak 
memerlukan akta.
"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh 
diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita 
dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.
Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan 
kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang 
Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan
 oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr 
Sabri Osman.
Sumber: http://satuumat.blogspot.com/2013/06/malaysia-perbidanan-khas-untuk-wanita.html 






 



0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda ?